Ahad, Januari 04, 2015

Perjuangan Seorang Ibu Mengatasi HB Rendah Ketika Hamil & Terpaksa Masuk ICU

Dalam entri kali ini saya nak memaparkan kisah adik saya sendiri yang berjuang melawan masalah kesihatan ketika mengandung anak pertamanya iaitu Halim Hakimi. Adik keempat saya ini di peringkat awalnya hamil secara normal seperti wanita lain. Namun selepas memasuki bulan kelima beliau telah diserang asma yang kuat sehingga membawa beliau ke ICU. Hb beliau pula menurun ke bacaan 9 yang memaksa beliau untuk mencari jalan mengatasi hb rendah ketika hamil.


Halim Hakimi Sekarang (5 Bulan)

Adik Saya Di Hospital Mersing Sebelum Dihantar Ke ICU HSI

DUGAAN DEMI DUGAAN


Dipendekkan cerita, selepas di masukkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSI), doktor pakar 'suspect' adik saya mengidap pneumonia atau radang paru-paru. Namun doktor perlu menjalankan x-ray di bahagian dadanya untuk mengesahkan adik mengidap pneumonia dan bagi membolehkan beliau diberikan ubat yang sesuai.

Apa yang membimbangkan kami ialah apabila doktor mengatakan bahawa x-ray tersebut boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan mengalami cacat fizikal atau mental atau kedua-duanya sekali. Sehingga abah bertanya pada seorang doktor di sebuah klinik swasta ada tak supplement atau ubat yang boleh diberikan agar bayi tidak mengalami masalah, ternyata jawapan doktor mengecewakan.

Nampak wajah abah 'drop' ketika itu walaupun abah seorang yang bijak menyembunyikan perasaan sedih dan risaunya.

Namun, keputusan harus dibuat. Terngiang-ngiang kata abah kepada kami sekeluarga "Apapun, kita selamatkan ibu dulu", ya kasih sayang abah pada kami anak-anaknya tiada tolok bandingnya. Akhirnya setelah perbincangan dibuat antara kami sekeluarga dan antara adik dan suaminya, akhirnya kami akur untuk mendengar nasihat doktor bagi mengikuti prosedur doktor demi memastikan adik kami selamat.

MENGAMBIL SUPPLEMENT SHAKLEE


Setelah mengalami saat getir itu, adik saya akhirnya berjaya dipulihkan dan dibawa pulang ke rumah dengan kad mengandungnya bertanda merah bagi memberi maklumat yang beliau ada "kes" dan dalam pemantauan hospital. Selepas 2 minggu adik pulih, abah meninggalkan kami akibat serangan jantung, alfatihah untuk arwah Abdul Halim bin Ahmad, semoga beliau tenang di sana. Ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kami sekeluarga. Walaupun adik sudah sembuh saya masih berasa risau dengan keadaanya kerana beliau mempunyai masalah hb rendah dan darah tinggi pula yang mana sangat bahaya untuk kandungannya. Kami yang sudah kehilangan tempat bergantung merasa bertanggungjawab untuk memastikan adik selamat melahirkan bayinya.

Akhirnya saya membelikan beliau Vitalea, Ostematrix, ESP dan Omega Guard. (Oleh kerana tak cukup bajet ketika itu, vitamin C dan folid asic saya minta beliau habiskan bekalan yang diberikan oleh pihak hospital sahaja).  Alhamdulillah hb beliau telah meningkat dalam masa 2 minggu kepada bacaan 12. Mudah kerja saya untuk menyarankan supplemen kepadanya kerana kami telah diterangkan oleh doktor tentang kondisi kesihatan beliau. Saya juga berharap dengan supplemen yang diambil oleh beliau dapat sedikit sebanyak membantu kesihatan anak dalam kandungan beliau. Kami sekeluarga juga sentiasa berdoa agar anak yang dilahirkan beliau cukup sempurna dan menanamkan fikiran positif tentang perkara itu.

WELCOME HALIM HAKIMI!


Alhamdulillah, 4 bulan berlalu, akhirnya pada tanggal 24 Jun 2014 lahirlah seorang bayi comel yang cukup sempurna yang diberi nama Halim Hakimi. Alhamdulillah semuanya kuasa Allah. Berkat doa tidak henti-henti dan usaha kami sekeluarga, Halim Hakimi atau Iim lahir dalam keadaan comel dan putih gebu. Yang paling penting kedua-dua ibu dan anak tadi selamat. Malahan si ibu mampu bersalin normal walaupun di peringkat awal beliau mempunyai darah tinggi. Jom kita layan gambar-gambar si comel Halim Hakimi yang menjadi rebutan makcik2 serta pakcik2 saudaranya sekarang...

