Rabu, Mei 07, 2014

ENERGY BOOSTER SHAKLEE ~ Tolong JANGAN Ambil !

Assalamualaikum dan hai semua!


Hari ni, atas permintaan seorang rakan baik, saya nak hasilkan entri tentang supplement for energy booster. Lemah2 badan katanya...

Actually for energy booster ni ada 3 kategori suplemen tenaga : Metabolic Supplement, Kalori dan juga stimulants. Tapi hr ni saya nak cerita dua je, iaitu supplemen tenaga yang mempengaruhi metabolisma dan juga kalori. For stimulants sy tak berniat nak ulas panjang.
Mesti korang tertanya-tanya kan, why must nak kena tau kategori supplement bagai ni? Perlu ke? Memang perlu sebab bila seseorang itu lemah atau kurang tenaga, dia kena tau apa yang membuatkan dirinya rasa kurang bertenaga? Apa kekurangan dalam tubuh badannya, if dah tau, then br dia boleh cari supplement energy booster yang tepat untuk badannya. Ok, without further delay, let start with the first category.

1) Supplemen Tenaga : Bahan yang Mempengaruhi Metabolisme Badan

Supplemen tenaga jenis ini antaranya :-

1) Koenzim Q10 ( CoQ10)
2) Vitamin B : seperti vitamin B6 , vitamin B12 , asid folik, thiamine , niasin
Asid Creatine, carnitine , dan amino seperti tyrosine, phenylalanine , taurina
3) Asid amino (protein)

Banyak makanan tambahan tenaga yang dihasilkan daripada nutrien, protein, lemak, dan asid amino yang sudah pun berada di badan kita atau pun yang kita perlu dapatkan daripada makanan. Dan supplemen2 tenaga ini ternyata memang membantu

Penyelidikan telah menunjukkan dengan jelas bahawa sebatian supplemen ini menyokong proses metabolisme tenaga. Supplemen ini mempengaruhi bagaimana badan manusia memproses nutrien yang kita makan dan menukarkan ia menjadi tenaga.

Namun, walaupun  supplemen mempunyai peranan dalam proses metabolisme badan, adakah ia juga meningkatkan tenaga setiap orang secara purata ? Itu bergantung !

Jika anda makan dengan diet yang sihat yang seimbang, anda mungkin mendapat cukup vitamin dan asid amino daripada makanan, dan mungkin tidak memerlukan makanan tambahan. 

Tetapi orang-orang yang kekurangan vitamin2 seperti CoQ10, carnitine dan vitamin B boleh mendapat manfaat daripada makanan tambahan atau supplemen. Apa pula takrifan "kekurangan" itu sendiri? Siapa yang sebenarnya ditakrifkan sebagai "kekurangan" tenaga ini?

Mereka yang dikatakan kekurangan ini adalah samada atlet yang push diri mereka up to the limit, mereka yang mengambil makanan yang sangat tidak seimbang, kurang makan makanan seimbang atau yang sedang mengambil ubat-ubatan seperti penghalang asid (asid-blocker), ubat penahan sakit anti -radang atau antibiotik. Anda di kategori mana?


2) Supplemen Tenaga: Kalori

Ramai di antara kita mempunyai satu tanggapan yang songsang terhadap kalori di mana kita melihat kalori sebagai penjahat yang bersembunyi di dalam makanan dan membuat seluar kita terlalu ketat. Tetapi sebenarnya kalori adalah pengukuran tenaga potensi dalam mana-mana makanan yang kita makan.

Jadi kategori kedua supplemen tenaga iaitu Kalori, biasanya kita perolehi daripada karbohidrat (seperti gula) di mana badan kita dengan mudah boleh memecahkan dan menyerapnya sebagai tenaga. Supplemen berbentuk karbohidrat boleh didapati dalam minuman tenaga ,bar tenaga, gel tenaga dan sebagainya. Supplemen jenis ini mempunyai indeks karbohidrat yang tinggi glisemik, dengan cepat memasuki ke dalam aliran darah, meningkatkan glukosa dalam darah dengan mendadak dan juga menyebabkan lonjakan insulin reaktif. Hasil ?? Dalam jangka panjang, tindak balas ini boleh menyebabkan peningkatan dalam keradangan dan kesakitan, dan kesan-kesan buruk yang lain.

Walaubagaimanapun supplemen tenaga jenis kalori mungkin baik untuk atlet atau mereka yang workout. Ini kerana karbohidrat yang mudah diserap boleh memberikan mereka tenaga yang mereka perlukan untuk meneruskan senaman. Selepas senaman, karbohidrat ini juga boleh membantu atlet untuk pulih dengan lebih cepat daripada senaman yang berat.

Tetapi bagaimana jika anda tidak berjalan di maraton ? Adakah dos gula dalam minuman tenaga memberikan anda rangsangan selepas seharian anda duduk di kerusi ? Ya, tapi mungkin sedikit.

