Sabtu, Oktober 11, 2014

TIPS MEMBANYAKKAN SUSU IBU DENGAN TEKNIK PERCUMA

Assalamualaikum & Hai semua...pada entri kali ini saya ingin berkongsikan tips membanyakkan susu ibu. Jika di dalam entri sebelum ini, saya lebih menekankan tentang konsep penyusuan serta nutrisi yang diperlukan oleh ibu dalam usaha untuk membanyakkan susu ibu, namun dalam entri kali ini saya akan berkongsi pula tips membanyakkan susu ibu dengan teknik-teknik yang boleh dilaksanakan oleh semua ibu di rumah masing-masing secara percuma.


Di dalam entri sebelum ini juga (klik sini untuk entri sebelum ini) saya pernah berkongsi tentang kebaikan susu ibu kepada bayi. Jadi sebagai seorang ibu, sudah tentulah kita mahukan yang terbaik untuk bayi kita. Baiklah mari kita sama-sama menghayati perkongsian saya ini, semoga dengan sedikit tips membanyakkan susu ibu ini dapat membantu ibu-ibu semua.

Antara Tips yang boleh dipraktikkan untuk membanyakkan susu ibu adalah :

TIP 1 : Biarkan anak menyusu dengan kerap kerana makin banyak anak anda menyusu, payudara akan kosong dan lebih banyak susu yang akan dihasilkan untuk penyusuan yang seterusnya (konsep supply & demand).

Semasa bayi anda menghisap susu, ia meransang lebih banyak hormon prolaktin (baca tentang prolaktin di sini) dihasilkan. Prolaktin meransang badan ibu supaya menghasilkan lebih banyak susu.

Selepas beberapa jam, hormon prolaktin tadi akan turun, namun akan naik semula sekiranya bayi anda menyusu kembali.

Maksudnya di sini, lebih kerap bayi anda menyusu, lebih banyaklah prolaktin dalam darah bagi membanyakkan susu ibu. Ini juga merupakan punca atau faktor haid ibu berhenti. Sebab itulah sesetengah wanita menjadikan penyusuan susu badan sebagai salah satu cara untuk merancang keluarga. Sampai satu tahap haid anda akan kembali normal kerana tindakbalas prolaktin kepada penyusuan akan berkurangan secara beransur-ansur.

Namun, pada ketika ini, susu ibu tidak lagi bergantung kepada prolaktin, tetapi kepada RANSANGAN daripada sedutan atau hisapan bayi.

TIP 2 : Sebelum anda mengepam susu, cuba gentel puting payudara anda untuk meransang hormon. Hormon ini akan memberi signal kepada otak dan susu akan melimpah atau dipanggil sebagai let down. Biarkan susu keluar. Jangan risau sekiranya susu terhenti seketika, kerana ia akan kembali keluar selepas itu.

TIP 3 : Jangan biarkan stress menghantui diri anda. Kadang-kadang para ibu terlalu mengharapkan susu yang banyak keluar daripada payudaranya, ini tanpa disedari akan mendatangkan tekanan pada diri ibu. Stress atau tekanan akan menghalang hormon oksitaksin yang membantu pancutan susu daripada dihasilkan oleh badan, Jadi, ibu hendaklah bertenang semasa menyusukan bayi. Susukanlah bayi anda dengan keadaan relax tanpa ada perasaan tertekan untuk menghasilkan susu yang banyak.

TIP 4 : Untuk ibu yang menggunakan single pump, simpanlah susu anda yang meleleh di payudara sebelah lagi ketika anda mengepam susu 

TIP 5 : Lakukan teknik tandem nursing di mana sebelah payudara anda diberikan kepada bayi untuk dihisap, manakala sebelah lagi dipam.

TIP 6 : Sekiranya susu anda keluar dengan keadaan tidak lancar, susu anda mungkin tersumbat. Anda boleh ambil lecithin untuk membantu melancarkan pengeluaran susu

TIP 7 : Gunakan teknik Power Pump di mana ibu mengepam setiap 10 minit sekali, pada kadar sejam setiap kali mengepam.

