Jumaat, Oktober 10, 2014

TAMBAH SUSU IBU CARA SIHAT DAN SEMULAJADI

Di zaman moden ini, menyusukan anak atau breastfeeding merupakan sesuatu perkara yang sudah kembali mendapat perhatian. Dalam keadaan perkembangan pelbagai jenis penyakit yang menyerang bayi pada masa kini, bahan kimia yang tinggi dalam sesetengah susu formula, serta keadaan ekonomi sekarang yang agak tidak stabil, ibu bapa baik di bandar mahupun di luar bandar memilih untuk memberikan susu ibu kepada bayi mereka. Apatah lagi susu ibu merupakan susu terbaik untuk bayi. Beruntunglah bagi mereka yang mempunyai susu yang banyak secara semulajadi, namun bagi mereka yang kurang bernasib jangan sedih atau gusar, ada cara yang berkesan dan semulajadi untuk tambah susu ibu yang akan saya kongsikan bersama anda. Teruskan membaca ya.




KENAPA BAYI PERLUKAN SUSU IBU


Pertama-tamanya kita sebagai ibu perlu mengetahui matlamat kita dengan jelas mengapa kita perlu menyusukan bayi kita dengan susu ibu. Antara kebaikan utama susu ibu pada bayi adalah :

1) Sebaik sahaja dilahirkan, susu pertaman yang anda berikan kepada bayi dipanggil kolostrum. Kolostrum bersifat pekat, kelihatan berkrim, kaya dengan protein dan rendah kandungan lemak. Cecair kolostrum ini sangat istimewa kerana ia mudah dihadam dan kaya dengan antibodi yang dipanggil immunoglobulin. Immunoglobulin merupakan antibodi yang dapat melawan penyakit dan menguatkan sistem ketahanan badan bayi anda.

Antibodi inilah yang mampu :
- mengurangkan alergi pada tubuh bayi
- mengurangkan masalah sistem penghadaman bayi
- mengurangkan risiko obesiti
- membantu meningkatkan perkembangan intelek bayi

KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA KELUARGA

1) Mengurangkan kos pembelian susu formula yang agak mahal masa kini
2) Mengurangkan kos perubatan kerana dengan memberikan susu ibu, bayi akan lebih sihat kerana mempunyai antibodi yang kuat
3) Mengeratkan hubungan kekeluargaan antara bayi dan ibu disebabkan sentuhan badan semasa proses penyusuan

KONSEP ASAS PENYUSUAN

1) Konsep paling utama yang perlu dipegang oleh para ibu yang ingin menyusukan bayi dengan susu ibu ialah konsep Supply & Demand ataupun Penawaran dan Permintaan. Lebih tinggi Permintaan, maka lebih tinggi penawaran.

- Maksudnya di sini bila bayi selalu minta susu atau kerap menyusu (permintaan), maka lebih banyak susu yang akan dihasilkan (penawaran)

2) Perlu juga diketahui bahawa susu ibu ini dihasilkan dari gabungan pemikiran otak (psikologi) si ibu, hormon dan ransangan bayi itu sendiri


HORMON DALAM PENYUSUAN

Terdapat 3 jenis hormon penyusuan yang patut ibu-ibu ni tahu iaitu :

1) Prolaktin
    - berfungsi untuk menghasilkan susu
    - hormon ini sangat tinggi pada waktu malam

2) Oksitosin
    - hormon ini penting untuk pancutan susu
    - namun hormon ini akan ada masalah untuk dihasilkan sekiranya si ibu stress

3) FIL
    - FIL adalah feedback inhibator of lactation atau faktor yang menghalang penyusuan
    - Bila payudara dipenuhi susu ~ FIL akan memperlahankan pengeluaran susu ibu
    - Bila payudara 'kosong' ~ FIL berkurangan dan ini akan menjadikan susu dihasilkan dengan lebih 
      cepat

MASALAH-MASALAH PENYUSUAN YANG WUJUD, ANTARANYA :

- Puting Luka
- Bengkak Payudara
- Puting Leper
- Bayi Tidak Kenyang
- Bayi Hisap Sebelah Payudara Sahaja
- Kedudukan Bayi Tidak Selesa

KENAPA SHAKLEE MEMBANTU?

Shaklee membantu ibu yang baru lepas bersalin kerana ibu lepas bersalin biasanya mempunyai masalah seperti berikut :

- Tahap hormon berubah - gejala 'baby blues' atau kemurungan
- Kurang susu ibu dilahirkan
- Masalah berat badan

Kepentingan nutrisi-nutrisi yang terdapat dalam SHAKLEE yang boleh MEMBANTU meningkatka kesihatan para ibu dan juga bayi. Dalam masa yang sama, apabila ibu mendapat nutrisi yang sepatutnya ada untuk menggalakkan susu ibu, sudah tentulah secara tidak lansung susu ibu juga akan banyak.

