Ahad, Januari 10, 2016

Mahasiswa Universiti Koyak Usus Akibat Tahan Lapar

Baru-baru ni SH terbaca sebuah artikel tentang mahasiswa universiti koyak usus akibat tahan lapar. Sayu pulak hati membaca artikel tu dari Malaymail Online. Dikhabarkan mahasiswa tersebut tahan lapar disebabkan oleh kesempitan hidup dan kesusahan kedua orang tua nya.

Dek kerana tak mahu menyusahkan ibu bapanya, mahasiswa wanita ini telah menahan lapar dan menenangkan diri dengan membaca Al-Quran. Beliau juga sudah mula menahan lapar sejak di matrik lagi sehingga lah berada di universiti. Manalah tidak koyak usus jika begitu lama dia menahan lapar.


Zaman Universiti SH


Teringat zaman SH di universiti dulu. SH juga berasal daripada keluarga yang susah. Abah hanya seorang ahli bomba manakala ibu pula suri rumah sepenuh masa, membesarkan 6 orang anak. Memanglah jika difikirkan zaman SH dulu mungkin cabaran ekonominya tidak sehebat sekarang, namun zaman dahulu juga gaji seorang ahli bomba tidaklah sebesar mana.


Gambar SH bersama rakan-rakan baik di Kolej Kediaman Kedua



Kami bersama-sama menyambut Hari Raya Aidil Adha Di Universiti Malaya

Menjadi salah seorang jawatankuasa Pertandingan Tenis yang dianjurkan oleh kolej SH


Bersama best friend satu floor yang kebetulan senegeri - JDT katanya


Pinjaman PTPTN


Apapun SH nak share jugaklah macam mana SH menghadapi saat-saat di universiti dulu. Semasa mula-mula mendapat tawaran masuk ke Universiti Malaya dulu, SH menggunakan bantuan berbentuk pinjaman RM 2000 daripada PTPTN. Masuk sahaja di universiti, SH bersama-sama rakan-rakan yang lain mengisi borang pinjaman PTPTN yang bernilai RM 7000 setahun. Namun, berbekalkan keputusan semester pertama yang agak baik, tidak silap SH 3.34, SH memohon pula biasiswa JPA. Alhamdulillah walaupun nilainya kurang sedikit daripada PTPTN iaitu lebih kurang RM 6500 setahun, sekurang-kurangnya SH tidak perlu membayar balik pinjaman tersebut.

Setelah ditolak dengan yuran pengajian, apatahlagi yuran pengajian di jabatan kejuruteraan lebih tinggi memandangkan terdapat penggunaan makmal yang terdiri daripada alat yang mahal-mahal, kemudian ditambah lagi dengan yuran kolej, hanya tinggal beberapa sen sahaja untuk SH berbelanja untuk membeli buku, peralatan persekolahan dan tiket untuk balik kampung. Untuk pengetahuan semua, SH tinggal di Kolej Kediaman yang mana SH perlu membayar yuran kediaman termasuk makan sekali. Ini bermakna SH sudah tidak perlu keluar untuk membeli makanan.

Memandangkan perbelanjaan SH yang agak tight, SH pun terpaksa lah berkira-kira untuk berbelanja. Sama seperti mahasiswa ini, SH juga tak mahu meminta daripada ibu bapa memandangkan kita juga faham yang ibu bapa kita juga mempunyai tanggungan lain yang mahu makan dan bersekolah. SH juga tidak membuat sebarang kerja sampingan kerana silibus di jabatan kejuruteraan pada SH sangatla tough dan SH juga sangat naif untuk mencari kerja apatahlagi dengan keadaan SH yang tidak mempunyai kenderaan. Jadi apa yang boleh SH lakukan adalah dengan mengurangkan perbelanjaan SH.

Tips Berbelanja Cara SH


Berikut ialah apa yang SH lakukan untuk mengurangkan perbelanjaan SH :

1) Mengurangkan Outing


Memanglah semasa di zaman universiti, keluar bersama kawan-kawan ke shopping mall apatahlagi di bandaraya seperti Kuala Lumpur sesuatu perkara yang sangat awesome. Tetapi sangat jarang SH outing (keluar), boleh dikira dengan jari lah sebab jika outing paling busuk pun duit akan habis untuk tambang dan makan. Walhal kita dah ada makan di kolej. Itu belum lagi kes terbeli barang yang tidak perlu.

