Selasa, November 04, 2014

Cara Merawat Asma Yang Risikonya Lebih Tinggi Dari Sakit Jantung

Kebiasaanya orang akan beranggapan sakit jantung lebih berbahaya dan boleh membawa maut berbanding asma. Namun, faktanya penyakit asma akan jadi lebih bahaya berbanding penyakit jantung, sekiranya asma tidak dirawat mahupun dikawal dengan betul.

Apakah Penyakit Asma?


Penyakit asma atau juga dipanggil lelah merupakan penyakit kronik pada paru-paru yang kebiasaanya menyerang di bahagian saluran pernafasan yang terdapat pada paru-paru. Keadaan ini mengakibatkan saluran pernafasan mengalami inflamasi (radang) hingga membawa kepada penyempitan pada saluran nafas (hiper-responsif). Apabila ini berlaku, seorang pesakit asma akan mengalami kesesakan nafas.

Keadaan paru-paru pesakit asma
Beza Salur Pernafasan Antara Normal, Pesakit Asma dan Pesakit Asma Ketika Diserang

Asma merupakan penyakit KRONIK paru-paru yang berulang-ulang. Apabila tiada kawalan dibuat, saluran udara paru-paru pesakit asma akan menebal dan menjadi radang. Akibatnya ia menjadi sensitif terhadap pertukaran persekitaran dan serangan asma.
Menurut sumber, ramai orang dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit asma ini, malah menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) hampir 300 juta masyarakat dunia dari semua peringkat umur dan latar belakang menghidap asma. Dianggarkan juga angka ini akan meningkat sebanyak 100 juta menjelang 2025.

Gejala atau Simptom Asma

  • Sesak nafas yang diakibatkan oleh penyempitan saluran pernafasan
  • Pernafasan yang mengeluarkan bunyi terutama ketika menghembus nafas
  • Kerap batuk ketika melakukan aktiviti seperti menaiki tangga, bersenam atau berlari (tanpa kahak)
  • Batuk yang berlarutan ketika sejuk
  • Merasakan dada sempit
  • Serangan asma yang teruk menyebabkan penghidap asma sukar untuk berbicara akibat kesukaran untuk bernafas


Gejala Asma Pada Kanak-kanak


Bagi kanak-kanak, rasa gatal di rongga dada atau leher merupakan gejala penyakit asma.


Semasa diserang penyakit asma, pesakit tidak boleh menggelabah. Ini adalah kerana ia boleh menambah burukkan keadaan. Jadi pesakit perlu mengawal diri supaya lebih tenang ketika menghadapi serangan asma.


Punca asma
Faktor keturunan. 
Asma adalah sejenis penyakit genetik di mana saluran pernafasan pesakit asma menjadi begitu sensitif dengan alahan-alahan tertentu. Penghidap asma mempunyai alahan kepada habuk, debu bunga, bulu haiwan peliharaan, asap rokok, bahan-bahan kimia seperti cat, gam dan sebagainya. 
Hampir 80 peratus penghidap asma mengalami masalah sinusitis (resdung) dan juga alahan pada makanan. Malahan menurut kajian, mereka juga mudah terkena penyakit kulit.

Komplikasi

  1. Kerosakan saraf otak akibat kekurangan oksigen yang berpanjangan
  2. Asma yang tidak dirawat boleh mengakibatkan paru-paru menjadi keras dan tidak dapat berkembang dengan baik. Jika dibiarkan, keadaan ini boleh menyebabkan paru-paru kehilangan fungsinya.
  3. Kematian  - Jika langkah serius tidak diambil, WHO menganggarkan kematian akibat asma akan meningkat sebanyak 20 peratus dalam masa 10 tahun  


Cara Merawat


Jalan terbaik untuk merawat asma yang berada di peringkat serius, sudah tentulah dengan mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berhampiran.

Namun, masih ada alternatif untuk mereka yang mempunyai keturunan yang menghidap asma bagi mengelakkan diri daripada mendapat jangkitan asma, iaitu dengan mengambil suplemen yang tepat.

Malahan mereka yang sudah didiagnos atau disahkan sebagai pengidap asma juga boleh menjadikan suplemen sebagai salah satu cara merawat asma dan meningkatkan antibodi badan.


Supplemen Yang Sesuai


1) Omega Guard 


Mengapa penghidap asma perlu mengambil omega guard? Sepertimana yang diketahui asma adalah satu keradangan. Manakala omega guard pula mengandung omega-3 yang merupakan anti radang. 

Menurut satu laman web, menyatakan bahawa Penyelidik menulis dalam Jurnal Pemakanan Klinikal Eropah berkenaan penyelidikan yang melibatkan Penyakit Asma Dan Omega-3 menyatakan " suplemen minyak ikan boleh bertindak untuk mengurangkan keradangan dan membantu pembukaan saluran udara." 

Dan penyelidikan antarabangsa didalam Jurnal Tuberculosis dan Penyakit paru-paru mendapati peningkatan penggunaan ikan dan pengambilan Omega-3 secara umum ( berkait dengan pro -radang Omega - 6 ini ) mengurangkan risiko kanak-kanak mendapat asma.




2) Vitamin C


Kekurangan Vitamin C dalam badan boleh meningkatkan risiko untuk asma. Satu artikel kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition menyebut, " tanda-tanda asma yang berterusan di kalangan orang dewasa menunjukkan peningkatan kerana terdedah kepada udara alam sekitar dan penurunan Vitamin C."

Ini menunjukkan pesakit asma memerlukan Vitamin C yang lebih tinggi daripada biasa.



Kesimpulannya, pengambilan Minyak Ikan Omega Guard dan Vitamin C amat penting bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga penghidap asma, apatahlagi yang telah pun menghidap asma.


Hubungi Saya


Cepat hubungi saya untuk dapatkan produk shaklee. Hubungi sekarang dan ubah tahap kesihatan anda !

Nama Penulis : Hasyireen binti Abdul Halim  


(Pengedar Shaklee Melaka & Seluruh Malaysia)


ID : 988088



Contact Me Thru :

No telefon : 0127247497 (call, sms, whatsapp, we chat)

Email : hasyireenhalim@gmail.com



COD : Melaka & Mersing

POS : Seluruh Malaysia



FB : https://www.facebook.com/syireenfb


FB Page : https://www.facebook.com/vitasihatcantik




AMARAN !!!!  

FREE Consultation Will Be Given To My Customer ONLY....Dapatkan PENJIMATAN 15-20% dengan MENDAFTAR sebagai Ahli...Anda juga boleh MENAMBAH PENDAPATAN dengan Shaklee sekiranya berminat..Hubungi saya segera.



Ke Arah Hidup Yang Lebih Sihat

 #Drugfree



Thanks dan Ceria2 selalu....

2 ulasan:

  1. terima kasih maklumatnya.. abang acik ada asma,, boleh bagi link kat dia ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama....sharing is caring kan....sila lah share....sangat dialu-alukan...:)

      Padam