Khamis, September 10, 2015

Kisah Berasap 3 Hari di Carlton Hotel, Shah Alam

Wahhh..berasap..berasap..bukan dapur berasap dek non, tapi kepala SH yang berasap...hihi..Apa tidaknya baru je balik daripada Bengkel Pemantapan Penulisan Kajian Kes Women In Social Enterprise (WISE). Bengkel tersebut telah dijalankan di Carlton Hotel, Shah Alam, pada 8-10 Oktober 2015.

Actually bengkel ni adalah persediaan untuk kitorang menyiapkan kajian kes yang bakal dibentangkan di Sarawak pada 6-8 Oktober 2015 baru-baru ni. Antara yang terlibat ialah 11 orang yang terdiri daripada wakil daripada beberapa buah politeknik dan juga UiTM.

Bengkel kami ni diketuai oleh Dr. Azlan  Yahya atau lebih mesra digelar Dr. Lan bersama dengan Prof Wan (Prof Wan Nordin bin Wan Hussin) dan Ibu Rus (Prof. Dr. Ruswiati Suryasaputra) daripada Universiti Utara Malaysia. Kalau korang berminat nak buat Kajian Kes bolehla panggil diorang ni. Memang sangat pakar diorang ni sehinggakan tiap-tiap butir perkataan diorang tu SH rasa macam nak catit...hihi..almaklumlah orang auditori kan..tak paham takpe..hihi..

SH nak belanja sikit gambar-gambar kitorang semasa bengkel berlansung. 




Gambar SH (depan) bersama Nurul Mulia (belakang) : Wakil dari PMK

Gambar SH bersama Ibu Rus, Prof Wan dan Nurul

Gambar peserta bengkel bersama Ibu Rus dan Prof Wan

Komitmen Peserta


Komitmen peserta dalam bengkel ni memang tiptop. Ada yang tak lalu makan minum dek kerana nak menyiapkan penulisan kajian kes ni. Walaupun berasap, tapi SH puas hati bila dapat menyiapkannya dalam tempoh yang diberikan. Tapi itu bukan final tau, masih ada lagi sesi semakan dan pembetulan yang perlu dibuat. Redhoooo aje lah, yang penting penulisan yang dihasilkan nanti bermutu...kan kan kan...(sambil kelip kelip mata)

Apa pun SH berasa sangat beruntung kerana diberi peluang menghadiri bengkel ini. Banyak ilmu baru yang SH pelajari. Sebagai seorang background engineering yang membuat kajian kes dalam bidang keusahawanan dan bisnes, SH nak tepuk tangan untuk diri SH sendiri...tetiber rasa seronok pulak turun dalam bidang, nak tukar bidang ke SH? errr errr errr..biarlah Tuhan yang menentukan...hihi


Review of Carlton Hotel, Shah Alam


Ok lah dah alang-alang SH berada di Carlton Hotel ni, SH ambiklah peluang ni untuk buat review sikit ya. Emmm, basically hotel Carlton Shah Alam ni biasa-biasa sahaja. Daripada segi masakan, agak sedap cuma mungkin pilihan makanannya kurang. Tapi still ok la. Tentang bilik pula, tidak kelihatan terlalu ekslusif, apa yang SH suka tentang biliknya ialah aircond nya yang kuat..hihi..

Terdapat parking luar yang merupakan parking awam dan parking di dalam hotel. Bagi mereka yang parking dalam kena cross satu jambatan pendek penghubung antara bangunan parkir dan hotel.

Secara keseluruhannya, hotel yang lokasinya bersebelahan dengan Pusat Akuatik ni tidaklah nampak terlalu gah, tapi tidakla terlalu, masih di skala sederhana la. 

Dari segi lokasi pula, nak cari agak mudah kerana Carlton Hotel boleh ditemui di dalam Navigasi Papago.


Overall, SH bagi 3 bintang!!!!


Bye...MuahcikedbySH



  

21 ulasan:

  1. Berjambul kepala kalo sy nk buat kajian..heheh

    BalasPadam
  2. ari 2 ada duduk kat satu hotel 2...

    bukan shah alam

    knon 5 bintang

    tapi gaya tiada bintang pun

    BalasPadam
  3. kata kunci berasap mengaitkan saya dengan isu api,jerebu dan sebagainya..

    BalasPadam
  4. Kalau MV pun berasap kepala nak cari idea penulian ni..

    BalasPadam
  5. bestya dapat join bengkel pemantapan dalam penulisan,.

    BalasPadam
  6. Memang berasap kepala la kalau MV yang pergi ni...hihi

    BalasPadam
  7. Macam santaii jer program nie... terbaik.. dan bermanfaat.. salam kenal yer..

    BalasPadam
  8. Kalau ini pemantapan, kira advanced dari penulisan biasa. Yang saya faham lebih teknikal dan data yang diperlukan untuk menyempurnakannya.

    BalasPadam
  9. Kalau dah 3 bintang tu..memang bagus lah

    BalasPadam
  10. Hehehehe tak ada gambar Carlton Hotel pun hehehe mana tahu minat nak tinggal sana nanti.. singgah sini jalan2...

    BalasPadam
  11. bagus join majlish ilmu ni dapat mantapkan lagi skill. semoga maju jaya.

    BalasPadam
  12. namnpak macam santai je.. :)

    BalasPadam
  13. Wah ini bukan bidang Syireen tapi mahu belajar kita perlu terjun pelbagai bidang. Barulah ilmu semakin menebal dan boleh berkongsi dengan orang lain pula.

    BalasPadam
  14. lama gak 3 hari tu

    mesti best makanan kat c2

    BalasPadam
  15. terbaik dan saya kembali untuk tinggalkan jejak..

    BalasPadam
  16. terbaik cikpuan Syireen.

    BalasPadam