Dan dalam jangka masa panjang , pergantungan kepada minuman tenaga yang tinggi kalori dan makanan untuk rangsangan adalah idea yang buruk - terutamanya jika anda bukan orang yang suka bersenam atau melaksanakan kerja berat. Kalori anda tidak terbakar malahan hanya menjadi lemak. Apabila berat badan berlebihan menyebabkan anda cepat letih !

So, fikir-fikirkan mana kategori supplemen tenaga yang ada rasa sesuai untuk anda.


So, What Shaklee Can Offer You For Energy Booster ?


Actually banyak vitamin shaklee yang boleh menjadi energy booster, antaranya ESP, B-Complex, Vitalea, Performance Drink dan Meal Shakes. But again, it depends on your body needs. Back to apa yang saya share di atas tadi, why u lemah and apa yang u nak to increase your body ability or to boost your energy. Ok, let me share apa yang shaklee vitamins can give u :


1) ESP - Energizing Soy Protein



ESP SHAKLEE

ESP adalah protein Bukan-GMO, yang Lengkap Dengan Semua Asid Amino Perlu.

 

Saya repeat SEMUA asid amino perlu ya !

Serbuk Shaklee ESP serbuk adalah sumber protein soya yang baik. ESP menyediakan 14 gram berkualiti tinggi protein soya bukan GMO  dengan semua asid amino, termasuk 9 asid amino penting badan yang diperlukan untuk sintesis protein. 

Tidak seperti protein daripada daging, telur dan tenusu, ESP adalah RENDAH LEMAK. Ia juga laktosa dan FREE kolesterol. Maknanya ESP ni memberi tenaga tetapi dalam masa yang sama TIDAK MENGGEMUKKAN ! Paham je lah, orang perempuan ni sensitif kan dengan gemuk...hehe


Bagaimana ESP Shaklee boleh boost tenaga anda? 


Membekalkan tenaga yang berterusan dan membantu menghilangkan rasa lapar kerana ia menyediakan satu sumber tenaga yang berterusan. 
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol. 
• Mengandungi lima vitamin B penting, yang merupakan separuh Nilai Harian, isoflavon kalsium, dan soya. 
• Mengandungi protein soya bukan GMO yang dihasilkan di bawah satu Pengenalan Program Pemeliharaan (IPP), yang bermaksud bahawa kacang soya dipantau dengan ketat dan dikawal dari penanaman melalui pemprosesan.


2) B-Complex Shaklee

B-COMPLEX SHAKLEE


Vitamin B SANGAT PENTING Perlu untuk Kesihatan yang Baik 

Adakah anda mendapat cukup vitamin B? Tekanan setiap hari, tabiat makan yang tidak sihat dan sesetengah ubat-ubatan yang diambil boleh meningkatkan risiko semakin berkurangnya bekalan vitamin B dalam tubuh badan anda. Oleh itu, vitamin B adalah keperluan yang penting dalam diet yang sihat. 


Perfect Balance, Perfect B 

B Complex Shaklee menawarkan keseimbangan sempurna kesemua lapan vitamin B untuk membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik. 

• Kandungan B1, B2, B3, B6, Biotin dan Pantothenic asid dalam B Complex Shaklee membantu badan untuk memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada TENAGA. 
• Manakala kandungan Asid folik dan B12 membantu dalam PEMBENTUKAN sel-sel darah merah di dalam badan. Ha, siapa kurang darah merah tu, elok la ambil B-Complex Shaklee ni ya.

Additiona Notes : Jumlah yang cukup asid folik dalam bantuan diet mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsep dan semasa 12 minggu kehamilan pada dos 400 mcg setiap hari. *


3) Vita-lea (Iron Formula) ~ Best Multi Vitamin From Shaklee

VITA-LEA IRON FORMULA SHAKLEE

Vita-Lea : Multivitamin & Multimineral 

The Perfect Multi 

Merupakan Multi Vitamin Yang terbaik daripada Shaklee - paling komprehensif dan seimbang. Vita-Lea dirumus khas untuk memberikan anda 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 

Diambil harian, Vita-Lea MAMPU: 

• Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik
• Mengandungi beta karotena yang membantu dalam penyelenggaraan pertumbuhan, penglihatan, dan perkembangan tisu. 
• Kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D, untuk tulang sihat dan gigi. 
• Biotin dan membantu asid Pantothenic untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat. 
• Vitamin B12 membantu dalam PEMBENTUKAN sel-sel darah merah. 

- Some of us rasa letih dan lemah sebab kekurangan vitamin atau nutrisi dalam badan, umpama kereta takde minyak hitam, mcm mana nak gerak kan? Sama jugak mcm badan kita. Therefore kita perlukan Vita-Lea yang merupakan  multivitamin untuk melengkapkan nutrisi kita.

