Rabu, Januari 08, 2014

Jom Kenyangkan Anak Anda Dengan Set Tambah Susu Shaklee

Seringkali kita mendengar keluhan ibu yang tidak dapat menyusukan bayi nya secara optimum. Tentunya para ibu berasa sayu hati memandang bayi yang tak dapat menikmati susu ibu dengan sepuas-puasnya, apatah lagi kita faham yang susu ibu jauh banyak manfaatnya berbanding susu formula dan sentimental value apabila menyusukan bayi itu membuatkan ibu lebih suka menyusukan bayi mereka sendiri. Bagi ibu-ibu yang berkerjaya, dapat menyimpan stok susu yang banyak tu satu anugerah kan?





Namun, setiap masalah tu ada punca dan jalan penyelesaiannya. Apa kata mari sama-sama kita lihat apakah punca susu ibu merudum dan berserta tips-tips untuk mengatasinya :


1. Pam yang tidak kerap

Tahukah anda, untuk hasilkan susu yang melimpah ruah, payudara perlu di rangsang (stimulate) sekerap 2 atau 3 jam sekali. Bukan 4 jam sekali ya. Jangan bosan dan putus asa perah susu atau pam susu walaupun hasil mula-mula adalah sedikit. Lebih kerap payudara di kosongkan, lebih banyak susu akan di hasilkan.

2. Period

Bila ibu mula period, banyak darah akan keluar. Bila banyak darah keluar, banyak cecair akan hilang dari tubuh sebab 91% dari komponen darah merupakan air. Bila tubuh kekurangan cecair, maka susu akan merudum.

TIPS: Banyakkan makanan bersumber kalsium dan tambahkan kekerapan pam sewaktu period untuk atasi masalah ini

3. Kurang makan dan minum

Bila ibu skip makan, tubuh ibu akan kekurangan nutrisi. Bila tubuh ibu kekurangan nutrisi, tubuh ibu akan sukar menghasilkan susu. Pengambilan air juga penting. Air merupakan salah satu komponen utama susu ibu. Kalau kering je badan kita, cemana pulak nak hasilkan banyak susu kan?

TIPS: untuk dapatkan susu yang pekat, banyakkan makanan berprotein seperti ikan, daging dan ayam. Jika anda mencari supplement untuk bantu pekatkan susu, anda boleh dapatkan Energizing Soy Protein (ESP)

4. Anak dah mula ‘solid’

Bila anak dah mula ‘solid’, secara automatik anak akan kurang menyusu sebab dah mula kenyang dengan makanan selain susu.

TIPS: Ibu perlu tambah kekerapan sesi pam, lebih kerap dari sebelum anak mula solid untuk memastikan bekalan susu tidak putus

5. Ibu Stress

Emosi ibu berkait rapat dengan penghasilan susu. Bila ibu gembira, hormon oxytocin akan terhasil dan seterusnya ia akan merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu. Jika ibu stress, hormon oxytocin kurang, penghasilan susu akan terbantut.

6. Mengambil Vitamin (Milk Booster) 


Selain daripada tips-tips yang diberikan di atas, ibu-ibu juga boleh mengambil Milk Booster untuk menambahkan pengeluaran susu. 

Set Milk Booster paling bajet dan paling "boom" Shaklee ialah Alfalfa dan ESP. Ramai yang dah berjaya mencubanya. Kalau tak cuba tak tahu kan, apa kata cuba dulu sendiri 




Apa pun, semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak membantu ibu-ibu di luar sana.


Happy Breastfeeding! 


Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh SMS / WhatsApp / We chat saya : 

Hasyireen [ ID : 988088 ] ke talian 0127247497.

Beli dengan saya untuk dapatkan KONSULTASI PRODUK !

LIKE page https://www.facebook.com/vitasihatcantik untuk dapatkan maklumat-maklumat berkaitan kesihatan.

0 comments:

Catat Ulasan