Khamis, Julai 09, 2015

Rahsia Penawar Kanser Menggunakan Ayat Al-Quran

Dah lama saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan pembaca tentang Rahsia Penawar Kanser Menggunakan Ayat Al-Quran. Saya dapat tips ni melalui rancangan TV9  tahun 2014. Ini bermakna sudah setahun yang lepas saya menyimpan khazanah ilmu ini. Alhamdulillah, hari ini Allah izinkan saya untuk berkongsi ilmu ini dengan rakan2 semua...

Bismillah...



Amalan-amalan Penawar Pesakit Kanser


Berikut adalah amalan-amalan untuk memulihkan penyakit kanser sepertimana yang saya tonton di Tv9 pada hari Jumaat di rancangan Syifa Wanita.


1. Membaca Surah Al-Hasyr, ayat 21

2. Membaca Surah As-Syuara, ayat 80

3. Amalkan solat sunat Tahajud dan solat sunat Taubat setiap malam

4. Doa

5. Redha

6. Sabar

Cara Untuk Menyediakan Air Penawar Untuk Pesakit Barah


1. Sediakan air dan sambil baca ayatAl-Quran pada air, letakkan tangan kanan di dada kiri

2. Tarik nafas, mengucap dalam hati dan lepas nafas

3. Bacakan (pada air) surah As-Syuara ayat 80 dan makna

4. Bacakan (pada air) surah Al-Isra, ayat 82 dan makna

5. Bacakan Surah Al-Fussilat (pada air), ayat 44 dan makna

6. Baca Surah Al-Anbiya, ayat 83

7. Pejam mata, Tarik nafas dan Doa " Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya aku ada sakit barah, campakkanlah penyakitku dan masukkan antibiotik rohani dalam tubuhku.

Al-Quran Sebagai Syifa


Allah berfirman di dalam Al-Quran secara terang dan nyata dalam Surah Al-Isra, ayat 82 yang bermaksud "Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian".

Maka tidak ada keraguan kepada kita tentang menjadikan ayat-ayat Al-Quran sebagai penawar kepada segala penyakit.

Perubatan Secara Islam Versus Perubatan Cara Moden


Di samping perubatan secara Islam, kita juga boleh menggunakan perubatan cara moden untuk menyembuhkan penyakit kanser. Tidak salah menggabungkan kedua-dua method ini untuk mendapatkan hasil maksima. Contoh perubatan moden adalah melalui pemakanan supplement yang mempunyai kadar resveratrol yang tinggi yang dapat mengecutkan tumor atau sel kanser seperti VIVIX.

Yakin Dan Percaya Kunci Kesembuhan


Allah menganjurkan untuk kita berusaha sedaya upaya untuk mencari penawar penyakit diri kita. Dalam kita cuba mencari penawar penyakit kita, yakinlah bahawasanya Allah jua lah yang berkuasa menyembuhkan apa jua penyakit kita dengan pelbagai cara. Setelah penat berusaha, yakinlah bahawa hanya Allah Taala yang berkuasa menyembuhkan dan berserahlah sebulat-bulatnya kepadaNYA.

Wallahua'lam.

0 comments:

Catat Ulasan