2) Tinggal Di Kolej Kediaman


Di zaman SH belajar dulu, tinggal di kolej ni boleh dikatakan menjadi rebutan jugak. Antara sebabnya ialah pelajar boleh pergi ke fakulti dengan menaiki shuttle bas yang murah. Bagi SH sendiri nak dijadikan rezeki kolej SH bersebelahan sahaja dengan fakulti, so SH tak perlu la ada kenderaan atau membayar tambang shuttle bas. Tapi sangat susah untuk tinggal di kolej, hanya mereka yang aktif sahaja dapat tinggal di kolej. Jadi untuk memastikan SH kekal di kolej, SH menggunakan masa lapang SH untuk bergiat aktif dengan aktiviti di kolej tanpa mengabaikan pelajaran. Alhamdulillah SH dapat bertahan tinggal di kolej kediaman sehingga habis belajar.

3) Kurangkan Bergaya


SH dulu memang sempoi sangat-sangatlah masa belajar. Orang kata pelajar engineering memang macam tu, mungkin betul jugak kot. Hihi. Yelah kalau bergaya tentu lah ada kos nya kan, kalau dah makan pun kena berkira, ada hati pulak nak bergaya sakan, unless anak orang kaya kan. Tapi dalam tak bergaya pun, ada jugak yang sangkut dengan SH tau, eh???? :p

4) Tahan Nafsu Makan Sedap


Yang ni pun penting. Masa zaman belajar, SH takde lah nak pergi fast food macam KFC ke MCD ke atau yang seumpama dengannya. Makan jer lah makanan di kolej sampai jemu jelak. Cara nak elak jumpa kioks2 makanan fast food ni ialah dengan tak perlu keluar outing, confirmlah tak jumpa fast food dan selamat lah duit korang. Tapi sesekali nak keluar makan dengan kawan-kawan tu tak ape lah, untuk aktiviti sosial korang kan. Cuma jangan selalu jer lah.

5) Fokus Pada Pelajaran


Beri fokus yang tinggi pada pelajaran berbanding perkara-perkara lain. Bila korang dah fokus pada pelajaran, korang akan sentiasa ingat nak belajar. Weekend pun nak belajar. So takdelah korang buang masa nak buat benda lain seperti berjimba-jimba ke shopping mall yang sudah tentu lah memerlukan kos.

6) Membuat Kira-kira


Buatlah kira-kira tentang perbelanjaan korang. Samada korang dapat PTPTN, JPA atau pembiayaan daripada mana-mana badan mahupun daripada ibu bapa korang sendiri, korang kena buat kira-kira. Bila ada kira-kira, korang akan tau berapa duit yang dibelanjakan, berapa yang tinggal, berapa patut simpan dan sebagainya. Simpanlah sedikit apa yang korang dapat di semester semasa sebagai persediaan semester hadapan. Sebab biasanya duit pinjaman atau biasiswa tidak masuk di awal semester, jadi korang perlukan sedikit wang saku untuk permulaan semester baru.

7) Elakkan Membeli Barangan Berjenama


Di zaman belajar ni tak perlulah beli barang berjenama. Baik daripada segi pakaian, perfume, tudung sehinggalah ke sabun mandi, gunalah yang biasa-biasa sahaja. Tak perlu lah bermahal-mahal untuk itu sebab korang sendiri belum ada gaji tetap dan banyak wang yang korang perlukan untuk pembelajaran korang.

Kesimpulan


Ha, tu lah sedikit perkongsian SH tentang macam mana SH menguruskan duit sehingga tidak perlu terlalu kerap meminta kepada ibu bapa. Bukanlah SH nak kata SH ni pandai sangat mengurus wang, tapi bila kita susah, nak tak nak kita kena survive la.

Pengalaman SH ni mungkin tak boleh nak disamakan dengan semua orang apetah lagi dengan adik-adik zaman sekarang yang tinggal dalam zaman ekonomi mencabar. Cuma SH berharap mana yang boleh diambil tu, ambillah sebagai panduan. Apa yang SH harapkan semoga pihak tertentu termasuk kita semua membuka mata tentang masalah yang berlaku terhadap mahasiswa ini dan lebih ramai tampil untuk memberi bantuan kepada beliau.

Peluang Menambah Pendapatan


Apapun kepada adik-adik mahasiswa yang teringin nak buat kerja sampingan, boleh sama-sama join SH untuk buat bisnes. Tak perlukan modal besar just RM 69.90 dengan syarat korang ada keinginan, keazaman yang kuat dan betul-betul serius nak dapatkan duit poket. Advantage kalau korang ada internet dan laptop, tapi still tak wajib. Yang penting korang serius, kalau suka-suka jer bolayan yer. Kalau serius, meh sms/whatsapp SH di 0127247497 ok.

0 comments:

Catat Ulasan