Produk Vita-Lea mengandungi alfalfa (Medicago sativa) (but kandungan alfalfa nya tidak terlalu banyak). Individu yang mempunyai kecenderungan untuk sistemik lupus eritematosus perlu mendapat nasihat doktor sebelum mengambil produk ini. 

Ok, for this entry, cukuplah sy introduce 3 vitamin untuk set energy booster anda yang lemah2 badan, xde semangat, x selera makan dan sebagainya....ada rezeki panjang umur, kita sembang pasal Mighty 3 Gems pulak....nak tau apa mighty 3 gems tu????? tunggu....hehehe...teruskan mengikuti blog sy ya :-)

Oklah, nak tambah sikit, selain Supplemen yang bagus and free drug macam Shaklee ni, kita boleh juga BOOST TENAGA dengan menukar sedikit Gaya Hidup Kita. How??? Keep reading ya :-)


Meningkatkan Tenaga dengan Perubahan Gaya Hidup


Tidur - Jika anda berasa letih dan tak bertenaga, tidur la lebih, tp bukan berlebih-lebihan ya, beza kat situ :p. Aim untuk tidur tujuh hingga lapan jam setiap malam. Ambil quick nap pada siang hari - hanya 20-30 minit - juga boleh menyebabkan anda berasa bertenaga. (ni sunnah nabi jugak, quick nap before Zuhur kan?)

Bersenam - Betul , cara terbaik untuk mempunyai lebih banyak tenaga adalah untuk mempunyai gaya hidup yang lebih aktif. Nampak mungkin macam bila bersenam kita lebih penat kan, tp hasilnya adalah sebaliknya. Lebih daripada 90 % daripada kajian menunjukkan perkara yang sama: orang yang aktif yang memulakan program senaman mempunyai keletihan yang kurang dan lebih banyak tenaga.

Makan diet yang sihat - Tiada diet tenaga khas . Tetapi untuk kesihatan secara keseluruhan, pakar-pakar mengesyorkan diet dengan banyak sayur-sayuran segar , buah-buahan , biji-bijian , dan protein tanpa lemak. Elakkan makanan yang tinggi glisemik karbohidrat indeks. Makan jumlah yang munasabah "lemak baik", terutamanya lemak monotaktepu seperti minyak zaitun dan omega-3. 

But once again, mungkin tak semua orang mempunyai masa tidur yang cukup, mungkin nak uruskan keluarga, bekerja lagi dan macam2 kan. Tak semua orang juga ada masa nak bersenam, dan tak semua orang mampu ambil diet seimbang dan sihat. Apatah lagi sekarang ni bersepah fast food kan, dan ramai antara kita yang memilih untuk makan di luar. Here, where the supplements take places....

Di sini lah kita memerlukan supplemen untuk membantu kita. Tapi kena carik yang betul2 la...Contohnya seperti vitamin Shaklee, yang merupakan vitamin semulajadi, tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet ditambah. Malahan bertahun-tahun research dijalankan untuk produk2 shaklee ni. Bayangkan Shaklee dah wujud since 1956, now dah 2014...sendiri kira la betapa well establish nya produk shaklee ni...


Kesimpulan

ENERGY BOOSTER SHAKLEE ~ Tolong JANGAN AMBIL kalau anda :

1) Sentiasa sihat bertenaga sepanjang hari

2) Tidak mengantuk tatkala menghadap kerja-kerja ofis atau kerja harian di rumah di siang hari

3) Makan diet yang sangat seimbang setiap hari (get complete vitamin in your daily meal)

4) Mampu bersenam secara berkala

5) Mendapat tidur yang mencukupi (about 7 hours daily)


Ok lah, cukup lah membebel hari ni...have a good day....luv u all...:-)


Mahu dapatkan konsultasi EKSLUSIF  berkaitan Set Energy Booster Shaklee, hubungi saya melalui salah satu cara di bawah :



 Nama : Hasyireen binti Abdul Halim  (just call me syireen)


(Pengedar Shaklee Melaka & Seluruh Malaysia)


ID : 988088


Contact Me Thru :

FB : https://www.facebook.com/syireenfb


FB Page : https://www.facebook.com/vitasihatcantik


No telefon : 0127247497 (call, sms, whatsapp, we chat)

Email : hasyireenhalim@gmail.com


COD : Melaka, Mersing



IMPORTANT !!!! 
Free Consultation Will Be Given To My Customer Only....My Customer is Very Special To Me....That's Why The Exclusive Consultation is Only For My Special Customer...

Nantikan Entri Seterusnya Dari Saya....Tungguuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Sila tinggalkan komen di bawah entri untuk sebarang pertanyaan. Terima Kasih kerana meninggalkan komen anda :)



Thanks dan Ceria2 selalu....

0 comments:

Catat Ulasan