Ok, saya akan senaraikan vitamin Shaklee yang sangat bermanfaat dan patut diambil oleh ibu yang baru lepas bersalin :


1) ESP Soy Isolate Powder 




- Sumber Soya Non-GMO
- Mempunyai Glisemik Index yang rendah (bagus untuk mengawal diabetik)
- mengandungi 14 g protein setiap hidangan

kehamilan - semasa kehamilan, protein sangat penting diambil oleh ibu supaya memastikan pertumbuhan bayi yang normal

selepas bersalin - manakala selepas bersalin pula, ibu yang mengambil ESP semasa hamil akan menghasilkan susu ibu yang penuh nutrisi untuk diberikan kepada bayinya



2) Vitamin C

- Dihasilkan daripada ekstrak jagung (sumber utama vitamin c)
- Mempunyai komponen yang sama seperti buah citrus
- Meningkatkan imun sistem ibu dan bayi
- Antioksidan

3) Vita-Lea

- Formula lengkap 28 vitamin dan mineral untuk ibu dan bayi
- Lebih 340 kali ujian kualiti
- Sistem penyerapan Bioaktif - meningkatkan penyerapan folic asid
- Mencegah kekurangan vitamin
- Meningkatkan HB ibu yang rendah

4) B-Complex

- Mengandungi kesemua 8 vitamin B (B1, B2, B3, B6, B12, biotin, pantothenic, Folic Acid)
- Vitamin B ini tidak dapat dihasilkan oleh badan, hanya dihasilkan dari pemakanan dan supplemen sahaja.
- Mengurangkan STRESS pada ibu yang baru lepas bersalin
- Membantu otak kita untuk fokus
- Menstabilkan emosi si ibu yang tidak keruan selepas bersalin. Untuk menyusukan badan juga, ibu tidak boleh stress kerana stress akan menghalang hormon penyusuan ibu seperti yang diceritakan di atas tadi.
- Memperbanyak hormon yang boleh menggalakkan penghasilan susu
- Membantu perkembangan otak bayi di dalam kandungan

5) Ostematrix

- Membekalkan kalsium yang penting untuk ibu semasa kehamilan dan untuk ibu yang ingin menyusukan bayi
- Penting untuk membina dan menghasilkan tulang dan gigi yang kuat untuk ibu dan bayi
- Sokong kalsium ibu kerana kebanyakan nutrien badan diserap oleh bayi semasa dalam kandungan lagi dan juga semasa menyusu
- Penting untuk pemulihan tulang ibu selepas bersalin dan pembesaran bayi
- Susu ibu mengandungi 40% kalsium
- Di dalam ostematrik juga terdapat magnesium dan vitamin D yang membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dengan lebih banyak (Magnesium juga bagus untuk darah dan jantung)
- Mengelakkan cramp, sakit pinggang dan gusi berdarah terutama semasa mengandung
- Bagus untuk ibu yang menyusukan secara baring dan mengiring-kurangkan sakit
- Elakkan sakit lutut

*Cuba elakkan ambil sebarang kalsium dengan iron secara serentak kerana ia boleh mengganggu penyerapan antara satu sama lain

6) Alfalfa

- MENINGKATKAN penghasilan susu ibu
- Membantu mengawal pergerakan usus
- Mencuci usus dan darah

* JANGAN ambil dahulu sekira bayi anda terkena kuning. Namun anda boleh ambil sebaik sahaja bayi anda sembuh daripada kuning.

KESIMPULAN 

Kesimpulannya apa yang penting untuk si ibu tahu dan buat untuk memastikan ibu dan menyusukan bayi mereka :

- Ibu kena faham dulu konsep supply & demand (ada saya terangkan di awal artikel ini)

- Ibu kena kenalpasti masalah kenapa ibu kurang susu (boleh bincang dengan orang yang lebih berpengalaman atau pengedar shaklee anda)

- Dapatkan suplemen atau makanan tambahan yang sepatutnya anda ambil untuk mengatasi masalah yang berkaitan sehingga menyebabkan anda tak dapat menyusukan bayi anda (boleh rujuk jenis-jenis vitamin shaklee yang ditawarkan)

Anda boleh mengambil kesemua vitamin di atas (Sangat dicadangkan) sekiranya anda mempunyai bajet yang cukup, namun anda juga boleh memilih untuk mengambil mana yang paling anda perlukan dengan berbincang dengan pengedar shaklee anda. Semua vitamin di atas boleh dijadikan set berpantang anda sebenarnya.

Apa pun, sekiranya anda rasa anda perlukan vitamin-vitamin di atas, segera berhubung dengan saya seperti di bawah. Nantikan next entry saya berkaitan dengan TIP Untuk Menggalakkan & Memperbanyakkan Penghasilan Susu Ibu Secara Percuma


Nama Penulis : Hasyireen binti Abdul Halim  


(Pengedar Shaklee Melaka & Seluruh Malaysia)


ID : 988088


Contact Me Thru :

FB : https://www.facebook.com/syireenfb


FB Page : https://www.facebook.com/vitasihatcantik


No telefon : 0127247497 (call, sms, whatsapp, we chat)

Email : hasyireenhalim@gmail.com


COD : Melaka & Mersing

POS : Seluruh Malaysia



IMPORTANT !!!!  

FREE Consultation Will Be Given To My Customer ONLY....Dapatkan PENJIMATAN 15-20% dengan MENDAFTAR sebagai Ahli...Anda juga boleh MENAMBAH PENDAPATAN dengan Shaklee sekiranya berminat..Hubungi saya segera.



Sila tinggalkan komen di bawah entri untuk sebarang pertanyaan. Terima Kasih kerana meninggalkan komen anda :)



Thanks dan Ceria2 selalu....

0 comments:

Catat Ulasan