Halim Hakimi Dengan Ibunya

Halim Hakimi Dengan Makcik Nya Yang Dipanggil Mama

Halim Hakimi Dengan Ayahnya

Halim Hakimi Selfie

Halim Hakimi Dengan Mak Tok (neneknya)

Halim Hakimi Dengan Ummi (saya)


KAITAN ANTARA SUPPLEMEN DENGAN MASALAH ADIK SAYA


Persoalan nya sekarang ialah :

"Bagaimana hb darah nya boleh naik daripada bacaan 9 ke 12?"
"Bagaimana beliau mengawal darah tingginya hingga mampu bersalin normal?"
"Bagaimana Halim Hakimi atau Iim dilahirkan sempurna dan sangat comel?"


Satu jawapan yang pasti itu adalah kehendak Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang dan Pemakbul doa hambaNya yang hina dina ini. Namun, Allah juga minta kita berusaha bukan? Allah berfirman bahawa "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sekirannya kaum itu sendiri tidak mengubahnya.."

Jadi antara usaha yang diambil oleh adik saya ialah dengan mengambil beberapa supplemen seperti berikut yang menjadi asbab kepada jawapan segala persoalan di atas. Ok, jom kita tengok satu persatu supplemen yang diambil oleh adik saya semasa kehamilannya yang dengan izin Allah membantu beliau menyelesaikan masalah beliau :

1) Vitalea 

- merupakan multivitamin Shaklee...tahun ni dah 100 tahun tau vitalea ni..lebih lama daripada penubuhan company shaklee lagi...ok, mcm mana vitalea ni boleh meningkatkan hb adik from 9 kepada 12 dalam masa 2 minggu? Hb ni sebenarnya bacaan sel darah merah. Vitalea ni pula mengandungi zat besi yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah. So lepas adik ambil vitalea, hb dia naik disebabkan zat besi tadi la. Bahaya ye kalau kekurangan zat besi ni, boleh menyebabkan anemia dan anak yang dikandung boleh jadi kecil apabila dilahirkan. So, ibu-ibu yang hamil, pastikan hb korang berada di paras normal ya...at least 12 kalau untuk ibu hamil.

2) Omega Guard 

- berfungsi untuk bekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi. Salah satu sebab Iim sangat bijak sekarang ni. Ia juga pecahkan kolesterol yang membantu adik mengawal darah tingginya. Sampai alhamdulillah adik boleh bersalin normal. Tapi omega guard ni hanya boleh diambil pada trimester kedua kehamilan iaitu pada kandungan berusia 4 bulan hingga 38 minggu...pada minggu ke 38 hingga due, ibu kena stop dulu ambil omega ya.

3) ESP 

- bantu bina sel, tisu, enzim dan otot bayi dan ibu. Selain itu ia bagus kerana membantu penyerapan zat dan nutrien lain yang kita ambil. Ia malahan mengurangkan risiko janin menjadi cacat. Ia juga telah menjadikan kulit Iim sangat cantik dan gebu.

4) Ostematrix 

- berfungsi untuk membekalkan kalsium untuk bina tulang dan sel bayi. Thats why kalau tengok Iim memang dari kecik tulangnya kuat dan asyik2 nak bangun dari baring dia aje. Ostematrix juga berjaya membantu adik saya yang mengalami kekejangan otot dan sakit badan ketika mengandung. Ia juga membantu mengatasi masalah sembelit semasa atau selepas bersalin. Lagi satu specialnya ostematrix ni berbanding kalsium lain di pasaran, ia ada vitamin D yang membantu penyerapan kalsium ke dalam badan kita.

Itu lah antara yang diambil oleh adik saya bermula daripada trimester kedua kehamilan beliau (selepas keluar hospital). Walaubagaimanapun, adik saya turut mengambil vitamin C dan folic acid yang dibekalkan oleh pihak hospital. Shaklee juga menawarkan Vitamin C dan Folic Acid (terdapat di dalam B complex) yang berkualiti tinggi. Kalau ada bajet lebih better ambil yang shaklee punya instead of daripada hospital atau farmasi, nanti saya bgtau kenapa, nak tau teruskan baca ya). Jom kita tengok fungsi kedua-dua vitamin yang tidak kurang pentingnya ini.

5) Vitamin C 

- merupakan "makanan" sel darah putih yang bertindak sebagai antioksidan yang menjadi benteng kepada ibu daripada diserang penyakit seperti demam, selsema dan lain2.

6) B complex 

- berfungsi untuk bantu kawal tekanan, elakkan pigmentasi, penting untuk pembentukan darah dan hormon serta mengandungi asid folic yang sangat penting untuk pembentukan janin yang sempurna. Mengambil asid folic seawal yang mungkin boleh mengelakkan bayi daripada mengalami kecacatan tiub neural.


