Rabu, Mac 11, 2015

2 Kali Terbaring Akibat Tekanan Darah Tinggi Ubah Hidup Fahmi 360 Darjah

Dulu En Fahmi Suhaimi merupakan seorang yang terlalu gemuk, obesiti, mempunyai tekanan darah yang tinggi dan juga kadar kolesterol yang tinggi. Sehingga satu tahap tekanan darah beliau terlalu tinggi menyebabkan beliau 2 kali terbaring sehingga tidak boleh bangun akibat sakit kepala yang sangat teruk. Ikuti kisah yang diceritakan oleh beliau sendiri bagaimana kejadian terbaring akibat tekanan darah tinggi mengubah hidup beliau 360 darjah.


 
Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah 


Ubah Cara Hidup Demi Anak-anak



Apabila doktor sudah meminta beliau untuk mengambil ubat, Fahmi terfikir dalam usianya yang masih muda dan mempunyai penyakit yang berisiko ini, apa akan jadi kepada anak-anaknya yang masih kecil sekiranya "sesuatu" terjadi kepada beliau. Kebimbangan yang sama turut dirasai oleh isteri tercinta yang sering merasa risau apabila si suami diserang sakit kepala dan sakit dada.

Akhirnya Fahmi nekad mengubah cara hidup beliau bagi mendapatkan kembali kehidupan yang sihat dan cergas. Berikut adalah perubahan yang telah beliau lakukan :


1) Tidur awal - sebelum ini beliau sering tidur lewat yang mana sangat tidak elok untuk kesihatan

2) Elakkan stres - stres atau tekanan juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi kerana apabila kita stres, salur darah akan menyempit dan menyebabkan pengaliran darah mengalir lebih laju dengan tekanan yang lebih tinggi

3) Lakukan senaman selama 30 minit sehari secara konsisten setiap hari - senaman mampu membakar lemak dan kolesterol berlebihan dalam badan. Kolesterol yang tinggi juga menyumbang kepada salur darah tersumbat yang boleh membawa kepada penyakit darah tinggi, strok dan jantung

4) Ambil Suplemen : pengambilan supplemen yang betul sangat penting untuk membantu mengawal seterusnya memulihkan penyakit darah tinggi. Fahmi telah mengambil dengan konsisten supplemen berikut iaitu phytocol, omega guard, vitamin c, b complex dan garlic. Pengambilan supplemen yang berterusan ini berjaya membantu Fahmi untuk mengawal tekanan darah tingginya sehingga turun pada tahap yang normal dan juga telah berjaya membantu menurunkan kolesterol beliau. Beliau menyebabkan beliau kehilangan berat badan 13 kg dalam masa 3 bulan.


Harapan saya, semoga perkongsian beliau ini dapat membantu anda yang juga mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan juga kolesterol yang tinggi. Tahukah anda penyakit tekanan darah tinggi boleh dan kolesterol tinggi yang tidak dibendung boleh membawa kepada penyakit yang lebih serius seperti strok dan jantung malah boleh membawa maut. Oleh itu, kawallah tekanan darah anda, ambillah supplemen yang sesuai dan jalanilah hidup yang sihat. Ambillah supplemen di peringkat awal bagi mengelakkan anda daripada mengambil ubat yang mempunyai kandungan bahan kimia yang jika diambil di dalam masa yang lama boleh menyebabkan pelbagai komplikasi termasuk penyakit buah pinggang.

Jangan biarkan anak anda membesar tanpa ayah ataupun ibu di sisi mereka. Sekiranya anda berminat ingin mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang supplemen yang diambil oleh Fahmi, hubungi saya di talian 0127247497 atau PM sahaja di FB Syireen Amerlim.

Syireen SiD 24/7.
0127247497

0 comments:

Catat Ulasan