Isnin, November 24, 2014

Cara Turunkan Berat Badan Elak Disindir Rakan Seofis

Saya percaya ramai wanita di luar sana yang sering disindir rakan seofis akibat bentuk badan yang besar dan tidak menawan berbanding rakan seofis yang lain. Jika tidak disindir sekalipun, berat badan yang berlebihan sememangnya menyebabkan kita kurang keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Persoalannya bagaimanakah cara turunkan berat badan dengan betul dan tidak menyeksakan diri?



Ramai daripada kita sibuk mencari produk untuk menguruskan badan untuk kurus dengan cepat. Sebenarnya produk pelansingan badan yang boleh menurunkan berat secara mendadak tanpa perlu mengawal makan dan bersenam adalah BAHAYA !

Mahukah anda semua kurus dengan cepat, tetapi menghadapi banyak komplikasi seperti sakit buah pinggang, darah tinggi, lagi teruk kalau diserang penyakit jantung. Malah ada kes yang boleh menyebabkan kematian. Jadi, kita harus bijak memilih cara terbaik, termudah dan paling selamat untuk menurunkan berat badan.

Ok, mari saya share dengan anda cara untuk turunkan berat badan supaya anda tidak lagi rasa rendah diri.

DEFINISI TURUN BERAT BADAN


Maksud turun berat badan atau weight loss ialah keadaan di mana tubuh kita kehilangan samada air (water) atau lemak (fat) atau otot (muscle). Penurunan berat badan yang sihat adalah apabila badan kita kehilangan lemak. Tapi bukan sebarang lemak tau yang perlu badan kita hilangkan, lemak yang kita taknak ada dalam badan kita adalah lemak yang tidak diperlukan.

MENGAPA BADAN PERLUKAN LEMAK?


Jadi sebenarnya, badan kita memerlukan lemak juga kerana :

1) lemak membina membran atau lapisan luar sel

2) lemak yang bagus akan membina sel yang poros di mana mudah untuk nutrien diserap masuk ke dalam badan, manakala bahan kumuh pula mudah diserap keluar

3) lemak adalah bahan binaan hormon

4) lemak membantu badan menyerap vitamin  larut lemak iaitu vitamin A,D,E dan K

5) lemak melindungi organ utama kita (absorber)

6) 60% daripada otak terdiri daripada lemak

Habis tu macam mana ni? Badan perlukan lemak, tapi dalam masa yang sama kalau nak kurus kena buang lemak?

Ok, macam ni. Memang badan kita perlukan  lemak. TETAPI badan kita hanya memerlukan 18-20% lemak sahaja. So, selebihnya itulah yang perlu kita singkirkan daripada badan supaya berat badan kita akan menjadi ideal.

Macam mana nak tau kandungan lemak dalam badan? Ada 2 cara iaitu :

1) guna mesin penimbang yang ada ukuran lemak
2) jumpa nutritionist Shaklee dan buat pemeriksaan secara percuma

KEBAIKAN CAPAI BERAT BADAN IDEAL DENGAN FAT LOSS


Kenapa kita perlu capai berat badan ideal dengan fat loss? Ok, ada beberapa kebaikan turunkan berat badan dengan fat loss ni yang tidak dapat dicapai melalui water loss ataupun muscle loss iaitu :

1) Badan lebih slim (inch loss)
2) Tenaga bertambah - tidak letih dan lesu kerana kekurangan makanan
3) Badan lebih ringan dan fleksibel
4) Kulit berseri - kehilangan lemak berlebihan juga menyebabkan kehilangan toksin dalam badan
5) Mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit kardio, diabetes dan sebagainya

KESILAPAN BESAR DALAM PROGRAM PENURUNAN BERAT BADAN ANDA


Antara kesilapan besar yang pernah kita lakukan dalam program penurunan berat badan kita adalah dengan mengelakkan mengambil makanan atau skip meal utama kita. Apa yang akan terjadi? Badan kita akan jadi lemah dan badan akan KEHILANGAN OTOT.

Kesan daripada program penurunan badan yang menghilangkan otot dari badan :
1) kurus sebab otot mengecut
2) metabolisma semakin menurun
3) berat kembali naik bila berhenti kawal makan - yoyo effect

FOKUS PADA FAT LOSS DAN MUSCLE GAIN


So, sekarang apa yang perlu kita buat adalah fokus pada kehilangan lemak dan tingkatkan otot dalam tubuh kita.