7) Zinc

Zinc juga penting untuk ibu hamil bagi memastikan tumbesaran dan perkembangan fetus atau bayi semasa kehamilan. http://bitly.com/supplement-ibu-hamil-zink

Ok, jadi daripada apa yang di ambil oleh adik saya, saya rasa kita semua dapat agak lah sejauh mana kesan-kesan vitamin tersebut terhadap beliau dan kandungannya. Tapi saya memang pesan kepada adik, minum air putih mesti kena banyak untuk kesan maksimum. Alhamdulillah, dia dengar nasihat saya.

Kelebihan Vitamin Shaklee Berbanding Vitamin Yang Lain :


1) Supplemen shaklee ni memang totally semulajadi - so korang tak perlu risau ada long term effect dan sebagainya

2) Harga yang berpatutan - nak kata harganya murah tidak juga, tapi berpatutan la dan tahan lama. Cthnya kalau set hamil ni boleh tahan purata 4-6 bulan la kecuali macam omega dengan esp tu sebulan la kan

3) Masih boleh diambil walaupun setelah melahirkan - macam set mengandung ni lebih kurang dengan set pantang jer..adjust sikit2 jer cth set pantang ada alfalfa, takde omega...(nak detail tentang set pantang, baca entri : Set Pantang dan Tambah Susu). Lagipun supplemen shaklee ni bukan ubat, dia ialah vitamin. Kalau korang nak share set ngandung ni dengan suami pun boleh..yer boleh..dua2 sihat kan..lagi bagus..

4) Vitamin Shaklee ini ada kajian. Kajian tu bukan baru dibuat, tapi sejak 100 tahun yang lalu lagi. So? korang boleh fikir sendiri la kan beza antara vitamin yang dah dibuat kajian sekian lama ataupun yang baru dikaji, apetah lagi yang tak masuk makmal kajian lansung.

Penting ke Tak Penting Ambil Vitamin Masa Hamil?

Kalau korang atau isteri atau adik beradik atau saudara mara yang sedang hamil ada masalah sama dengan adik saya, ataupun tiada masalah sekalipun, korang better ambil supplemen-supplemen ini sebab ia sangat bagus bukan sahaja untuk ibu malahan bayi tu. Kira penting untuk dua-dua sekalilah. Ya, sangat penting!

Kenapa saya sangat cadangkan ibu mengandung ambil set hamil ni? Bayangkan dengan environment kita yang tak menentu sekarang dan dengan makanan kita yang entah apa-apa, sudah tentulah nutrisi yang diambil tidak mencukupi dan menyebabkan imunisasi ibu menjadi rendah. Oleh sebab itu, kita perlukan suplemen untuk memastikan ibu dan anak sihat dan mendapat bekalan nutrisi yang cukup sepanjang proses kehamilan.

Sekiranya korang nak tanya lebih lanjut tentang set kehamilan ni boleh hubungi saya syireen (0127247497) atau boleh berhubung sendiri dengan tuan empunya cerita iaitu adik saya, abby di talian 0139988507.

Saya juga nak jemput korang untuk lihat sebuah video 1 minit (bukan adik saya) bagaimana seorang wanita mengatasi masalah anemia (low hb) semasa mengandung.


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang

Contact Me  :

Nama Penulis : Hasyireen binti Abdul Halim

 No telefon : 0127247497


Emel : hasyireenhalim@gmail.com




Pengedar Shaklee Melaka & Seluruh Malaysia


ID : 988088


COD : Melaka 

POS : Seluruh Malaysia



FB : https://www.facebook.com/syireenfb


FB Page : https://www.facebook.com/vitasihatcantik



AMARAN !!!!  

FREE Consultation Will Be Given To My Customer ONLY....Dapatkan PENJIMATAN 15-20% dengan MENDAFTAR sebagai Ahli...Anda juga boleh MENAMBAH PENDAPATAN dengan Shaklee sekiranya berminat..Hubungi saya segera.


Ingin jadi ahli, klik >>> cara-join-member-shaklee

 

#Drugfree

 ~ Prevention Is Better Than Cure ~





5 ulasan:

  1. Alhamdulillah... Suspen baca tadi. Comel betul dia!!!

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..tq noor azlin :)

    BalasPadam
  3. Bahaya juga kes asma sehingga boleh membawa kes icu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu hero borneo...sebabnya dia.ada jangkitan pada peparu...hingga menyebakan pneunomia tu

      Padam
    2. Betul tu hero borneo...sebabnya dia.ada jangkitan pada peparu...hingga menyebakan pneunomia tu

      Padam