Ahad, Julai 05, 2015

7 Kunci Kejayaan Yang Anda Perlu Tau Dan Buat Untuk Capai IMPIAN Anda

Hai...Assalamualaikum...

Kawan-kawan buat apa wiken ni? Wah, masing-masing dah mula mencarik baju raya yer...almaklumlah Syawal dah hampir menjelang. Saya pulak duk mencari idea untuk menulis di dalam blog tercinta ni. Tengah duk check emel, ternampaklah satu emel best daripada Brian Tracy tentang 7 Kunci Kejayaan. Jom saya share kan dengan rakan-rakan semua ya.


 
 
Hari ni saya akan bongkarkan 7 Kunci Kejayaan Yang Anda Perlu Tau dan Buat bagi mencapai SEMUA impian anda.

 

Kunci Pertama : Goal Setting (Menetapkan Matlamat)

 
Setiap pagi, ambil 3-5 minit untuk menulis goal atau target anda yang penting pada hari tersebut. Tau kah anda dengan menulis 10 goals di permulaan setiap hari, anda telah memprogramkan kejayaan mencapai goal tersebut di dalam minda separa sedara atau subconscious mind anda.
 
Menulis goal setiap hari akan mengaktifkan kekuatan mental anda. Ia akan meransang minda anda dan membuatkan anda lebih alert dengan situasi. Sepanjang hari anda akan melihat banyak peluang dan kemungkinan untuk anda bergerak dengan lebih cepat menuju goal anda.
 
Cuba la buat, anda pasti teruja dengan kesannya. Memang sangat berbeza kerja anda hari tu apabila anda menulis goal setting dengan tidak menulis goal setting.
 

Kunci Kedua : Planning and Organizing (Merancang & Menyusun)


Ambil beberapa minit di waktu malam untuk merancang dan menyusun aktiviti untuk keesokan hari. Pastikan anda melakukan kerja yang ada di dalam list anda. Ni adalah antara disiplin terpenting yang perlu anda patuhi untuk memastikan anda perform dengan baik di dalam kerja anda.

 

Kunci Ketiga : Concentration on your Highest-Value Activities (Tumpukan Kepada Aktiviti Yang Mempunyai Nilai Yang Tinggi)

 
 
Kebolehan anda untuk berkerja dengan fikiran yang focus terhadap tugas anda yang paling penting akan menjadi salah satu factor kepada kejayaan anda.
 
Jadi belajar untuk focus pada tugas-tugas yang penting dan utama.
 
 

Kunci Keempat : Exercise and Proper Nutrition (Senaman dan Pengambilan Nutrisi Yang Baik)

 
Kesihatan adalah sangat penting jika dibandingkan dengan perkara-perkara lain. Dengan mendisiplinkan diri anda untuk bersenam secara berkala dan mengambil makanan seimbang serta supplement yang baik, anda akan dapat meningkatkan kesihatan dan kekuatan fizikal anda.

Kesihatan yang baik amat penting untuk anda sentiasa cergas dalam melaksanakan sebarang tugasan.

 

Kunci Kelima : Learning and Growth (Belajar dan berkembang)


Otak anda adalah seperti otot. Jika anda tidak menggunakannya, anda akan kehilangannya. Pembelajaran berterusan merupakan keperluan asas untuk berjaya di dalam apa sahaja bidang yang anda ceburi.
 

Kunci Keenam : Time for Important People in Your Life (Masa Untuk Insan Yang Penting Di Dalam Hidup Anda)


Hubungan adalah segala-galanya. Pastikan dalam mendaki kejayaan, anda tidak mengabaikan orang yang anda sayang. Curi masa untuk bina hubungan anda dengan orang yang anda sayang walau sesibuk mana pun anda.
 

Kunci Ketujuh : Commit to the 7 Keys (Komited Dengan 7 Kunci)

 
Ketujuh-tujuh kunci ini akan memastikan anda mampu untuk memberikan mutu kerja pada level tertinggi dan mendapatkan kepuasan yang besar hasil daripada apa sahaja yang anda lakukan.
 

Kesimpulan

 
Study tentang 7 kunci kejayaan ini dan rancang bagaimana untuk anda menggunakan 7 kunci ini di dalam kehidupan anda dan mencapai kejayaan yang anda impikan.
 
Anda boleh mempelajari 7 kunci ini melalui latihan dan ulangan sehingga ia menjadi automatic dan sebati dengan diri anda. Yang penting #kipidap #dongibab kan? he he eh...
 
Selamat Mencuba & Jumpa anda di puncak kejayaan !
 
 
More tips to come, stay tune :)
 
 
 

0 comments:

Catat Ulasan