Jumaat, November 28, 2014

Atasi Resdung Di Peringkat Awal Elak Komplikasi Pada Otak

Suatu hari, tiba-tiba seorang kawan saya datang dan bagitau pada saya yang husbandnya masuk Hospital Putra akibat resdung. What??? Resdung pun boleh masuk hospital ke??? Yup, resdung sebenarnya boleh jadi kronik kalau tidak dikawal di peringkat awal. Jadi dalam entri kali ini saya akan share macam mana kita nak atasi penyakit resdung di peringkat awal agar ia tidak menjadi kronik sehingga ke tahap seseorang itu boleh menjadi pekak, buta dan lebih teruk lagi membawa kepada kematian akibat komplikasi otak.



Mengapa Anda Perlu Baca Entri Ini?


Sebab utama anda perlu baca entri ini sampai habis adalah kerana kebanyakan besar daripada kita mempunyai resdung, cuma yang membezakannya resdung kita teruk ataupun tidak. Ini bermakna, jika tidak dijaga dengan betul, anda juga berpotensi untuk mendapat resdung yang teruk. Jadi teruskan membaca untuk anda mengetahui punca resdung dan bagaimana cara untuk atasi resdung.

Berikut adalah isi entri saya pada kali ini :
  1. Apakah Resdung
  2. Tanda-tanda Anda Mengidap Resdung
  3. Punca-punca Resdung
  4. Kesan Penyakit Resdung
  5. Cara Atasi Resdung Cara Selamat Dan Semulajadi

1) Apakah Penyakit Resdung?


Resdung ialah keradangan pada rongga sinus di dalam tulang muka yang kedudukannya bersambung dengan hidung. Selalunya rongga sinus ini akan menghasilkan lendir pada setiap masa dan lendir ini akan mengalir ke hidung. Sekiranya saluran sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan memekat sehingga mengakibatkan pembiakan kuman bakteria. Lama-kelamaan jika tidak diberi rawatan resdung, kesihatan kita akan mula terjejas.

Sekiranya hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus dan berkahak terutama pada waktu pagi serta mata sering berair, anda mungkin berisiko menghadapi masalah resdung atau sinusitis. Walaupun ia boleh dirawat, pengesanan penyakit pada peringkat awal akan memudahkan lagi proses pengubatan.




2) Tanda-tanda Anda Mengidap Resdung


  • Hidung selalu tersumbat dan berbau busuk
  • Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
  • Hidung kerap berair dan terasa berlendir dari hidung dan tekak walaupun tidak selsema
  • Mempunyai simptom alahan hidung seperti gatal hidung dan kerap bersin terutama di waktu pagi
  • Rasa berat di bahagian muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
  • Sakit tekak yang berlarutan dan berulang
  • Demam lambat kebah atau rasa tidak sedap badan yang berlarutan
  • Kerap pening, sakit kepala atau migrain
  • Mempunyai masalah rambut gugur, kulit kepala gatal dan mempunyai kelumumur
  • Jerawat tumbuh di muka dan badan
  • Nafas berbau

    Tanda-tanda diatas muncul dengan kerap dan berulang terutama di waktu pagi, pada ketika cuaca sejuk, di tempat berhabuk, ketika selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan sebagainya. 
Jika anda mempunyai salah satu atau beberapa daripada simptom-simptom di atas, bermakna anda memang berpotensi besar mengidap resdung, apatah lagi jika ada mempunyai kebanyakan besar daripada simptom di atas. Rawatan segera haruslah diambil sebelum resdung anda bertambah kronik.

