Rabu, November 12, 2014

4 Langkah Mencegah Penyakit Jantung Supaya Anda Sempat Tengok Anak Anda Naik Pelamin !

Pada entri kali ini, saya terpanggil untuk mengupas tentang langkah mencegah penyakit jantung. Semuanya kerana pemergian ayahanda tercinta. Hancur luluh hati kami sekeluarga pabila dikejutkan dengan pemergian abah tercinta, Abdul Halim bin Ahmad akibat serangan jantung. Tarikh 3 Februari 2014 adalah tarikh keramat yang saya takkan dapat lupakan kerana kehilangan insan yang begitu istimewa dalam hidup saya dan merupakan tulang belakang saya selama ini.

Apa yang lebih menyedihkan, kami malah arwah sendiri tidak pernah mengetahui yang beliau menghidap penyakit jantung. Ini menyebabkan tiada sebarang langkah mencegah penyakit jantung yang diambil oleh beliau hinggalah beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 55 tahun.

Ternyata pembunuh no.1 ini tidak mengenal usia. Malahan arwah juga saya kira agak aktif di dalam sukan jika dibandingkan dengan rakan seusianya. Kesilapan kami hanya satu iaitu tidak mengambil langkah mencegah penyakit jantung di peringkat awal kerana tidak mendapat pendedahan tentang bahaya pembunuh senyap ini.

Harapan saya agar rakan-rakan pembaca tidak akan mengulangi kesilapan yang kami sekeluarga telah lakukan iaitu tidak mengambil berat tentang risiko serangan jantung. Saya juga berharap anda semua tidak merasai apa yang saya rasa kerana sesungguhnya kehilangan orang yang paling dekat dengan kita sangat memeritkan apatah lagi hilang dengan sekelip mata tanpa sebarang pesan.

Apa yang pasti arwah abah saya tidak sempat melihat kakak sulung saya naik pelamin pada April tahun hadapan. Sedih bukan? Bukan tidak redha, cuma mahu berkongsi pengalaman sendiri dengan harapan perkara yang sama tidak berlaku kepada anda semua. Justeru artikel 4 langkah mencegah penyakit jantung ini terhasil untuk anda semua, bukan sekadar untuk dibaca malahan untuk anda semua bertindak dengan segera sebelum terlambat.



Atasi Penyakit Jantung

Mengapa Perlu Jaga Jantung?


Umum mengetahui jantung merupakan antara organ yang amat penting dalam tubuh badan kita. Tanpa jantung sudah tentulah kita tidak berada lagi di muka bumi ini. Sebab itulah kita kena jaga jantung kita untuk memastikan kesihatan tubuh badan.

Jantung berfungsi untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh sel badan. Cuba bayangkan kalau jantung kita tidak sihat, apa akan jadi pada badan kita? Sudah tentulah banyak implikasi buruk akibat jantung yang tidak sihat kepada kesihatan tubuh badan kita secara keseluruhannya.

Kegagalan menjaga jantung dengan baik, akan menyebabkan penyakit seperti serangan jantung yang merupakan salah satu punca utama kematian. Gaya hidup yang tidak sihat merupakan salah satu faktor yang menyebabkan serangan dan penyakit jantung. Penyakit dan serangan jantung boleh dielakkan dengan menjaga jantung kita dari sekarang.

TAPI BAGAIMANA?

Faktor Penyakit Jantung

Sebelum kita pergi kepada 4 langkah cegah penyakit jantung, mari kita lihat apakah punca yang menyebabkan seseorang boleh terkena penyakit jantung.

1) Kegemukan/ Obesiti

Kegemukan atau obesiti mengakibatkan paras lemak di dalam badan menjadi tinggi. Ia boleh mencetuskan pelbagai penyakit bukan sahaja penyakit jantung, malahan penyakit kronik lain juga seperti darah tinggi dan kencing manis.

Ironinya, kegemukan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang melebihi keperluan kalori badan. Maka lebihan makanan yang tidak diperlukan akan disimpan sebagai lemak. Lemak ini akan berkumpul di bahagian tertentu badan termasuklah jantung.

Kehadiran lemak yang terkumpul di jantung ini akan meningkatkan risiko menghidapi penyakit jantung. Jadi, kita disarankan untuk mendapatkan berat yang ideal bagi memastikan kesihatan jantung dan tubuh badan kita.

2) Mengambil Makanan Tinggi Kolesterol

Antara faktor lain yang menyebabkan penyakit jantung adalah mengambil makanan tinggi kolesterol. Ini termasuklah makanan berlemak, berminyak dan bergoreng.

Banyakkan mengambil makanan yang dimasak secara kukus dan panggang.


3) Merokok

Majoriti orang yang mendapat serangan jantung adalah di kalangan perokok. Ini juga lah yang berlaku terhadap arwah abah saya.

Berhenti merokok, anda pasti boleh memperbaiki tahap kesihatan jantung anda.


4) Tidak Bersenam

Tidak bersenam secara tidak lansung juga turut menyumbang kepada penyakit jantung. 

Ini kerana dengan bersenam jantung dapat mengedarkan darah ke seluruh tubuh dengan lebih berkesan. Ini sudah tentu tidak berlaku sekiranya kita tidak mengamalkan senaman secara berkala.

Bersenamlah secara teratur dan konsisten kerana ia dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.


5) Tekanan / Stress

Tekanan hidup samada tekanan yang disebabkan oleh kerja atau masalah peribadi juga boleh menyebabkan seseorang diserang penyakit jantung.

Oleh itu, kawallah emosi dan uruskanlah tekanan yang kita hadapi dengan baik agar tidak menjejaskan kesihatan kita.