Fakta : Makin banyak otot dalam badan, makin banyak lemak yang boleh dibakar

Caranya?

1) Tahu tentang calori intake
2) Tahu konsep 30% senaman &70% diet yang betul

Tahu Konsep Calori Intake


Kalori yang diambil (Calori In) mesti seimbang dengan kalori yang dibakar (Calori Out). Calori in termasuklah semua makanan yang diambil, manakala calori out pula adalah proses pembakaran tenaga termasuklah  melalui senaman dan metabolisma badan. Saya akan ceritakan tentang konsep Calori Intake dengan lebih detail dalam entri yang lain.

Apa yang lebih penting dan mudah sekarang adalah untuk kita semua mengetahui tentang konsep 30% senaman & 70% diet yang betul

Tahu konsep 30% senaman &70% diet yang betul


Melalui konsep ini, dapat kita fahami bahawa senaman yang berkala menyumbang kepada 30% kejayaan penurunan berat badan manakala diet yang betul menyumbang sebanyak 70 %. Ini bermakna, diet yang betul memainkan peranan yang sangat besar dalam proses untuk menurunkan berat badan.

1) Bagaimana Diet Dapat Turunkan Berat Badan?


1) Ambil makanan sihat - Jom kita sama-sama baiki diet kita dengan mengambil makanan yang lebih baik. Rule of thumbs untuk menurunkan berat badan melalui kawalan makanan adalah dengan ELAKKAN diri dari mengambil makanan segera, makanan berminyak, makanan berlemak dan juga air manis. Elakkan juga makanan bergoreng dan masin.

2) Makanan yang baik adalah makanan yang susah dikunyah; contohnya roti gandum (wholemeal), nasi perang,  - makanan jenis ini mempunyai GI (Glisemik Index) yang rendah, sayur-sayuran, buah-buahan

3) Gantikan minyak haiwan kepada minyak tumbuhan, contohnya minyak zaitun.

4) Ambil makanan dalam kuantiti yang betul - Jangan melebihi keperluan badan. Jadi kena tahu juga lah berapa keperluan kalori badan kita.

Diet di atas ini adalah diet sihat yang umum atau asas, namun sekiranya diamalkan secara konsisten sudah tentu dapat menurunkan lebihan berat badan kita.

2) Senaman Juga Penting


Diet yang sihat tanpa senaman boleh menyebabkan proses penurunan badan kita menjadi lambat dan tidak berkesan. Yang penting senaman mestilah dilakukan secara konsisten dan dengan cara yang betul. Senaman penting untuk :

1) meningkatkan metabolisma badan dan menjadikannya bertahan lebih lama
2) elakkan tubuh kita dari menggunakan makanan yang diambil untuk disimpan sebagai lemak dalam tisu dan kulit
3) membina otot untuk menjadikan proses pembakaran lemak lebih baik

Jumlah senaman yang ideal adalah bergantung kepada gaya hidup dan target individu. Samada 3 kali seminggu selama 20 minit, 30 minit setiap hari, atau 1 jam 4 kali seminggu, yang penting adalah konsisten.

Kategori Senaman


Senaman terbahagi kepada 2 kategori :

1) kardiovaskular
2) strength training

Senaman kardio adalah apa sahaja senaman yang meningkatkan denyutan jantung kita. Contohnya berjogging, berlari, berenang, berjalan dan sebagainya. Senaman kardio fokus kepada pembakaran lemak dan untuk badan menjadi lebih fleksibel.

Manakala senaman strength training pula adalah senaman yang meningkatkan jisim dan saiz otot kita sebagai fungsi utama. Contoh senaman adalah angkat berat (dumbbell), pilates (menumpukan perut/core dan flexibility), barre (senaman ala ala ballet), yoga, hiit training, freeletics dan macam-macam lagi.

Rutin Senaman Freeletics

Berapakah Jumlah Berat Badan Yang Terbaik?


Kebiasaannya kita menggunakan BMI sebagai kayu ukur untuk menentukan samada berat badan kita sudah terbaik atau belum. Namun, jika kita mengamalkan senaman strength training atau weight training ini, ia membina otot. Jadi jisim otot kita bertambah, maknanya berat juga bertambah dan kadang-kadang membuatkan berat kita melebihi saiz badan.

