Khamis, Ogos 20, 2015

Krisis Pemulihan Atau Healing Crisis Alasan Penjual Supplemen Supaya Customer Tak Bising?

" Dik,nape lepas ambil Vivix 3 hari, pinggang akak sakit dik? Ni ubat ke racun ni? Entah2 boleh rosakkan buah pinggang tak? "

" Sis, apasal lepas amik Dtx, muka saya naik jerawat tak mau mau ni?  Sis ni jual supplement cap ayam ke? Sis jangan macam2, saya report dekat KDNKK nanti ! "

" Hey u, awat lepas makan u punya ESP kepala I pening ni? U kata ambik ESP boleh kulit gebu gebas? Ni duk pening ni apa cita??? C u in court !!!! "


Ahaaaa, pernah tak korang baca dialog di atas ni kat mana-mana? Korang akan pernah baca kalau korang SID (Shaklee Independent Distributor) atau pun kalau koranglah customer yang buat complaint tu..hihi...Dan sebagai pengguna vitamin, pernah tak agen korang mention about krisis penyembuhan atau healing crisis? Actually krisis penyembuhan ni memang perkara yang wujud dan bukannya istilah ini digunakan sebagai escapism seorang SID atau penjual daripada bertanggungjawab terhadap customernya.






Anyway, kalau korang nak tau, situasi-situasi yang berlaku di dalam dialog di permulaan entri ini tadi wujud akibat daripada satu tindakbalas badan kepada supplement yang korang ambil, yang dipanggil sebagai Healing Crisis ataupun Krisis Pemulihan. Nak pulih pun kena ada krisis jugak. Bukan mudah penyakit yang kita dah simpan bertahun nak dipulihkan, dan bukan mudah badan kita yang biasa dengan makanan-makanan yang tak berapa sihat tetiba nak masuk supplement kan, thats why berlakunya Healing Crisis.

Krisis Pemulihan Atau Healing Crisis


Bagi sesetengah orang (maksudnya tak semua) yang mula mengambil supplemen, mereka akan melalui suatu fasa penyesuaian. Simptom-simptom yang wujud sepanjang masa berlakunya krisis pemulihan ini adalah kelihatan seperti penyakit, tapi sebenarnya tidak! Sebaliknya ia adalah tindakbalas oleh badan kita yang sebelum ini kekurangan khasiat akibat corak pemakanan kita.


Punca Berlakunya Krisis Pemulihan


Apabila badan secara tiba-tiba dibekalkan dengan makanan berkhasiat melalui pengambilan vitamin, maka berlakulah krisis pemulihan. Secara normalnya, proses krisis pemulihan ini akan mengambil masa beberapa hari, namun bagi badan yang agak lemah, ia mungkin akan masa yang lebih lama untuk pulih daripada krisis pemulihan.

Keadaan ini berpunca daripada toksin yang telah berkumpul di dalam badan kita untuk jangkamasa yang lama. Toksin yang bertimbun ini berpunca daripada sisa-sisa, makanan berkimia, lemak, stress, diet tidak seimbang, kurang tidur, antibiotik dan juga pengambilan ubat-ubatan lain seperti panadol dan sebagainya.

Supplemen dietary ini sebenarnya membantu mempertingkatkan sistem imun badan kita, kebolehan detoksifikasi (membuang toksin daripada badan) serta pengalawan organ-organ kita.

Simptom-simptom Ketika Detoksifikasi


Pada ketika berlakunya proses detoksifikasi di dalam badan kita ini, pelbagai simptom yang mungkin menyerang kita, antaranya :

1- pening
2- kelesuan
3- sakit kepala
4- ketidakhadaman (perut kembung, lapar)
5- cirit birit
6- kahak berlebihan
7- kencing yang keruh
8- berasa hangat
9- berpeluh

Simptom-simptom yang wujud ini berbeza mengikut individu dan akan berlaku di dalam tempoh 1 hingga 2 minggu atau lebih.

Jadual Krisis Penyembuhan dan Puncanya Yang Perlu Anda Tau

Rawatan Krisis Pemulihan


Tiada rawatan yang khusus kerana krisis pemulihan bukanlah suatu penyakit. Namun sewaktu mengalami krisis pemulihan ini, antara perkara yang perlu dilaksanakan untuk mempercepatkan proses krisis pemulihan dengan :

1- minum air bersih dengan secukupnya (sehingga urin atau air kencing menjadi cerah)
2- makan lebih sayuran dan buahan
3- pengetahuan tentang krisis pemulihan
4- sabar dan berfikiran positif serta yakin bahawa ia akan berakhir

Mental yang kuat akan membantu anda melepasi jangka masa krisis pemulihan dengan lebih cepat.


Diharapkan kepada para pengguna di luar sana mendapat manfaat daripada entri saya pada kali ini.

#syireenhalim (SH)

0 comments:

Catat Ulasan