4 Langkah Mencegah Penyakit Jantung

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati bukan? Jadi di sini saya ingin kongsikan 4 langkah yang boleh kita ambil dalam usaha mencegah penyakit jantung.



Langkah 1 : Pencegahan

Langkah pertama yang perlu diambil dalam usaha kita untuk mencegah penyakit jantung adalah dengan mengambil phytocol-st. Phytocol-st berfungsi untuk menurunkan kolesterol secara semulajadi iaitu dengan cara mencegah penyerapan kolesterol ke dalam salur darah dan menurunkan kolesterol jahat (LDL).

Berbeza dengan minyak ikan yang menurunkan kadar kolesterol yang ada dalam salur darah, phytocol-st menyekatnya terlebih dahulu sebelum masuk ke salur darah.

Phytocol-st mampu membekalkan 2000 mg fitosterol sehari. Ini telah dibuktikan dalam 80 ujian klinikal. Pengambilan 2000 mg fitosterol sehari dapat mengurangkan penyakit jantung sebanyak 20%.







Langkah 2 : Penurunan

Langkah kedua untuk menjaga jantung kita adalah dengan mengamalkan memakan minyak ikan Omega Guard. Proses ini dipanggil proses penurunan kerana minyak ikan omega guard mampu menurunkan kadar kolesterol dalam salur darah kita yang terdapat pada jantung kita khususnya dan tubuh kita amnya.

Terdapat 2 jenis kolesterol di dalam badan kita iaitu :
1) Kolesterol Baik (HDL) - diperlukan oleh badan
2) Kolesterol Jahat (LDL) - perlu disingkirkan daripada badan


Minyak ikan Omega Guard diperlukan untuk kesihatan jantung kita bagi :

1) Meningkatkan paras kolesterol baik (HDL) dalam salur darah

2) Menghantar kolesterol jahat (LDL) ke hati untuk disingkirkan. Ini dapat menurunkan paras kolesterol jahat dalam tubuh kita.

3) Membersihkan salur darah


Langkah 3 : Menguatkan

Langkah seterusnya untuk mencegah penyakit jantung adalah dengan menguatkan jantung kita pula. Jantung kita boleh dikuatkan dengan CoQ10. CoQ10 menguatkan jantung dengan menyumbangkan tenaga kepada otot jantung.

Namun, masalahnya apabila kita mula mengambil ubat untuk menurunkan kolesterol (ubat ye, bukan supplement seperti minyak ikan), ia akan menghalang proses penghasilan CoQ10 oleh badan. Apatahlagi penghasilan CoQ10 dalam badan akan berkurang sebanyak 40% selepas umur kita 20 tahun. Banyak bukan?


Atas dasar ini, kita memerlukan sumber CoQ10 dari luar yang boleh diambil dari makanan tambahan seperti CoqHealth. CoQHealth ini berfungsi untuk :

1) Menguatkan otot jantung
2) Menyihatkan arteri/salur darah
3) Memperbaiki sistem peredaran darah kita

Langkah 4 : Perlindungan

Langkah ke 4 ialah langkah perlindungan jantung kita iaitu merupakan langkah terakhir tapi juga terpenting yang perlu kita laksanakan.

Proses pengoksidaan juga berlaku di salur darah kita yang mengakibatkan pembinaan plak di sekitar salur darah. Umpama besi yang teroksida, lama kelamaan akan berkarat. Begitulah jantung kita diibaratkan.

Oleh sebab itu jantung memerlukan bahan yang dipanggil sebagai resveratrol dan polyphenols yang berfungsi sebagai antioksidan dan anti radang yang mana dapat melindungi salur darah daripada proses pengoksidaan.

Kedua-dua bahan ini dapat dibekalkan oleh supplement vivix shaklee. Antara fungsi utama vivix dalam langkah perlindungan jantung ini ialah :

1) Melindungi daripada penuaan
2) Melindungi salur darah daripada kerosakan radikal bebas
3) Menurunkan risiko penyakit jantung


Kesimpulan

Kesimpulannya, ada 4 langkah untuk cegah penyakit jantung yang perlu kita amalkan demi menjaga kesihatan kita iaitu :
1) Pencegahan
2) Penurunan
3) Menguatkan
4) Perlindungan



Jagalah jantung kita sebaiknya kerana ia adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah Taala. Cegah penyakit jantung sebelum terlambat supaya anda sempat tengok anak anda naik pelamin kelak, insyaAllah.

Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Hubungi saya untuk dapatkan 4 langkah penjagaan jantung anda. Sesaat anda bertindak lebih cepat, semakin kurang risiko anda untuk menghidap penyakit jantung. Jadi, hubungi saya sekarang.


Nama Penulis : Hasyireen binti Abdul Halim  


(Pengedar Shaklee Melaka & Seluruh Malaysia)


ID : 988088



Contact Me  :

No telefon : 0127247497 (call, sms, whatsapp, we chat)

Email : hasyireenhalim@gmail.com



COD : Melaka & Mersing

POS : Seluruh Malaysia



FB : https://www.facebook.com/syireenfb


FB Page : https://www.facebook.com/vitasihatcantik



AMARAN !!!!  

FREE Consultation Will Be Given To My Customer ONLY....Dapatkan PENJIMATAN 15-20% dengan MENDAFTAR sebagai Ahli...Anda juga boleh MENAMBAH PENDAPATAN dengan Shaklee sekiranya berminat..Hubungi saya segera.


Ingin jadi ahli, klik >>> cara-join-member-shaklee

 


"Ke Arah Hidup Yang Lebih Sihat"

 ~ Prevention Is Better Than Cure ~


 #Drugfree




3 ulasan: