Sabtu, Julai 11, 2015

Fibroid Dan Cyst : Boleh Sembuh Tanpa Bedah?

Assalamualaikum...

Hari ni saya terpanggil untuk buat artikel tentang fibroid dan cysts selepas membaca hasil tulisan Dr Malinda di blog beliau. Di kalangan ahli keluarga saya dan rakan-rakan terdekat juga ramai yang terkena penyakit ini dan kebanyakannya telah melalui operation. Untuk itu saya telah membuat beberapa bacaan dan mendapati bahawa fibroid dan cyst boleh sembuh tanpa bedah. Nak tau lebih lanjut? Teruskan membaca entri ini ya.



Fibroid yang telah dikeluarkan atau dibedah 



Apakah Itu Fibroid dan Cyst?



Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser. Walaubagaimanapun jika dibiarkan dan tidak diatasi di peringkat awal, 
fibroid boleh bertukar menjadi barah atau kanser. Cyst dan fibroid boleh dihilangkan samada melalui pembedahan atau pengambilan supplement.




Punca Berlakunya Fibroid Dan Cyst


Sebenarnya tiada satu sebab yang kukuh yang menyebabkan berlakunya fibroid atau cyst ini. Namun  beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukan bahawa fibroid dan cyst boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti di bawah :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.


- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.


2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.


Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.


3. Obesiti.


- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik


- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.



Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?



Jika anda mempunyai simptom-simptom seperti di bawah, anda mungkin telah mempunyai fibroid ataupun cyst. Lakukanlah pemeriksaan segera jika mendapati anda mempunyai simptom-simptom seperti di bawah :

  • haid yang tidak teratur / terlalu lama
  • sakit perut
  • sakit ketika hubungan kelamin
  • perut membuncit
  • pendarahan abnormal


Perlukah Pesakit Fibroid dan Cyst Ini Dibedah?



Seorang makcik saya dan empat orang kawan saya telah pun menjalani pembedahan membuang fibroid, ada juga yang terpaksa membuang rahim.

Menurut Dr Malinda, operation tidak diperlukan sekiranya fibroid atau pun cyst tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.



Bagaimana Mengelak Risiko Mendapat Penyakit Ini?


Memandangkan wanita pada hari ini terlalu berisiko untuk menghidap penyakit ini, beberapa cara boleh diambil dalam usaha untuk mengurangkan risiko tersebut. Antaranya ialah :



1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.



2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.


3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.



4. Kawal berat badan



5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.





Soya Punca Fibroid?


Menurut Dr Malinda;



"Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO)."


Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.





Makanan Tambahan Yang Disarankan Untuk Pesakit Fibroid Atau Cyst


1. GLA 






- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
- GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO.
- Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan. Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.




2. Vitamin E
3. Vitamin C
4. Carotomax
5. Zinc



Dalam satu kajian, dipercayai pengamalan herba dan makanan tambahan juga dapat mengecutkan kewujudan cyst dan fibroid ini. ambil 1,000 hingga 2,000 miligram Vitamin C, 150,000 IU beta karotena (terdapat di dalam Carotomax), 400 mikrogram selenium (terdapat di dalam Vitamin E Shaklee), dan 30 miligram zink setiap hari sehingga cyst fibroid hilang. 








Vitamin-vitamin yang disarankan juga telah disarankan oleh Dr perubatan Dr Hamid Arshat.

6. Vivix


Bagi yang mempunyai bajet yang lebih besar, disarankan juga mengambil vivix, kerana di samping dapat membaiki sel, vivix mempunyai 10X ganda resveratrol yang dapat mengecutkan tumor dan sel kanser.




Sesiapa sahaja berisiko untuk mendapatkan fibroid dan cyst ini. Sekiranya anda mengambil supplement2 di atas di peringkat awal, anda mungkin tidak perlu menjalani pembedahan lagi. 


Testimoni Cyst Mengecut Dengan GLA












Bagaimana Mendapatkan Supplemen Di Atas?


Sekiranya anda ingin mendapatkan supplement di atas, hubungi saya Syireen di no 0127247497. Anda SMS boleh, whatsapp pun boleh. 


Syireen, SID anda!
0127247497
fb : syireen amerlim



0 comments:

Catat Ulasan