Selasa, Oktober 14, 2014

RAWAT KEPUTIHAN SEGERA ELAK PENYAKIT KANSER RAHIM

Apakah Masalah Keputihan?

Masalah keputihan berlaku apabila terdapat lelehan lendir samada berwarna putih, krim ataupun kelabu keluar daripada faraj wanita. Masalah keputihan ini merupakan masalah yang boleh dikatakan biasa terjadi di kalangan wanita. Mungkin ada di kalangan pembaca juga yang mempunyai masalah keputihan ini. Apa yang boleh saya katakan rawat keputihan segera kerana ia boleh mengakibatkan penyakit kanser rahim jika dibiarkan terlalu lama. Mari saya kongsikan bagaimana ia berlaku dan cara mengatasinya.
Data menunjukkan hampir 75% wanita yang telah berkahwin menghidapi masalah keputihan. Kebanyakkannya adalah disebabkan oleh aktiviti seksual. Ramai wanita yang menganggap bahawa keputihan ini hanyalah suatu petanda biasa sebelum mereka didatangi haid. Namun, sebagai wanita kita perlu mengetahui dan mengkaji tentang masalah keputihan ini kerana ia mungkin lebih serius daripada yang anda sangkakan. 

Saya minta semua pembaca tidak kira lelaki ataupun perempuan untuk sama-sama terus membaca artikel ini bagi mendapatkan pengetahuan tentang masalah keputihan dan cara rawatan serta petua-petua yang boleh diamalkan dalam usaha untuk merawat masalah keputihan ini. Malahan juga dengan mengetahui tentang penyakit keputihan ini, kita mungkin boleh mencegah daripada keputihan berlaku.

Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati?

Jenis Keputihan

Keputihan terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
1) Keputihan fisiologis
   - Keputihan jenis ini biasanya normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit
   - Kebiasaannya berlaku ketika seseorang wanita sedang dalam waktu subur dan sebelum kitar haid bermula
   - Lelehan lendir yang normal biasanya mempunyai warna putih atau krim.
   - Tidak berbau serta tidak membawa kepada kegatalan pada bahagian faraj
   - Lendir yang dikeluarkan juga sedikit dan berbentuk cecair
   - Normal bagi kebanyakan wanita
2) Keputihan patologik
    - Keputihan jenis ini lebih bersifat kronik
  - Ia lebih kelihatan seperti penyakit di mana faraj mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau
   - Berbau busuk dan menerbitkan rasa gatal pada faraj
   - Disebabkan oleh jangkitan kuman, bakteria dan/atau kulat.
   - Wanita yang mengalami keputihan seperti ini perlu mendapatkan rawatan

Punca-punca Masalah Keputihan

1. Tidak mengambil berat Faktor Kebersihan. 

Kebersihan faraj yang merupakan bahagian sulit wanita perlu dijaga bagi mengelakkan sebarang jangkitan. 

Pastikan bahagian sulit wanita dicuci dengan air bersih.  Pastikan juga ia kering selepas membuang air kecil dan juga aktiviti seksual. Ini kerana kelembapan pada bahagian sulit wanita akan mengakibatkan pertumbuhan seterusnya jangkitan mikroorganisma seperti kulit dan bakteria.

2. Gangguan Keseimbangan Hormon

Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya gangguan keseimbangan pada hormon wanita. Antaranya :

  • Pengeluaran hormon estrogen (hormon pembiakan) pada wanita hamil menjadikan kulit lebih mudah melekar pada dinding faraj
  • Mengambil ubat khususnya antibiotik bagi jangkamasa yang panjang secara berlebihan pula akan menyebabkan pertumbuhan mikroorganisma patogen seperti kulat atau bakteria. Ini kerana bakteria semula jadi pada bahagian faraj telah mati akibat antibiotik yang dimakan.
  • Tekanan atau stress yang dialami oleh wanita juga boleh mengganggu keseimbangan hormon wanita
  • Pil pencegah kehamilan atau pil perancang keluarga yang diambil oleh wanita juga boleh mengganggu keseimbangan hormon wanita

3. Aktiviti Seksual Yang Tidak Sihat

Wanita yang mengamalkan aktiviti seksual yang tidak sihat seperti melakukan seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih terdedah untuk mendapat pelbagai penyakit serta jangkitan di bahagian faraj.