TIP 8 : Bagi ibu yang bekerja, banyakkan direct feeding, samada ketika sebelum anda menghantar bayi ke rumah pengasuh, ataupun setelah mengambil anak anda pulang.

TIP 9 : Teknik Skin-to-skin juga elok diamalkan untuk meransang susu di mana ibu membuka baju, begitu juga dengan bayi. Temukan perut ibu dan bayi secara kulit ke kulit sambil ibu menyusukan bayi.

TIP 10 : Bagi ibu yang bekerja, pam lah susu anda di pejabat secara kerap.

TIP 11 : Bagi orang Islam, doa adalah senjata kita kan. So ada satu tip extra untuk anda iaitu Doa untuk menambahkan susu. Sama-samalah kita amalkan ya.



TIP 12 : Mengambil nutrisi yang cukup melalui makanan sampingan. Anda boleh mengambil set berpantang yang anda rasa bagus dan bersesuaian untuk anda. Salah satu set yang amat baik dan telah memuaskan hati banyak pihak ialah set berpantang Shaklee. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan set berpantang shaklee, anda boleh klik sini >>> set berpantang dan breastfeeding shaklee.

Jom tengok video tentang perkongsian seorang ibu yang berjaya breastfeeding atau menyusukan bayinya sendiri, tanpa menggunakan susu formula. Indah bukan?


Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

Ok, saya rasa selesai sudah tanggungjawab saya untuk berkongsi apa yang patut dengan anda. Susu ibu ni sangat penting ya, untuk pastikan anak kita mendapat antibodi yang kuat dan boleh elakkan anak kita daripada kerap sakit.

So, kalau anda semua tak mahu kerap pergi balik hospital atau klinik, belum lagi dengan wang dan masa yang dilebur begitu sahaja, pastikan anda beri anak anda susu anda sendiri. Sedih kan tengok wajah sayu anak yang menahan sakit, rasa kalau boleh tarik, nak tarik je sakit anak tu kan. Tapi, mana boleh pun nak tarik-tarik, bukan cerita kartun. Apa yang boleh kita buat ialah berikan yang terbaik kepada anak kita dengan memberikan antibodi yang kuat kepada mereka melalui susu ibu.

Jangan rasa sedih, bersalah atau tak sempurna kalau anda tiada susu. Anda sebenarnya boleh usahakan untuk susukan anak anda macam ibu-ibu yang lain dengan mendapatkan set tambah susu daripada shaklee. Ya, ramai dah mencuba dan berjaya, tak percaya boleh tengok video kat atas tu. Bertindak segera dan hubungi saya segera untuk dapatkan Set Tambah Susu Ibu melalui cara di bawah : :


Nama Penulis : Hasyireen binti Abdul Halim  


(Pengedar Shaklee Melaka & Seluruh Malaysia)


ID : 988088


Contact Me Thru :
No telefon : 0127247497 (call, sms, whatsapp, we chat)

FB : https://www.facebook.com/syireenfb


FB Page : https://www.facebook.com/vitasihatcantik



Email : hasyireenhalim@gmail.com


COD : Melaka & Mersing

POS : Seluruh Malaysia



Nantikan Entri Seterusnya Dari Saya....Tungguuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



IMPORTANT !!!!  

FREE Consultation Will Be Given To My Customer ONLY....Dapatkan PENJIMATAN 15-20% dengan MENDAFTAR sebagai Ahli...Anda juga boleh MENAMBAH PENDAPATAN dengan Shaklee sekiranya berminat..Hubungi saya segera.



Sila tinggalkan komen di bawah entri untuk sebarang pertanyaan. Terima Kasih kerana meninggalkan komen anda :)



Thanks dan Ceria2 selalu....

0 comments:

Catat Ulasan