Isnin, Januari 18, 2016

Bayview Hotel Melaka Menjadi Saksi Majlis Perpisahan Pengarah Politeknik Melaka

Pada 15 Januari yang lalu telah berlansung Majlis Perpisahan buat pengarah Politeknik Melaka (PMK) yang ke 5 iaitu Puan Hjh. Rashidah binti Mustapa atau lebih mesra disapa dengan panggilan Pn. Rashidah. Majlis dijalankan di Hotel Bayview, Melaka.



Majlis Perpisahan di Bayview Hotel


Sebelum majlis ini diadakan, beberapa majlis pra-perpisahan telah diadakan, antaranya di Pizza Hut pada hari Isnin 11 Januari 2015 dan beberapa majlis tertutup lain yang dijalankan oleh kumpulan-kumpulan staf secara tidak formal. Wah, nampak sangat Pn. Rashidah memang disayangi oleh staf PMK.

Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Pengarah PMK Tuan Hj. Abdul Aziz Bin Abu Bakar, diikuti dengan ucapan mantan pengarah PMK, Pn. Rashidah. Acara diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dari setiap jabatan dan unit.

Setelah selesai penyampaian hadiah, semua hadirin dijemput menjamu selera. Secara kesimpulannya, makanan  memang sedap dan pelbagai, saya beri 4 dari 5 bintang. Jika ada sesiapa nak buat majlis Hi Tea, boleh la cuba di Bayview Hotel Melaka ini. Sambil makan, Pn Rashidah datang ke setiap meja untuk bergambar dengan kami semua. Keadaan gamat seketika dengan gelak tawa kami semua, sambil masing-masing menyembunyikan resah dan kesedihan di jiwa.




Majlis ditutupi dengan sesi bergambar secara beramai-ramai di kolam renang di Bayview Hotel.



Kronologi Perkhidmatan Pn. Rashidah di PMK


Puan Rashidah telah mula berkhidmat di PMK sejak tahun 2011 sehingga 18 Januari 2016 iaitu kurang lebih 4 tahun. Sebelum berkhidmat di PMK beliau telah pun berkhidmat sebagai pengarah di Bahagian Pentaksiran dan Persijilan, Jabatan Pengajian Politeknik selama setahun. Selepas ini pula beliau akan ditugaskan sebagai pengarah di Politeknik Premier, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), di Johor Bahru.

Sepanjang 4 tahun PMK berada di bawah teraju Pn. Rashidah, banyak pencapaian membanggakan yang dicapai oleh PMK dari pelbagai sudut.

Personaliti Tegas dan Keibuan


Secara luarannya, Pn. Rashidah dilihat sebagai seorang yang tegas, sangat cekap membuat keputusan, dan begitu teliti tentang proses yang berkaitan dengan kewangan dan aset kerajaan. Selain itu beliau juga seorang yang mempunyai visi yang jelas serta bermotivasi tinggi.

Di sebalik ketegasan beliau juga, terserlah sifat keibuan yang ada pada beliau.  Di luar bilik mesyuarat, beliau seorang yang ramah dan sering memberi salam kepada staf-staf nya.


Doa Kami


Sudah adat kehidupan, setiap pertemuan mesti ada perpisahan. Walaupun PMK kehilangan sebutir permata, namun insyaAllah akan diganti dengan sebutir berlian pula yang mana kedua-duanya tidak boleh dibezakan kerana setiap seorang mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri. Apa pun, kami di PMK mendoakan supaya Pn. Rashidah terus diberikan kesihatan yang baik dan lebih gemilang di tempat baru. Manakala PMK akan terus maju di bawah teraju Hj. Abdul Aziz Bin Abu Bakar yang sudah kali ke 2 diberi kepercayaan menjadi pengarah PMK, insyaAllah.

Gambar-gambar Kenangan Sepanjang Majlis


Berikut saya sajikan sebahagian gambar-gambar sepanjang majlis di Bayview Hotel Melaka.


Perkarangan Level 4 Bayview

Gambar penulis bersama Pn. Rashidah

Gambar penulis bersama rakan sekerja

Gambar penulis bersama rakan sekerja

Penulis bersama rakan sekerja

Gambar staf menjamu selera
  
Gambar Pn. Rashidah bersama staf PMK dengan gaya Qu Puteh :)

Penulis bersama rakan sekerja dan partner bisnes




3 ulasan:

  1. Saya juga mengagumi beliau sbg pengarah pmk....ketegasan beliau menjadikan pmk lebih mantap. Pekerja juga senang mengikuti kehendak beliau...kipifap di tmpt baru puan Rashidah

    BalasPadam
  2. Saya juga mengagumi beliau sbg pengarah pmk....ketegasan beliau menjadikan pmk lebih mantap. Pekerja juga senang mengikuti kehendak beliau...kipifap di tmpt baru puan Rashidah

    BalasPadam