Sabtu, Ogos 15, 2015

Personal Coaching With Mama Cery : Kepentingan Bermentor Di Dalam Berbisnes

Alhamdulillah seronok sangat-sangat hari ni sebab dapat ber personal coaching dengan orang super duper upline yang sangat syireen kagumi, siapa lagi kalau bukan Mama Cery, antara nama besar dalam industri Shaklee dan MLM di Malaysia ini.



First time nak jumpa tu berdebar juga sebab biasa ke kelas kak Cery ramai-ramai dan biasanya berjumpa di alam maya, tapi tadi berjumpa dalam group yang lebih kecil.

Betulla orang kata "dont judge a book by its cover", walaupun di alam maya kak cery nampak garang, sebenarnya beliau bukan begitu, beliau adalah seorang yang penuh dengan sense of humor dalam masa yang sama kecekalan sangat ketara di wajah bersih nya dan semangatnya begitu besar di dalam tubuhnya yang kecil molek.

Bergambar Kenangan Dengan Master Cery :)


Selain bercerita tentang sejarah shaklee, kak cery juga menekankan kepada kami tentang kepentingan bermentor. Di dalam bisnes, mentor sangat penting supaya kita sentiasa berada di jalan yang lurus! Apa yang bestnya di dalam perniagaan MLM Shaklee ini adalah, mentor nya terdiri daripada pelbagai level dan anda boleh pilih secara percuma kerana syarikat telah membayar kepada upline untuk coaching downline-downline mereka.

Tinggal lagi samada hendak atau tidak sahaja. Menurutnya lagi, downline sendiri perlu report kepada upline yang dipilih sebagai mentor setiap hari supaya mereka tidak hanyut di bawa arus masa.

Di dalam perjumpaan tadi juga, Kak cery menerangkan tentang konsep 5P di dalam perniagaan iaitu Produk, Promotion, People, Price dan Place.

Pejam celik pejam celik hampir 3 jam kami bersama. Pelbagai rahsia perniagaan serta pengalaman hidup yang dikongsinya namun tidak dapat syireen ceritakan di sini. Kalau nak tau banyak rahsia-rahsia perniagaan yang dikongsinya, kenala sign up jadi member dulu kan? hehehe...

Seperkara lagi yang membuatkan syireen kagum dengan kak cery adalah apa yang disampaikan tentang perniagaan adalah sangat luas, bukan sahaja meliputi keuntungan, malah lebih kepada konsep memberi dan juga konsep untuk menegakkan agama Allah.

Agak sukar untuk dihuraikan disini, apa pun syireen sudi sangat nak share dengan korang ilmu ni kalau korang pun sudi nak dengar. Just whatsapp 0127247497, kita sembang-sembang je k.

Ok, selamat berehat semua, assalamualaikum :)

0 comments:

Catat Ulasan