Jadi kadang-kadang BMI kurang tepat digunakan untuk golongan yang mengamalkan strength atau weigth training ini.

Sebagai alternatif, kita boleh ukur badan kita menggunakan waist-to-hip ratio (WHR) norms.


BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU TURUNKAN BERAT BADAN?


Shaklee boleh membantu menurunkan berat badan dengan 3 cara iaitu (Bakar-Buang-Bina).

1) Bakar 


Ada 2 produk yang boleh membantu proses pembakaran lemak di dalam badan kita iaitu Lecithin dan Omega Guard

Lecithin akan menarik lemak dari makanan yang diambil dan dari kulit dan tisu manakala omega guard menarik lemak dan trigliserida dari salur darah dan sekitar organ (visceral fat) keluar dari badan



2) Buang 


Untuk langkah kedua iaitu buang, adalah merupakan proses detoksifikasi badan atau proses membuang toksin daripada badan (alfalfa) dan usus (herblax). Di samping membuang toksin yang tidak diperlukan daripada badan, detoksifikasi ini terutamanya di bahagian usus, amat penting supaya nutrien boleh diserap dengan baik oleh badan.

Alfalfa complex menarik keluar lebihan lemak dan HerbLax berfungsi sebagai pencuci usus dan detoks untuk menarik keluar lemak.



3) Bina 


Langkah terakhir ini adalah langkah pembinaan otot. Ia dapat dilakukan melalui ESP ataupun Cinch shake. Kandungan G.I nya yang tinggi memberikan rasa kenyang yang lama kepada kita.



MENGUKUR PROGRAM PENURUNAN BERAT BADAN ANDA


Macam mana kita nak mengetahui samada program penurunan berat badan kita berkesan ataupun tidak melalui :

1) Kira % lemak tubuh atau;
2) ukur tubuh dengan pita pengukur atau;
3) ambil gambar sebelum dan selepas atau;
4) rasakan samada baju anda semakin ketat ataupun longgar

Jadi setiap minggu pastikan anda ukur keberkesanan program penurunan berat badan anda. Barulah ada semangat dan motivasi untuk kekal konsisten dalam program anda hingga mencapai berat idaman.

BERAPA LAMA KESAN?


Ini adalah soalan cliche bagi mereka yang mengambil produk untuk membantu menurunkan berat badan.

Jika anda mengambil makanan yang sihat pada kadar yang betul, bersenam dengan berkala dan konsisten, dan mengambil supplement yang dicadangkan anda pasti dapat merasakan penurunan pada badan anda dalam masa sebulan.

Penurunan berat yang terbaik adalah penurunan yang sedikit tetapi konsisten. Lambat tidak mengapa, janji badan anda turun dengan sihat dan tidak naik semula. Itu yang lebih penting.

KESIMPULAN


Weight loss adalah satu perjalanan, perlukan usaha dan fokus yang konsisten untuk mencapai target berat idaman.

HUBUNGI SAYA


Sekiranya anda tidak mahu terus disindir rakan-rakan seofis sehingga menyebabkan anda kurang keyakinan diri untuk meneruskan kerjaya dan kehidupan anda, jom bersama-sama saya dalam program penurunan berat badan 3B. 20 orang pertama yang membeli set 3B akan dimasukkan ke dalam support group program ini. Cepat hubungi saya seperti nombor yang tertera di bawah :

Nama Penulis : Hasyireen binti Abdul Halim  


(Pengedar Shaklee Melaka & Seluruh Malaysia)


ID : 988088



Contact Me  :

No telefon : 0127247497 (call, sms, whatsapp, we chat)

Email : hasyireenhalim@gmail.com



COD : Melaka 

POS : Seluruh Malaysia



FB : https://www.facebook.com/syireenfb


FB Page : https://www.facebook.com/vitasihatcantik



AMARAN !!!!  

FREE Consultation Will Be Given To My Customer ONLY....Dapatkan PENJIMATAN 15-20% dengan MENDAFTAR sebagai Ahli...Anda juga boleh MENAMBAH PENDAPATAN dengan Shaklee sekiranya berminat..Hubungi saya segera.



Ingin jadi ahli, klik >>> cara-join-member-shaklee

 


#Drugfree

 ~ Prevention Is Better Than Cure ~

0 comments:

Catat Ulasan