Rabu, Ogos 19, 2015

[Video] Aksi Chef Terlampau Masak Lemak Cili Api Ala Yeop Kecik

Amaran! Jangan klik video ini jika iman anda tidak kuat !

Hehehe...Jangan marah ye dengan tajuk entri ni, SH gurau jer pagi-pagi ni bagi korang hilang ngantuk. Boleh kan? Hari ni SH nak up satu video resepi masakan by adik ipar SH yang SH sapa dengan gelaran abg man. Ada tak antara pembaca semua yang suami atau boipren orang Nogori (Negeri Sembilan)? Aha, kalau ada, korang wajib tengok video life Masak Lemak Cili Api Ala Yeop Kecik ni sebab nanti hari-hari korang kena masak lauk ni :p.

Pasangan Romantis Adik SH dan Suami Abg Man


Untuk pengetahuan korang, abg man ni pandai masak dan masakan dia sedap macam wife dia jugak (adik SH la tu). Selain gulai tempoyak, antara satu resepi dia yang paling best ialah Masak Lemak Cili Api.

Ok lah, taknak buang masa, jom kita tengok video ni. Sebelum tu SH nak mintak maaf sebab video agak amatur. Tak sempat nak edit dek non...hihi...



Dah tengok kan, ok tak? Simple jer kan? Mudah dan cepat dibuat. Kalau korang suka dengan video ni komen-komenlah kat ruangan komen tu ya. InsyaAllah nanti next time SH ambil video masakan-masakan lain untuk korang ya.


Bye and luv u :)


#syireenhalim (SH)
#resepi
#masaklemakciliapi
#resepimasaklemakciliapi

0 comments:

Catat Ulasan