Isnin, Januari 25, 2016

Akhirnya Misteri Siapa Komposer dan Penulis Lirik Lagu Potret Terjawab di Final AJL30

Masih belum terlewat untuk SH mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang AJL30 yang disiarkan secara lansung malam tadi melalui pelbagai saluran termasuklah saluran utama TV3 bermula jam 9.00 mlm - 12.00 mlm. Konsert AJL30 yang dijalankan di Stadium Malawati Shah Alam telah dihoskan oleh pengacara popular hotfm iaitu Fara Fauzana dan AG.

Gambar Credit Kepada rotikaya.com


Antara pemenang yang menepati ramalan SH semestinya Vokal terbaik iaitu Dayang Nurfaizah dan juga Akim & The Majistret. Berikut ialah senarai pemenang bagi pertandingan Ahir AJL30, 24 Januari 2016 :

  • Juara AJL 30 Akim & The Majistret (Potret) RM50,000 
  • Naib Juara Faizal Tahir (Assalamualaikum) RM35,000 
  • Tempat Ketiga Caliph Buskers (Hanya Namamu) RM20,000 
  • Vokal terbaik Dayang Nurfaizah (Tak Pernah Menyerah) RM12,000 
  • Persembahan Terbaik Akim & The Majistret (Potret) RM12,000

Opening Mantap


SH yang begitu semangat nak melihat AJL kali ni menunggu awal di depan kaca tv agar tidak terlepas moment opening yang diwar-warkan sebagai menarik. Persembahan pembukaan telah dimulakan nyanyian 3 ikon negara iaitu Dato Siti Nurhaliza, Dato Jamal Abdillah dan Yassin. Persembahan yang mantap dan unik gabungan tiga nama besar ini ternyata tidak mengecewakan.

Persembahan Luar Biasa Peserta


Walaupun SH pada mulanya agak skeptikal dengan peserta-peserta final AJL30 yang SH rasa lagunya tidak berapa mengancam berbanding dengan AJL sebelum-sebelum ini, tetapi SH terpaksa admit persembahan ALL OUT yang diberikan oleh peserta-peserta final amat mengujakan. Antara persembahan yang catch the eyes SH ialah persembahan meriah Bunkface dengan lagu Malam Ini Kita Punya, persembahan memukau Kaka dengan lagu Bukan Hal Aku dan persembahan bertenaga Stacy dengan lagunya Not For Sale. Persembahan-persembahan daripada finalis lain juga tidak mengecewakan.

Anugerah Qu Puteh


Selain daripada hadiah-hadiah di atas, satu lagi anugerah diperkenalkan iaitu Anugerah Qu Puteh Diva yang diperkenalkan oleh penaja AJL30 iaitu Dato Seri Vida bersempena dengan 30 tahun usia AJL. Seperti dijangka, Dato Siti Nurhaliza telah berjaya menggondol hadiah ini melalui Lagu Cindai.

Misteri Lagu Potret Terjawab


Jika sebelum ini ramai yang tertanya-tanya siapakah dia komposer dan penulis lagu berhantu lagu Potret nyanyia Akim & The Majistret, kemenangan mereka pada malam ini telah menjawab segala misteri dan persoalan. Hang Nadim yang merupakan komposer lagu ini adalah Akim sendiri, manakala Kamar Empayar yang merupakan penulis lirik adalah abang kepada Akim, saudara Afham. Yang lagi best Afham ni adalah salah seorang staf dan kawan sekerja SH di Politeknik Melaka. Wah, tumpang glamour gitu kan. hihi. Jom SH belanja gambar Empayar Karma bersama Hang Nadim.


Penutup Yang Shahdu


Apa pun SH nak ucapkan tahniah kepada Akim kerana semasa menyanyikan semula lagu potret setelah dinobatkan sebagai juara, Akim telah mengambil peluang untuk menyanyi bersama peminat dan turun ke bawah pentas. Rasa tak pernah lagi berlaku dalam sejarah AJL kan? Apa yang buat SH menjadi shahdu apabila Akim turut menyanyi bersama-sama penyanyi Caliph Buskers. Pada SH Akim telah membawakan moment penutup yang terindah kepada penonton-penonton AJL30. Sekali lagi SH ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang terutamanya kepada Akim & The Majistret yang menang besar malam tadi. You go guys!

Ha, kepada siapa yang tak sempat dengar Akim nyanyi malam tadi, jom layan persembahan Akim & The Majistret dekat youtube ni ye.

Syireen Halim
Pengedar Shaklee Melaka
0127247497

9 ulasan:

  1. Balasan
    1. sempat....hihihi....thanks melawat :)

      Padam
  2. Kerja kat Politeknik Melaka rupanya. Hehe. Bahagian apa? Mak saya lecturer kat sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. La ye ke. Keciknya dunia. Sy pun lecturer kejuruteraan. Mak ina nama siapa?

      Padam
  3. best sangat lagu ni sebenar nya .. kena hayati betul2

    BalasPadam
  4. ohhh hang nadim dan akim tu orang yang sama rupanya.

    BalasPadam