Isnin, April 28, 2014

12 Tips Menjemput Kehamilan

Assalamualaikum Semua....Salam Jumaat...Salam Ceria...
Di hari yang mulia ini, saya nak kongsikan bersama anda semua, pembaca yang budiman 12 tips untuk menjemput kehamilan.
Semoga tips ini berguna untuk anda, dan sekiranya anda rasa tips ini bermanfaat, boleh juga dipanjangkan kepada rakan-rakan yang anda rasa memerlukan.
Semoga segala usaha kita dipandang oleh Allah SWT.

1. Memahami bagaimana kehamilan itu terjadi. 
Ilmu tentang kehamilan perlu dikuasai oleh pasangan suami isteri yang ingin menjemput kehamilan. Sekiranya period atau haid anda teratur atau tetap, setiap pertengahan bulan, telur akan dikeluarkan oleh ovari. Sekiranya pada ketika ini, pasangan melakukan hubungan kelamin, sperma yang terdapat pada faraj akan berenang ke dalam rahim dan berjumpa dengan telur wanita atau ovum (dihasilkan oleh kilang telur atau ovari) yang berada di tiub fallopio ataupun dipanggil salur peranakan.
Seterusnya akan berlaku persenyawaan, di mana telur yang bersenyawa itu tadi akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Dengan memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi, akan menjadikan pasangan suami isteri lebih mudah untuk mengetahui apakah punca kepada kegagalan mereka untuk mempunyai anak seterusnya membuka minda mereka untuk bertindak dengan cepat dan betul.

2. Berjumpa dengan doktor.
Pasangan suami isteri yang ingin mendapatkan anak perlulah berjumpa dengan doktor. Bagaimana mungkin anda ingin mengambil sebarang ubat tanpa tahu apa penyakitnya kan? Begitu jugalah kehamilan. Perlu tahu punca tidak hamil, kemudian barulah cuba untuk cari ubat atau penyelesaiannya.
Contoh-contoh masalah atau penyakit yang berkemungkinan menyebabkan wanita sukar hamil adalah cyst dan endometriosis (fibroid). Apa yang berlaku, penyakit-penyakit ini tiada tanda atau gejala di peringkat awal. Jika wanita tida berjumpa dengan doktor, mana mungkin penyakit ini dapat dikesan. Diagnosis awal amatlah diperlukan supaya pesakit dapat dirawat seterusnya memudahkan wanita tersebut untuk hamil.
Dalam keadaan haid atau period anda berada dalam keadaan teratur, dan anda telah mencuba sekurang-kurangnya setahun untuk hamil, namun masih gagal, anda mungkin boleh mengambil ujian analisa sperma dan juga HSG (hysteros-salphingography). HSG adalah ujian bagi menentukan samada tiub fallopian atau salur peranakan wanita tersumbat ataupun sebaliknya.

3. Kawal berat badan. 
Sekiranya anda perasan apabila berjumpa Doktor, perkara utama yang doktor tekankan ialah berat badan. Anda akan bermasalah untuk hamil sekiranya anda terlalu gemuk atau terlalu kurus. Doktor akan menyarankan anda untuk mendapatkan berat badan ideal supaya memudahkan proses untuk mendapatkan anak. Ini adalah salah satu usaha. Cuba sahaja ok! Berat badan yang ideal bukan sahaja penting untuk kehamilan, malah penting juga untuk kesihatan badan secara keseluruhan. Kira BMI anda sekarang !



4. Mengetahui waktu subur sendiri

Di dalam sebulan, ada 4-5 hari waktu subur. Anda boleh mengetahui waktu subur dengan kiraan period (sekiranya period anda teratur). Anda boleh juga mengamati sekiranya terdapat tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan. Untuk meramal ovulasi atau waktu subur dengan lebih tepat, anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi




5. Kerap melakukan hubungan seks

Kerap melakukan hubungan seks adalah penting untuk meningkatkan kebarangkalian si isteri untuk hamil. Pasangan disarankan untuk melakukan hubungan intim sebanyak 3-4 kali seminggu. Pada waktu subur pula, pasangan mesti melakukan hubungan seks setiap hari. Antara posisi seks yang akan membantu isteri untuk mudah hamil adalah missionary position di mana si suami berada di atas. Ini bagi memastikan penetrasi paling optimal di mana dalam keadaan ini sperma dilepaskan paling rapat dengan serviks wanita. Wanita disarankan meletakkan badan di bawah punggung bagi memastikan tiada tumpahan sperma berlaku. Tumpahan sperma juga boleh dielakkan dengan membiarkan zakar suami berada di dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.
6. Meningkatkan kesuburan suami

Selain isteri, kesuburan suami juga perlu diambil perhatian untuk memastikan isteri mudah hamil. Pastikan si suami mengamalkan cara hidup sihat, bersenam, tidak merokok dan tidak mengambil minuman keras bagi memastikan kesuburannya di tahap maksima. Sekiranya terdapat masalah kemampuan seks seperti ejakulasi pra-matang, sila berjumpa doktor dan mengambil vitamin yang berkaitan.

