Jumaat, Oktober 31, 2014

Pemakaian Masker : Jangan Pandang Enteng

Assalamualaikum & Hai semua..

Bila bercerita bab penjagaan kulit wajah, perkara yang biasa kita sebut semestinya pencuci muka, toner dan pelembap kan? Jarang sangat orang nak mention tentang Masker kan? Kenapa ya? Sebab kita selalu anggap pakai masker ni macam leceh je kan. Padahal ramai tak tau yang Masker ni antara elemen penting tau dalam penjagaan wajah kita.


Sebenarnya memakai masker ni tidak lah membebankan. Ini adalah kerana kita tidak perlu nak tepek masker dekat muka kita hari-hari. Masker ni dipakai 2,3 hari sekali atau seminggu 2 kali. Kalau dah tiada masa atau malas sangat pun, seminggu sekali pun mantap dah tu kan.



Kenapa WAJIB Pakai Masker?


Ha, ramai yang tak tau, masker ni banyak sebenarnya manfaat pada kulit. Ok, jom kita tengok apa manfaat masker pada kulit kita ya. Check it out :


Manfaat No. 1 : Memberi Kelembapan Kepada Kulit Wajah


Faham-faham sahaja lah suhu kat Malaysia ni kan, dengan cahaya terik matahari membuatkan kulit kita cepat kering. Itu belum lagi cerita mereka yang duduk dalam aircond 24 jam kan. Ini semua mengurangkan kelembapan pada kulit wajah kita. Terutama sekali bagi mereka yang kulitnya jenis kulit kering. Jadi dengan memakai masker, ia dapat mengekalkan kelembapan kulit wajah kita. Kuranglah masalah muka kering atau menggelupas kan. Kalau perasan siapa yang pernah pakai masker, lepas pakai masker wajah kita akan rasa lembap dan sejuk je kan.


Manfaat No. 2 : Menghilangkan Minyak Yang Berlebihan Pada Kulit Wajah


Penggunaan masker juga boleh membersihkan wajah hingga ke dalam pori. Jadi, pada wanita yang kulitnya berminyak tu, pakailah masker untuk stabilkan minyak di wajah anda. At the same time masker ni boleh kecikkan pori-pori muka anda. Anda mesti tak nak kulit muka atau liang pori anda tersumbat kan? So, pakailah masker.


Manfaat No. 3 : Mengatasi Masalah Jerawat



Masker juga boleh membantu mengatasi masalah jerawat. Yelah jerawat ni wujud sebab bakteria semua terlekat dalam liang roma atau pori kulit wajah kan, so bila kita dah pakai masker kulit muka dah bersih, liang roma pun dah kecik, so jerawat pun slowly akan mengecut. Kalau sesiapa yang jerawat teruk tu mungkin tak cukup dengan masker je. Tu takpe kita cerita lain nanti.


Ok, itu tadi saya dah cerita secara general atau umum tentang kebaikan masker. Masker ni banyak jenis. Nak beli kat kaunter boleh, nak pergi buat dekat spa boleh, mana-mana lah ikut preference masing-masing kan.

Tapi sebenarnya buat masker ni tak susah mana pun. Tak mengambil masa sangat pun, malah menjimatkan lagi. Tak percaya? Ha, Shaklee ada resepi masker yang mudah dan jimat.

Resepi Masker Shaklee


Bahan-bahan yang Diperlukan :

1) ESP Shaklee
2) Yogurt Natural
3) Vita E (optional)

Cara-cara membuatnya :

1) Ambil 2 sudu besar yogurt natural letak dalam bekas
2) Campurkan sesudu ESP ke dalam yogurt
3) Gunting kapsul Vitamin E ada dan campurkan dalam ESP dan yogurt tadi. Gaul hingga sebati. (vita E ni optional, untuk kesan lagi terrrbaik..)
4) Sapu pada keseluruhan kulit wajah secara rata (elakkan area mata tau) dan biarkan selama setengah jam
5) Bilas kulit wajah dengan air bersih

Kebaikan Masker ESP Shaklee

1) Menggunakan bahan semulajadi
2) Jimat sebab bahan yang digunakan untuk anda makan tu lah yang anda guna sedikit untuk jadikan masker
3) Bahan yang digunakan adalah semulajadi


Lain-lain TIPS Memakai Masker


1) Pastikan anda memakai masker selepas kulit anda bersih ya. Maknanya anda pakai masker selepas mencuci muka, memakai toner dan pelembap (kalau yang memang tak pakai toner ngan pelembap takpela lepas cuci muka boleh terus pakai masker).

2) Pastikan muka anda tidak ada alergik pada bahan-bahan yang digunakan. Maksudnya kalau anda boleh makan ESP (soy-based), vitamin E, yogurt, so tiada masalah untuk anda nak tepek kat muka.

Tapi kalau contohnya kulit muka anda memang ada alahan dengan Vitamin E, tak perlu lah campur vitamin E. Begitulah kaedahnya kan.

Ok, setakat ini perkongsian saya hari ini. Jom sama-sama dapatkan ESP hari ini. Hari ni last day promotion ESP Shaklee, Buy 6 Free 1.

Baca kebaikan ESP di sini >>> http://vitasihatsemulajadi.blogspot.com/2014/10/soy-protein-isolate-powder-esp-shaklee.html


Terus hubungi saya untuk dapatkan produk shaklee. Hubungi sekarang dan ubah tahap kesihatan anda !

Nama Penulis : Hasyireen binti Abdul Halim  


(Pengedar Shaklee Melaka & Seluruh Malaysia)


ID : 988088



Contact Me Thru :

No telefon : 0127247497 (call, sms, whatsapp, we chat)

Email : hasyireenhalim@gmail.com



COD : Melaka & Mersing

POS : Seluruh Malaysia



FB : https://www.facebook.com/syireenfb


FB Page : https://www.facebook.com/vitasihatcantik




AMARAN !!!!  

FREE Consultation Will Be Given To My Customer ONLY....Dapatkan PENJIMATAN 15-20% dengan MENDAFTAR sebagai Ahli...Anda juga boleh MENAMBAH PENDAPATAN dengan Shaklee sekiranya berminat..Hubungi saya segera.



Sila tinggalkan komen di bawah entri untuk sebarang pertanyaan. Terima Kasih kerana meninggalkan komen anda :)



Thanks dan Ceria2 selalu....


0 comments:

Catat Ulasan