Isnin, Mac 02, 2015

8 TIPS RAWATAN DEMAM DENGGI CARA PAKAR

Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan berita kenaikan kes denggi yang mendadak pada tahun ini. Statistik menunjukkan dari 4 Januari 2015 sehingga 28 Februari 2015, sebanyak 62 kematian telah dicatatkan akibat daripada demam denggi. Ini sangat membimbangkan kita semua. Atas dasar itu, saya rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya tahu tentang penyakit denggi. Sebelum tu, mungkin rakan-rakan pembaca boleh mendengar dulu sebuah rakaman video tips pulihkan demam denggi oleh pakar nutrisi dan di akhir entri ini saya ada berkongsi tentang 8 tips rawatan demam denggi cara pakar.


Rawatan Demam Denggi Cara Pakar


Apakah Demam Denggi?

Sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Bagaimana Mengetahui Bahawa Anda Telah Dijangkiti?

  • Demam akan berlaku pada hari ke-3 hingga ke-14 selepas digigit nyamuk (normal kes demam antara 4 hingga 7 hari)
  • Biasanya bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. 
  • Suhu badan boleh mencapai 40-41 darjah celcius, dan biasanya berpanjangan selama 2 ke 7 hari. Demam ini juga dikenali sebagai "breakbone fever" kerana sakit teruk pada otot dan sendi.
  • Bagi kanak-kanak di bawah umur 6 tahun, boleh terkena sawan
  • Kebiasaannya badan ditumbuhi ruam pada hari ke 3 atau 4 demam
  • Mengalami muntah dan kurang selera makan.

Demam Denggi Berdarah

Merupakan demam denggi yang teruk akibat jangkitan virus denggi. Tanda sakit yang ditunjukkan tidak jauh berbeza dengan demam denggi. Namun, pesakit akan menjadi lebih teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Antara perkara yang mungkin berlaku sekiranya terkena denggi berdarah termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Demam Denggi berdarah boleh membawa kematian akibat renjatan (shock) yang dialami pesakit apabila salur darah di dalam badan mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. 
Secara amnya, tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan. 

Pencegahan

 1) Elakkan digigit oleh nyamuk
2) Hapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk
3) Pergi ke hospital dengan kadar segera apabila ada tanda-tanda berikut pada anda dan anak anda :
·         Muntah berlarutan/berpanjangan.
·         Sakit perut.
·         Kurang bermaya/sawan.
·         Sesak nafas.
·         Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
·       Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.

Walaupun tiada rawatan untuk pesakit demam denggi daripada sudut saintifik, namun ada beberapa cara yang boleh diambil dalam usaha untuk kita meningkatkan taraf kesihatan pesakit.

8 TIPS RAWATAN DEMAM DENGGI CARA PAKAR 


1.    Rehat dan Minum air kosong sebanyak yang boleh bagi menambah cecair di dalam badan dalam badan. 
2.    Elakkan makanan yang berlemak, tinggi garam, tinggi herba, pedas dan masin.
3.    Tingkatkan imunisasi badan, dengan mendapatkan makanan sumber buah-buahan yang tinggi vitamin c utk penghasilan sel darah merah dan putih.
4.    Ambil protein yang mencukupi untuk meningkatkan tenaga dalam badan
5.    Segera berjumpa dengan doktor
6.    Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.  Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
7.    Mandi jerlum
8.    Antibiotik tidak diperlukan.

APA SAYA BOLEH BANTU?


Antara supplement yang dapat membantu mereka yang mengidap penyakit denggi adalah seperti berikut :

1) Performance drink – tinggi dgn iron bantu elak cecair dalam badan hilang daripada hilang dan kurangkan dehidrasi
2) Suistained release vitamin c – tingkatkan imunisasi badan, tingkatkan sel darah putih yang boleh bunuh bakteria termasuk virus denggi di dalam badan. 
3) Nutriferon – sumber interferon – bagi signal pada sel darah putih untuk menentang virus denggi dalam badan dan juga cegah virus terus menular
4) ESP – sumber beri balik tenaga, sumber beri balik tenaga, simpan vitamin dan mineral semua yang dapat, semasa denggi berlaku kebocoran dlmn-banyak vitamin dan mineral hilang

Kesemua supplement di atas mampu membantu anda atau ahli keluarga anda yang menghidapi demam denggi untuk segera pulih. Ia dapat membantu tingkatkan imunisasi badan, kekalkan cecair dlm badan supaya tidak terhidrasi untuk meningkatkan lagi kesihatan pesakit. Namun, pengambilan supplemen-supplemen ini amat amat digalakkan diambil SEBELUM anda dijangkiti demam denggi lagi kerana pencegahan itu lebih baik daripada mengubati. Sudah tentu kita tak mahu tengok ahli keluarga kita terlantar sakit di hospital sedangkan kita tak mampu berbuat apa-apa, apatahlagi kanak-kanak yang masih kecil yang tidak berdaya.

Syireen, 01272474797 - SID 24/7 anda
FB : syireen amerlim

0 comments:

Catat Ulasan