Jumaat, April 18, 2014

Vitamin Shaklee Tak Berkesan ~ Betul ke Bohong ?

Mengapa Vitamin Shaklee Tidak Berkesan ?


Selalu tak dengar bila orang yang makan vitamin Shaklee berkata macam ni :

" ye ke vitamin shaklee tu bagus? aku makan tak jadi apa pun "
" tak payahla beli vitamin shaklee, bukannya berkesan, yang jual tu pun nak untung je "
" apa susah makan vitamin shaklee, makan je buah...aku makan tak berkesan pun !"
" makan bertong-tong vitamin shaklee pun tak baik jugak, baik tak payah makan"

Tentu ayat-ayat berbaur kecewa dan putus asa ini selalu kedengaran di telinga kita semua kan. Tapi benarkah vitamin yang dimakan itu benar-benar tidak berkesan atau mereka sendiri yang menjadi punca vitamin tersebut tidak berkesan? Sekiranya benar vitamin shaklee yang salah, bagaimana pula dengan orang lain yang dapat merasai kesannya? Hmmm...tak mengapa...tak perlu jawab persoalan saya...cuma saya nak mengajak semua untuk berfikir sebelum cepat menghukum vitamin apabila vitamin yang dimakan tidak menunjukkan kesan sepatutnya.

Sebaliknya apa yang saya cuba nak sampaikan hari ini adalah faktor-faktor yang menyebabkan vitamin shaklee yang diambil tidak berkesan sepertimana yang dikehendaki. Antaranya ialah :

1. Tidak Mengetahui Tujuan Mengambil Vitamin : 


Sebelum mengambil sebarang vitamin, ada baiknya pengguna terlebih dahulu apa tujuan vitamin diambil supaya pengguna dapat memilih vitamin yang sesuai dengan kehendak mereka. Sekiranya pengguna sendiri tidak mengetahui tujuan mereka mengambil vitamin, bagaimana mereka ingin memilih vitamin yang betul & bagaimana pula mereka nak mengukur keberkesanan vitamin sedangkan mereka sendiri tidak mengetahui apa yang diukur?

2. Mengambil Vitamin Bersama Dengan Air Berkafein :


Ini adalah perkara yang dilarang sama sekali kerana pengambilan vitamin shaklee bersama kafein akan merosakkan fungsi vitamin dan sudah semestinya menghilangkan keberkesanan vitamin. Secara perlahan-lahan cubala kurangkan pengambilan air berkafein kepada sehari sekali jika pun tidak mampu tinggalkan terus secara mendadak. Walaupun begitu sila jarakkan pengambilan vitamin dengan air berkafein antara 3-5 jam



3. Pengambilan Vitamin Yang Banyak Dengan Serentak :


Sila bahagikan vitamin yang diambil mengikut sela waktu. Jangan diambil semua serentak. Jika diambil serentak sudah tentu sedikit sebanyak mengganggu penyerapan vitamin tersebut malah membebankan badan kita pula. Rancang waktu makan vitamin anda. Contohnya Vitamin C dan B diambil selepas sarapan, manakala Vitamin E diambil sebelum tidur dan sebagainya



4. Tidak Minum Air Kosong/Putih Pada Kadar Yang Cukup :


Ini adalah perkara yang selalu diambil sambil lewa oleh pengguna walhal ianya sangat penting. Pengambilan air yang cukup membantu penyerapan vitamin ke dalam badan kita. Tanpa air yang cukup, badan kita tidak mampu menyerap vitamin dengan baik seterusnya mengganggu keberkesanan vitamin tersebut terhadap badan kita. Untuk setiap 25 kg berat, badan memerlukan 1 liter air. So, kiralah berapa liter yang anda perlukan dalam sehari ya. Kecuali anda penghidap sakit buah pinggang, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu ya.


5. Tidak Merujuk Kepada Penjual Vitamin Apabila Terdapat Sebarang Masalah


Kadang-kadang pengguna yang menghadapi masalah dalam pengambilan vitamin tidak rujuk kembali kepada si penjual. Mungkin ada kesilapan dan kesalahan semasa pengambilan vitamin. Walaupun tidak memudaratkan tapi akan mengurangkan keberkesanan. Jadi cari lah pengedar vitamin shaklee yang tahu berkaitan vitamin dan sudi meluangkan masa untuk mendengar masalah anda.

6. Tidak Mempunyai Ilmu Tentang Vitamin


Tidak mempunyai ilmu tentang pantang larang pengambilan juga boleh menyebabkan vitamin yang diambil tidak meninggalkan kesan terhadap badan pengguna. Contohnya :

- Vitalea Shaklee mempunyai zat besi (iron), tidak boleh dimakan bersama dengan produk tenusu atau ostematrik kerana kandungan kalsium di dalam susu dan ostematrik akan mengganggu penyerapan zat besi pada vitalea

- Alfalfa Shaklee tidak boleh diambil oleh ibu menyusu yang mempunyai bayi yang sedang menghidapi penyakit kuning. Boleh sambung ambil selepas bayi pulih daripada kuning (jaundice)

- Omega Guard Shaklee hanya boleh diambil oleh ibu mengandung sejak dari minggu ke 4 kehamilan hingga ke minggu 38 sahaja.

7. Mengambil Vitamin Shaklee Bersama Ubat


Jangan sesekali mengambil vitamin shaklee bersama ubat hospital atau ubat herba. Ini adalah kerana kandungan vitamin Shaklee yang semulajadi tidak sesuai dimakan bersama ubat hospital yang berasaskan bahan kimia dan herba yang agak panas. Selangkan 1-2 jam antara vitamin Shaklee dan ubat hospital atau herba.

8. Tidak Sabar & Konsisten


Sabarlah wahai kawan-kawan. Kalau baru makan seminggu, 2 minggu belum dapat hasil, adatla tu...kesannya ada, cuma mungkin kita tak perasan. Yelah bahan yang digunakan untuk membuat vitamin Shaklee kan bahan semulajadi, jadi mungkin ambil masa sikit. Sebab vitamin shaklee ni bukan mengubat simptom tetapi lebih kepada memperbaiki dari dalam badan dan lama-lama insyaAllah akan menyembuhkan secara semulajadi. Yang penting, ambil mesti konsisten. Jangan hari ni makan, esok tinggal, lusa makan, tulat tinggal...macam tu memang vitamin susah nak nampakkan kesannya.

Kesimpulannya


Apa yang saya dapat simpulkan ialah, kepada pengguna-pengguna vitamin shaklee di luar sana, janganlah cepat melatah ya dan jangan mudah dengar kata orang. Kalau setelah sebulan makan vitamin shaklee tak berkesan, cuba check lapan-lapan kesilapan yang saya dah senaraikan di atas, mesti ada yang anda terbuat tu. Then kalau dah perfect laksanakan apa yang disarankan, insyaAllah kesannya akan nampak. Selamat mencuba :)

Sekiranya berminat untuk mendapatkan mendapatkan maklumat atau membeli vitamin Shaklee, boleh hubungi saya melalui salah satu dari berikut :

Nama : Hasyireen binti Abdul Halim (Pengedar Shaklee Melaka)

ID : 988088
FB : https://www.facebook.com/syireenfb
FB Page : https://www.facebook.com/vitasihatcantik
No telefon : 0127247497 (boleh call, sms, whatsapp, we chat)
Email : hasyireenhalim@gmail.com
COD : Melaka, Mersing

Sila tinggalkan komen di bawah entri untuk sebarang pertanyaan. Terima Kasih kerana meninggalkan komen anda :)


Thanks dan Ceria2 selalu....

0 comments:

Catat Ulasan