4. Kencing Manis

Kadar gula yang tinggi dalam rembesan faraj wanita yang mengidap kencing manis menyebabkan pertumbuhan kulat yang banyak dan membolehkan kulat tersebut berkembang biak di bahagian faraj. 

Wanita yang mempunyai imunisasi serta antibodi yang rendah seperti pesakit AIDS, barah atau leukimia  juga mempunyai risiko dijangkiti keputihan akibat daripada daya tahan badan yang rendah.

Bakteria Baik & Jahat Pada Faraj
Terdapat pelbagai bakteria pada bahagian faraj wanita yang wujud secara semula jadi. Lactobacillus adalah antara bakteria semula jadi yang begitu berguna pada bahagian kemaluan wanita. Ia merupakan bakteria baik pada faraj yang bertindak sebagai sumber utama asid lactic bagi mengekalkan PH (berasid) pada bahagian faraj antara 3.5 hingga 4.6. Keadaan berasid ini adalah bagi memastikan faraj dilindungi daripada sebarang jangkitan kuman.
Walaubagaimanapun, jangkitan kuman atau bakteria jahat akan berlaku apabila fungsi bakteria semula jadi diganggu oleh faktor luaran, contohnya penggunaan produk pencuci bahagian intim yang tidak sesuai. Ini kerana ia boleh mengubah persekitaran faraj yang berasid hingga membunuh bakteria semula jadi pada faraj tadi. Apabila ini berlaku, ia mendorong kepada pertumbuhan organism komensal yang lain secara berlebihan sehingga berlakunya jangkitan.
Jadual di bawah menunjukkan jenis kuman dan punca jangkitan penyakit keputihan yang wujud.
Agen Penyebab
Jenis Kuman (Mikro
organisma)
Ciri-ciri klinikal
Punca Jangkitan
Gardnerella vaginalisBakteria
  • Lelehan berwarna putih-kekelabuan dan sedikit berbuih
  • Berbau busuk (fish odor)
  • Sedikit rasa gatal atau kerengsaan
  • Hubungan seks rambang
  • Tabiat merokok dan
  • Penggunaan alat kontraseptif Intra uterine devices
Trichomonas vaginalisParasit
  • Lelehan faraj yang bernanah
  • Berwarna kuning
  • Berbuih dan berbau hanyir
  • Kerengsaan pada faraj
  • Rasa sakit semasa hubungan seks
  • Rasa sakit semasa buang air kecil
  • Hubungan seks yang tidak sihat
Candida albicans / sppKulat
  • Lelehan kental dan berwarna putih
  • Berbau busuk (foul odor)
  • Gatal
  • Dinding faraj kelihatan merah dan bengkak
  • Sakit semasa hubungan seksual
  • Sakit semasa buang air kecil
  • Penggunaan antibiotik yang banyak
  • Kehamilan
  • Penyakit kencing manis yang tidak terkawal
  • Sistem pertahanan badan yang lemah disebabkan oleh HIV/AIDS, kanser atau dalam rawatan kanser
  • Pengguna pil perancang keluarga
Jadual Diambil daripada laman web myhealth.gov.my

Gambar rajah menunjukkan jangkitan kulat pada bahagian faraj yang dikenali sebagai Candida albicans

Bahaya Masalah Keputihan
Sesungguhnya masalah keputihan yang tidak dirawat akan menyebabkan penyakit yang lebih serius kepada wanita. Berikut saya senaraikan bahaya atau risiko pengidap penyakit keputihan yang tidak dirawat dengan kadar segera :
  1. Menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim 
  2. Boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian sekiranya terlalu lewat di rawat.
  3. Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah hasil daripada penambahan kekuatan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal yang diberikan kepada pesakit.
  4. Masalah keputihan menjadi lebih kronik akibat dari jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan seterusnya ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan juga pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.
  5. Bagi wanita yang mempunyai sistem daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius malahan mengancam nyawa. 
  6. Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat pesakit menggaru hingga menyebabkan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.

