Rabu, Mac 11, 2015

7 Golongan Yang Tak Sedar Mereka Wajib Ambil Vitamin

Bila sebut tentang vitamin, banyak orang ingat mereka tak perlukan vitamin. Kebanyakan kita fikir, aku dah makan nasi, ayam ngan sayur, cukuplah tu, buat apa nak ambil vitamin supplement bagai. Namun, ramai yang tidak sedar bahawa badan masih memerlukan vitamin, tak kisahlah hari ni kita dah makan berger ke nasik goreng ke nasik lemak. Sebab apa? Badan cuma kenal nutrien. Vitamin adalah salah satu nutrien yang dikenali dan diperlukan oleh badan. Hari ni saya nak bagitau 7 golongan yang tak sedar mereka wajib ambil vitamin.

Kenapa Perlu Ambil Vitamin?



Secara umumnya, semua orang memerlukan vitamin. Tapi mesti ada yang bertanya "kenapa orang dulu-dulu tak makan vitamin pun, sihat je?". Ok, kat sini saya nak cerita 2 sebab utama kenapa kita perlu ambil vitamin :


1) Sumber makanan zaman sekarang tak mampu bekalkan kualiti dan kuantiti vitamin macam dulu-dulu sebab tanah pertanian dah kekurangan zat. Sekarang ni sayur-sayuran dan buah-buahan banyak menggunakan kaedah GMO di mana sayuran atau buah-buahan diubah secara genetik. Dalam bahasa mudahnya sayuran dan buah-buahan dicucuk sana sini untuk mempercepatkan pertumbuhan dan cepat ranum semata-mata untuk cepat dijual. Penggunaan racun untuk mengawal makhluk perosak seperti pestisid juga menyebabkan kualiti sayuran dan buah-buahan kita jauh berbeza daripada dahulu walaupun secara fizikalnya mungkin buah sekarang kelihatan lebih cantik.


2) Badan kita terdedah dengan macam-macam radikal bebas akibat daripada pencemaran alam sekitar, radiasi dan macam-macam lagi. Maklumlah sekarang ni mana lagi kita nak nampak pokok-pokok, semuanya bangunan di keliling kita. Selagi ada ceruk tanah, semua nak dibinanya bangunan. Mana lah tak ditimpa bencana alam, ye tak? Ozon pon dah semakin menipis, sinar UV daripada cahaya matahari yang mengenai badan kita amat merbahaya dan menyebabkan pelbagai penyakit akibat kerosakan sel.

Inilah antara dua sebab penting mengapa badan kita memerlukan support daripada vitamin.

7 Golongan Yang Tak Sedar Mereka Wajib Ambil Vitamin


7 golongan ini wajib untuk ambil vitamin untuk kekal sihat, samada mereka suka atau tidak, mereka wajib ambil bagi memastikan badan mereka terus cergas dan bertenaga seperti orang lain. Cuma kadang-kadang mereka ni tak sedar atau terlupa atau ego hingga menolak untuk mengambil vitamin sehingga suatu hari mereka dah terhantuk baru nak tengadah, masa tu dah tak berguna lagi lah. So siapa 7 golongan ni, jom kita sama-sama tengok mana tau kita termasuk dalam kategori ini?

1) Sesiapa yang tak mampu nak sediakan buah dan sayuran segar dlm makanan mereka setiap hari –segar yang dimaksudka adalah buah atau sayur yang baru lepas dipetik terus dimakan atau dimasak. Sayuran dan buah di kedai dah lama dipetik dan disimpan, jadi ia tidak dikira segar ya, apatah lagi yang diimport, bayangkanlah berapa hari buah dan sayuran ini diperam, tapi masih nampak cantik? hmmmmm......

2) Sesiapa yang selalu stress dan kerja lebih masa sampai badan tak sempat rehat. Tapi jangan ingat mereka yang duduk di rumah tu tak banyak kerja ya, bergantung juga pada beban tugas masing-masing. Para wanita sendiri mungkin tahu tahap kepenatan membuat kerja rumah.

3) Sesiapa yang kurang sihat atau dalam proses penyembahan contoh orang yang selalu demam atau baru lepas dibedah.

4) Pesakit yang mempunyai sakit kronik seperti asma, diabetec dan sebagainya. Golongan ini perlukan banyak bekalan vitamin dan nutrien yang mencukupi untuk meningkatkan imunisasi atau ketahanan badan dalam melawan penyakit.

5) Ibu mengandung dan menyusu. Ibu mengandung sangat "fragile" atau rapuh dan mudah diserang pelbagai penyakit dan kompilasi. Ada yang tak pernah ada darah tinggi, time mengandung tiba-tiba darah naik mencanak. Ibu juga memerlukan vitamin untuk memastikan tumbesaran bayi (fetus) di dalam kandungan dan dalam usaha menyediakan bekalan susu ibu yang berkhasiat untuk bayi mereka kerana apa sahaja yang dimakan oleh ibu, itulah yang akan diserap oleh bayi.

6) Mereka yang mengalami gangguan perasaan seperti depresi. Stress perlu dikawal, namun tak semua mampu mengawal tekanan dengan sendiri. Saat ini, bantuan supplemen amat diperlukan untuk membantu menyeimbangkan hormon di dalam badan agar badan mampu relax dan bertenang. Stress ni amat berbahaya kerana boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

7) Perokok – setiap putung rokok yang dihisap oleh perokok hanya akan membunuh beribu sel badan mereka yang sihat. Malahan mereka juga bertanggungjawab dalam merosakkan sel badan orang-orang yang terdekat dengan mereka. Perokok memerlukan vitamin bagi membolehkan sel yang rosak kembali pulih secepat mungkin. Berhenti merokok adalah langkah paling bijak dan murni yang anda pernah ambil dalam hidup anda!


Itulah tadi 7 golongan yang WAJIB mengambil vitamin. Bagi 7 golongan di atas, mengambil vitamin bukan lagi pilihan untuk mereka sekiranya mereka ingin badan mereka kekal cergas dan sihat. Di Malaysia kesedaran tentang keperluan mengambil vitamin atau supplemen masih lagi kurang berbanding negara maju yang lain. Apa pun pastikan vitamin yang anda ambil adalah yang semulajadi dan anda tau asal usulnya. Jangan main hentam sahaja takut kesihatan anda akan bertambah buruk pula. 

Kepakaran saya adalah menyediakan vitamin semulajadi yang telah melalui ujian klinikal dan proses audit daripada pihak luar dan terjamin kualitinya. Saya membantu anda yang termasuk dalam 7 golongan di atas untuk mendapatkan vitamin yang anda perlukan bagi sebarang masalah kesihatan yang berpunca daripada kekurangan nutrisi. Sekiranya anda memerlukan bantuan saya, boleh sms atau whatsapp saya di talian 0127247497 atau pm sy di FB Syireen Amerlim.

Syireen, SID 24/7 (sms atau whatsapp 0127247497)
FB : Syireen Amerlim

0 comments:

Catat Ulasan