Ahad, Julai 05, 2015

Cara Simple Tangani Stress Menggunakan Teknik 10B

Hai...


Apa khabar semua? Apa? Stress esok dah mula kerja? Hari ni mesti semua kalut-kalut iron baju, check buku anak-anak, homework anak-anak dan macam-macam lagi lah. Bagi yang masih ada kerja tertangguh, mesti duk terfikir-fikir kerja yang bertimbun nak disetelkan di ofis esok kan? Jangan macam tu ya, stress ni sangat tak elok untuk kesihatan. Jadi sempena dengan hari bekerja esok, saya nak share Cara Simple Tangani Stress Menggunakan Teknik 10B.


Stress kan esok kerja???? Huwaaaa


Opss...sebab hari ni saya dapat puding best dari jiran sebelah, saya up lagi 1B..So, saya akan share kan dengan rakan-rakan semua teknik 11 B ok? Jangan cakap dengan orang lain tau, ni rahsia kita aje :)


B1 : Bertenang

Dalam segala hal, cuba bawak bertenang. Jangan kelam kabut tak tentu pasal. Kalau kita kelam kabut, tekanan darah kita akan menjadi tinggi. Ini sangat tak bagus untuk kesihatan. So, kalau ada masalah bawak-bawak bertenang ya.

B2 : Bernafas Secara Dalam

Teknik bernafas secara dalam mampu mengurangkan stress dan serabut di kepala. Ambik nafas dalam-dalam, berhenti sejenak, hembus perlahan-lahan sambil berzikir Lailahaillallah, Astaghfirullah dan Allah. Buatlah berulangkali hingga hati menjadi tenang.

B3 : Berkata "relaxlah"

Apabila stress, kita jangan tunggu orang lain untuk menenangkan diri kita. Sebaliknya kita sendiri yang harus membantu menenangkan diri kita sendiri dengan berkata "relaxlah (nama anda), semuanya baik2 sahaja, Allah kan ada".

B4 : Beribadat

Bagi orang Islam, ibadat merupakan tunjang utama kekuatan diri kita. Islam menganjurkan orang Islam untuk mengambil wudhu apabila berada dalam keadaan marah atau tidak tenang. Solat, zikir dan membaca Al-quran merupakan rahsia ketenangan umat Islam.

Tadahlah tangan, berdoa kepada Allah agar diberi ketenangan dalam menghadapi tekanan dalam kehidupan kerana hanya Allah sahaja yang memahami apa yang ada di dalam hati dan minda kita. Sesungguhnya doa itu adalah senjata mukmin.

B5 : Berkongsi Perasaan / Masalah Dengan Seseorang

Berkongsilah masalah anda dengan orang yang anda sayangi dan percayai, samada pasangan anda, ibu bapa, adik beradik mahupun teman rapat. Jangan silap tempat meluah perasan, buruk padahnya nanti.

Bila anda berkongsi, anda akan merasa lega dan seolah-olah telah melepaskan beban yang begitu berat di bahu anda.

B6 : Berurut

Apabila stress, saluran darah menjadi menyempit dan tekanan darah menjadi tinggi. Ini menyebabkan otot badan mula menegang dan emosi anda menjadi tidak stabil.

Berurutlah dan dengarlah ayat quran atau lagu-lagu yang menenangkan ketika berurut agar mengurangkan ketegangan tubuh badan anda.

B7 : Berehat Dan Mendengar Muzik

Berehat sambil mendengar muzik yang perlahan serta menenangkan juga mampu mengurangkan stress anda. Apabila anda terlalu penat, ia akan menambahkan stress anda. Jadi ambil masa untuk berehat.

B8 : Beriadah

Beriadah dengan rakan-rakan sekerja atau ahli keluarga juga dapat mengurangkan stress.

B9 : Bersenam

Lakukanlah senaman secara berkala, kerana badan yang sihat akan mengurangkan stress anda.

B10 : Berfikiran Positif

Berfikirlah positif setiap masa dalam apa jua keadaan. Apabila anda sering berfikiran positif, apa sahaja dugaan atau cabaran yang mengganggu hidup anda, anda akan boleh mengambilnya dari sudut yang positif dan membina.

B11 : B-Complex

Seperti yang dijanjikan, saya nak up satu lagi B yang boleh membantu anda menangani stress iaitu B Complex. Pengambilan B Complex mampu mengurangkan rasa stress sehinggakan ia dipanggil vitamin GEMBIRA.


Selain daripada untuk mengatasi stress, B Complex juga mempunyai fungsi lain seperti berikut :

  • membantu tumbesaran bayi dan kanak-kanak
  • membantu pembinaan sel-sel DNA dan sel-sel baru
  • mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang

 
  • menukar makanan kepada tenaga
  • mengurangkan rasa lesu dan letih


  • mengatasi masalah rambut gugur dan beruban

  • Mencegah anemia

 
That's why la B Complex ini sangat dicadangkan untuk mereka yang MENGANDUNG ataupun INGIN mengandung kerana ia dapat membantu memberi tenaga kepada ibu, mengawal tekanan ibu dan memastikan kesihatan bayi dalam kandungan.


Promo B Complex!


Oh ya, bulan Julai ini kita ada Promo Produk B Complex. So, sesiapa yang sering stress bolehlah mendapatkan Vitamin B Complex ini, dengan hubungi saya secara SMS atau WHATSAPP di 0127247497.

So, apa tunggu lagi hubungi saya segera ya.


Kesimpulan


Stress merupakan faktor yang menyebabkan jiwa kita menjadi tidak tenang dan tidak tenteram. Stress boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, penyakit jiwa, jantung dan strok.

Cuba fikir sejenak, berbaloi kah anda untuk hidup dalam keadaan stress yang anda sendiri tau ia membahayakan kesihatan anda? Jawapannya tentu tidak bukan.

Jom kita kawal stress menggunakan teknik 11B yang saya kongsikan ya.


Semoga bermanfaat!


#kipidap #dongibab

0 comments:

Catat Ulasan