Bagaimana Mencegah Penyakit Keputihan?
Setelah mengetahui bahaya penyakit keputihan, sudah tentu lah para wanita samada sudah mahupun belum mengalami keputihan merasa gusar.
Oleh itu, saya kongsikan beberapa tips mencegah keputihan untuk anda semua dan untuk diri saya sendiri juga.

  • Pastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering sentiasa.
  • Tidak menggunakan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau mengakibatkan kegatalan pada faraj.
  • Menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid) dengan kerap.
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Elakkan penggunaan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Jangan mengambil ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Jauhi seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang. 
  • Pastikan tiada benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  • Jika terdapat sebarang tanda penyakit keputihan jenis patologik, segera berjumpa dengan pegawai perubatan dan lakukan pemeriksaan vagina.
  • Jauhi tekanan dan stress dengan melakukan aktiviti yang anda minati serta menenangkan fikiran seperti melancong, bersenam dan sebagainya


Pengambilan Supplemen Sebagai Rawatan Alternatif


Bagi wanita yang telah menghidapi masalah keputihan ini, mencuba petua dan juga berjumpa dengan doktor adalah jalan terbaik untuk anda keluar daripada kemelut ini. Namun, pengambilan suplemen yang tepat dan konsisten juga mampu membantu anda mengatasi dan merawat masalah keputihan yang anda hadapi.

Di sini saya ingin memperkenalkan beberapa suplemen Shaklee yang saya kira dapat membantu anda semua dengan fungsinya yang tersendiri :

1) Alfalfa Complex - mempunyai sifat antikulat


2) Garlic - merupakan antibiotik semulajadi dan membunuh kulat


3) B-Complex - kekurangan vitamin B dalam tubuh boleh menyebabkan infeksi vagina


4) GLA Complex - berkesan sebagai bahan anti kulat


5) Vitamin C - penting di dalam fungsi sistem imunisasi


Kesimpulan


Walauapapun cara yang anda gunakan untuk merawat masalah keputihan anda, yang penting jangan pandang enteng terhadap masalah keputihan. Diharapkan selepas membaca artikel ini, lebih ramai wanita di luar sana yang menyedari akan bahaya keputihan (jenis patologik) jika tidak dirawat. Saya juga ada menerangkan punca dan cara pencegahan untuk penyakit keputihan di dalam artikel ini. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari merawat. Namun, jika sudah terkena cepat-cepat mendapatkan rawatan doktor dan juga mengambil suplemen yang tepat secara konsisten. 

Sekiranya anda rasa anda memerlukan suplemen shaklee khusus untuk merawat keputihan seperti yang saya nyatakan di atas, segera hubungi saya seperti di bawah. Lebih cepat anda hubungi saya, lebih kurang risiko anda menghidapi komplikasi yang serius akibat keputihan.


Nama Penulis : Hasyireen binti Abdul Halim  


(Pengedar Shaklee Melaka & Seluruh Malaysia)


ID : 988088


Contact Me Thru :

FB : https://www.facebook.com/syireenfb


FB Page : https://www.facebook.com/vitasihatcantik


No telefon : 0127247497 (call, sms, whatsapp, we chat)

Email : hasyireenhalim@gmail.com


COD : Melaka & Mersing

POS : Seluruh Malaysia



Nantikan Entri Seterusnya Dari Saya....Tungguuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



AMARAN !!!!  

FREE Consultation Will Be Given To My Customer ONLY....Dapatkan PENJIMATAN 15-20% dengan MENDAFTAR sebagai Ahli...Anda juga boleh MENAMBAH PENDAPATAN dengan Shaklee sekiranya berminat..Hubungi saya segera.



Sila tinggalkan komen di bawah entri untuk sebarang pertanyaan. Terima Kasih kerana meninggalkan komen anda :)



Thanks dan Ceria2 selalu....

1 ulasan:

  1. Info yg sgt berguna kak syireen..tq for sharing.. ;-) blh jdikan rujukan nie..

    BalasPadam