7. Pengambilan multivitamin yang bersesuaian

Adalah disarankan wanita yang merancang untuk hamil mengambil multivitamin bagi memastikan nutrien dalam badan mencukupi untuk membolehkan wanita tersebut hamil. Sekiranya wanita mengalami masalah ketidakstabilan hormon, pengambilan GLA adalah digalakkan. Sekiranya wanita mempunyai masalah ovum pra matang coQHealth boleh membantu. Pengambilan b complex dapat membekalkan asid folic kepada si ibu bagi mengurangkan risiko janin untuk cacat. Di samping membekalkan tenaga, pengambilan b complex juga dapat mengurangkan stress kepada isteri. Keadaan stress juga menyukarkan pasangan untuk hamil.


Manakala bagi suami, pengambilan zinc complex adalah penting untuk meningkatkan pengeluaran sperma manakala pengambilan vitamin E atau CoqHealth boleh meningkatkan kualiti sperma yang dihasilkan dan juga mobiliti sperma. 


Boleh rujuk entri ini untuk dapatkan maklumat mengenai vitamin kesuburan yang ditawarkan. Klik sini >>>> Set Kesuburan Shaklee & Fungsi



Salah Satu Set Kesuburan Shaklee Yang Ditawarkan

8. Mengamalkan senaman secara berkala

Senaman yang dilaksanakan secara rutin dan berkala akan menjadikan tubuh badan sihat dan dapat mengurangkan risiko diserang oleh penyakit termasuk penyakit berkaitan kesuburan. Oleh itu senaman amat penting bagi memastikan suami dan isteri berada dalam keadaan sihat dan mempercepatkan si isteri untuk hamil.





9. Pengambilan Makanan Seimbang

Antara cara pemakanan seimbang untuk isteri yang ingin hamil :
  • Mengamalkan mengambil makanan jenis lelemak monounsaturated dan mengurangkan makanan jenis lemak transfat yang terdapat di dalam makanan segera.
  • Mengurangkan pengambilan daging dan melebihkan pengambilan protein daripada sayur-sayuran seperti produk soya
  • Mengambil makanan yang mengandungi fiber yang tinggi seperti oats, whole grains dan sayuran.
  • Mengurangkan sebarang makanan berbentuk karbohidrat seperti nasi, mee, bihun dsb dan juga mengurangkan gula
  • Mengurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese dan juga susu pekat manis

 10. Menguruskan tekanan dengan baik

Hidup tanpa tekanan memang impossible kan. So, apa yang kita boleh buat adalah menguruskan iaitu dengan mengawal tekanan dalam kehidupan kita. Tekanan dapat dikawal dengan melaksanakan hobi kita yang kita gemari seperti melancong, mendengar muzik, pergi ke spa, habiskan masa dengan pasangan, ahli keluarga dan kawan-kawan. Bersenam juga boleh mengurangkan tekanan. Bagi orang Islam, membaca Al-quran dan berzikir juga boleh menghilangkan tekanan. Bagi bukan Islam, mungkin boleh menggunakan kaedah meditasi untuk menenangkan diri. Pengambilan b complex juga sangat membantu dalam mengurangkan tekanan.





11. Menjauhi dadah, merokok dan minuman keras. 

Aktiviti tidak sihat seperti merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja dapat memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan mampu meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kepada isteri dan bayi semasa kehamilan. Pastikan segala ubatan yang diambil disemak terlebih dahulu kandungan nya agar tidak mempunyai dadah yang merbahaya. Dalam kes ini, nasihat doktor amatlah diperlukan sebelum mengambil ubat. Sekiranya ingin mengambil vitamin, carilah vitamin yang semulajadi. Bagi orang Islam, dadah dan minuman keras adalah diharamkan.




 12. Doa. 

On top of segala usaha yang kita laksanakan, yang teramat penting adalah DOA, DOA dan DOA. Doa adalah manifestasi rasa kehambaan kita terhadap Yang Maha Kuasa. Doalah agar segala usaha kita untuk mendapatkan anak dengan cepat diberkati. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar. Bukankah Doa tu senjata sang Mukmin? Berikut saya kongsikan antara doa untuk dipermudahkan mendapat zuriat.



Mahu dapatkan konsultasi ekslusif  berkaitan set kesuburan vitamin shaklee, hubungi saya melalui salah satu cara di bawah :



 Nama : Hasyireen binti Abdul Halim (Pengedar Shaklee Melaka)

ID : 988088

FB : https://www.facebook.com/syireenfb

FB Page : https://www.facebook.com/vitasihatcantik

No telefon : 0127247497 (call, sms, whatsapp, we chat)

Email : hasyireenhalim@gmail.com

COD : Melaka, Mersing



Nantikan Entri Seterusnya Dari Saya....Tungguuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Sila tinggalkan komen di bawah entri untuk sebarang pertanyaan. Terima Kasih kerana meninggalkan komen anda :)



Thanks dan Ceria2 selalu....

0 comments:

Catat Ulasan