3) Punca-punca Resdung


  • Alahan terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
  • Apabila seseorang mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Ini akan menyebabkan udara tak dapat dikeluarkan dan terkumpul. Akibatnya kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Kalau anda pernah mengalaminya, anda tentu tau tahap kesakitannya!
  • Struktur hidung yang tidak normal, samada diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan juga boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Malahan bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang ” senget ” tidak lurus (deviated nasal septum), juga berisiko tinggi untuk mendapat resdung.
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi sebelah atas juga boleh mengakibatkan resdung. Kuman atau bakteria yang terhasil akibat dari kerosakan atau sakit gigi akan dengan mudah merebak ke rongga sinus dan mengakibatkan resdung. Ini adalah kerana kedudukan gigi gusi atas yang sangat berhampiran dengan rongga sinus. 
  • Tabiat menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang kepada penyakit ini.

4) Kesan Penyakit Resdung


Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, mata, telinga dan muka, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala, 

Namun, lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan.
Pada tahap yang kronik juga, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak malah boleh menghilangkan deria bau.

Apa yang lebih mengerikan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.

Antara lain-lain kesan resdung ialah :


• Menyebabkan jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Menyebabkan jangkitan otak
• Mengakibatkan sakit tekak yang kronik
• Mengakibatkan jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan pesakit lelah
• Mengakibatkan seseorang berdengkur secara kronik
• Mengakibatkan jangkitan telinga dan tonsil
• Mengakibatkan alahan hidung
• Menyebabkan selsema biasa melarat


5) Cara Atasi Resdung Cara Selamat Dan Semulajadi


Secara asasnya saya ingin mencadangkan 3 produk yang asas untuk mengatasi penyakit resdung ini iaitu ALFALFA, VITAMIN C & B-COMPLEX.



Namun, sekiranya resdung anda sudah di kategori yang agak membimbangkan, saya mencadangkan anda supaya mengambil set penuh untuk resdung. Set Penuh Resdung adalah :

1) VIVIX - Membaiki DNA dari dalam sel badan
2) NUTRIFERON - Meningkatkan sistem imun badan (mengaktifkan interferon)
3) VITAMIN C - Mengukuhkan sistem imun
4) GARLIC - Antibiotik semulajadi mengawal infeksi
5) VITAMIN E - Menggalakkan sistem imun,antioksidan
6) ZINC COMPLEX - Agen antivirus dan penggalak imun
7) OMEGA GUARD - Mengurangkan impak faktor pencemaran
8) ALFALFA COMPLEX - Detoks, anti imflamasi



Kesimpulan

Walaupun simptom resdung tampak biasa, tidak bermakna ianya tidak berbahaya. Tolonglah, saya merayu pada anda, sekiranya anda dapati anda mempunyai simptom-simptom penyakit resdung samada di peringkat awal mahupun kronik, silalah dapatkan rawatan dengan segera. Sekiranya duit menjadi ukuran, cuba anda bayangkan sekiranya resdung anda menjadi lebih teruk? Tidakkah lebih banyak wang yang perlu dileburkan berbanding sekiranya anda mengawalnya di peringkat awal?

Hubungi saya untuk mendapatkan set resdung anda supaya segala komplikasi seperti hilang pendengaran, penglihatan, malahan komplikasi otak dapat dielakkan. Boleh hubungi saya dengan cara di bawah :

  
Contact Me  :

Nama Penulis : Hasyireen binti Abdul Halim

 No telefon : 0127247497


Emel : hasyireenhalim@gmail.com




Pengedar Shaklee Melaka & Seluruh Malaysia


ID : 988088


COD : Melaka 

POS : Seluruh Malaysia



FB : https://www.facebook.com/syireenfb


FB Page : https://www.facebook.com/vitasihatcantik



AMARAN !!!!  

FREE Consultation Will Be Given To My Customer ONLY....Dapatkan PENJIMATAN 15-20% dengan MENDAFTAR sebagai Ahli...Anda juga boleh MENAMBAH PENDAPATAN dengan Shaklee sekiranya berminat..Hubungi saya segera.



Ingin jadi ahli, klik >>> cara-join-member-shaklee

 

#Drugfree

 ~ Prevention Is Better Than Cure ~





1 ulasan: