Selasa, Februari 02, 2016

INGIN LAHIRKAN ZURIAT YANG SIHAT DAN PINTAR. IBU KENA MAKAN DENGAN BETUL KETIKA HAMIL

Alhamdulillah, SH bakal dapat anak saudara lagi ! Tahniah buat adik SH (abby halim) yang baru sahaja hamil. Moga kandungannya kali ini dipermudahkan dan tidak semencabar seperti kandungannya yang lalu (ceritanya di sini). 

Model : Halim Hakimi Dah Besar !

Seperti ada magnet, SH banyak kali pula terbaca tentang ibu hamil. Baru-baru ini SH terbaca tulisan seorang pengamal perubatan yang disegani iaitu Dr Hamid Arshat melalui status FB nya. Jom SH kongsikan tips yang diberikan oleh beliau untuk melahirkan zuriat yang sihat dan pintar melalui pengambilan makanan yang betul.
Gambar di ambil dari sususejat.com

MAKANAN TERBAIK KETIKA HAMIL 


1. TELUR

Telur mengandungi protin bermutu terbaik di samping mengandungi 12 jenis vitamin dan logam. Sesetengah telor diperkaya dengan omega 3 dan DHA yang penting utk otak. Telor juga mengandungi choline iaitu bahan penting untuk otak.

Protin sangat penting sebagai bahan binaan sel-sel dan organ bayi.
Murah harganya dan mudah dimasak dan disajikan. Makan 2 biji telur setiap hari.

2. IKAN

Ikan juga adalah sumber protin yang baik . Ikan yang berminyak seperti salmon, tuna dan mackeral mengadungi omega 3 dan DHA yang baik untuk pertumbuhan dan fungsi otak.

Sekiranya ikan-ikan tersebut mahal, jangan risau kerana ikan kembung, tongkol (tuba) dan sardin (bukan dalam tin) juga bermutu. Ikan yang dimasak rebus/steam dengan halia, bawang, kunyit dan serai lebih baik dari digoreng kering.

3. KEKACANG

Kacang-kacang seperti - dal, soya, merah, hijau dan peas adalah makanan-makanan terbaik. Kacang dal sering dimasak dengan daging, kentang dan lobak sebagai lauk kari. Kacang hijau dibuat bubur kacang.

Air kacang soya perlu diminum selalu dan juga produk soya dan tempe adalah baik dimakan.

4. KELEDEK MERAH

Makanan yang bermutu ini hampir lupus. Selain dari kandungan karbohidrat, ia juga sumber vitamin A, folik dan serat.

Daun turi dan keledek merah dimasak lemak atau sayur air boleh meningkatkan susu ibu.


5. MAKANAN BERGANDUM PENUH (WHOLE GRAIN)

Jagung direbus atau sebagai popcorn adalah sumbur makanan yang baik; mengandungi vitamin E, selenium dan faitonutrient.

Begitu juga oat, barley, beras merah dan pulut. Termasuk juga gandum yang biasanya kita makan sebagai roti whole meal. Bubur pulut hitam juga adalah makanan berkhasiat.


6. SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN WARNA WARNI

Memperbanyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna warni seperti - merah, kuning, ungu, hijau dan lain-lain. Ia mengadungi pelbagai vitamin, logam, serat dan antioksidan untuk menangkis dari serangan penyakit.

Buah-buah seperti jambu, tembikai, betik, oren, epal, pear, berries, buah naga, delima dan lain-lain buahan tempatan atau dimport termasuk dalam kategori ini.

Boleh juga buat jus segar daripada buah-buahan ini. Minum air kelapa muda.

Makan sayur-sayuran seperti sawi, bayam, kangkong, brokoli, kobis, karot, pucuk paku atau ubi, taugeh, bendi, terung dan lain-lain.

Buat salad atau rojak campuran sayur2 dan buah2. Sungguh enak dan lazat.
Bila ibu banyak makan buah-buah dan sayur khususnya dalam kandungan 3 bulan terakhir bayi juga membentuk kegemaran makan buah-buahan dan sayur-sayuran apabila bayi lahir kelak.

7. DAGING MERAH DAN AYAM

Daging merah (lembu dan kambing) yang telah dibuang lemak dan kulit (ayam) adalah sangat berkhasiat untuk ibu-ibu hamil dan menyusukan.

Biasakan masak rebus atau steam dengan banyak menggunakan halia, kunyit, bawang dan serai (masak ala cina atau thai). Kurangkan goreng dan bakar hangus.

8. KACANG

Kacang almond (badam) , walnut, gajus dan peanuts adalah makanan-makanan sampingan terbaik bagi ibu-ibu hamil. Mengandungi poly unsaturated fats dan omega 3 yang penting untuk pembentukan otak bayi. Makan bersama-sama kismis atau keroma sebagai sampingan.

9. YOGART DAN SUSU

Yogart adalah makanan berkhasiat. Ia mengandungi protin dan kalsium tapi mungkin ia bukan satu pemakanan yang digemari oleh semua. Di samping itu ia juga menjadi sumber bakteria-bakteria baik dalam perut kita saperti probiotik.

Minuman yogart yang ditambah perisa buah-buahan banyak terdapat di pasaran. Ibu-ibu hamil dan menyusukan harap amalkan minuman ini.

Minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.


10. SUPLEMENT VITAMIN DAN LOGAM

Mulakan amalan makan supplement vitamin sebaik sahaja berkahwin dan terus menerus hingga akhir hayat.

Lepas bersalin dan waktu menyusukan makan double dose [double dose adalah pengambilan 2 kali ganda daripada dos yang disarankan].

1. Multivitamin termasuk zat logam2 saperti iron dan folic acid.
2. Kalsium dengan vitamin D
3. Fish oil yang mengadungi omega 3 dan DHA.
4. Vitamin C 500 mg hingga 1 GM setiap hari.

Amalkanlah makanan tambahan (supplement) tersebut mengikut kemampuan dan tidak berlebihan. Insya Allah ibu dan anak akan sihat dan anak yang lahir akan berrpotensi jadi pintar/genius.

BAGAIMANA MEMILIH SUPPLEMEN TERBAIK


Dahulu SH bukanlah kaki supplemen, tapi setelah mengenal Shaklee, SH terus jatuh dengan cinta dengan supplemen ini. Nak tau kenapa?

Sebagai seorang yang mempunyai background dalam bidang kejuruteraan, saya adalah seorang yang mementingkan fakta dan kajian. Cakap-cakap kosong ajer tak main ok.

Bila “bertemu” dengan Shaklee, SH menjadi yakin kerana ia merupakan produk organic atau semulajadi yang dibuktikan melalui kajian dan audit oleh pihak ketiga. Bukan sendiri claim organic yer.

Shaklee juga ada supplemen untuk ibu hamil iaitu :


1- Vitalea – multivitamin yang membekalkan lebih 28 jenis mineral dan logam. Mengandungi iron yang dapat meningkatkan HB darah ibu hamil. Memberi tenaga kepada ibu hamil. Telah berusia 100 tahun (vitamin pertama Shaklee) dan telah dipatenkan kerana mempunyai kadar serapan yang sangat tinggi

2- B-Complex – Mengandungi vitamin B1, B2. B3, B6, B12, biotin, panthothenic acid dan asid folic yang sangat penting untuk ibu mengandung bagi mengelakkan bayi mengidapi penyakit Spina Bifida. Pengambilan Asid Folik sangat penting bagi ibu sebelum dan semasa kehamilan.

Wanita yang ingin hamil perlu mengambil asid folik sebelum dan dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan. Persatuan Spina Bifida Amerika Syarikat mencadangkan wanita untuk mengambil vitamin dengan 400 mcg (0.4 mg) asid folik setiap hari pada sepanjang masa mereka berpotensi untuk hamil.


3- Ostematrix – Merupakan produk kalsium yang mempunyai magnesium dan vitamin D. Kalsium penting untuk ibu hamil kerana ia membantu pembentukan tulang dan gusi bayi. Magnesium di dalam ostematrix mampu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya. Manakala kehadiran vitamin D dapat meransang penyerapan kalsium. Ini bermakna lebih banyak kalsium yang diserap berbanding dibuang.

Selain membekalkan kalsium, ia juga membantu melawaskan ibu hamil yang sembelit dan dapat mengatasi kekejangan dan cramp. Ibu hamil juga dapat tidur dengan lebih lena dengan ostematrix.

4- Omega Guard – Merupakan minyak ikan. Bagus untuk meransang otak bayi dan juga untuk mengawal ibu hamil yang mempunyai darah tinggi. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat berbanding dengan produk omega di pasaran. Ia adalah minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis semula jadi omega 3 asid lemak termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Satu hidangan Omega Guard dapat memberikan asid 905 mg lemak omega-3 EPA. Ini sangat baik untuk melahirkan anak yang pintar.

5- Vitamin C – Vitamin C adalah nutrien penting yang diperlukan oleh badan untuk memastikan anda sihat, kuat dan bebas penyakit. Juga dikenali sebagai asid askorbik, ia adalah penting untuk membaiki tisu, menyembuhkan luka, pertumbuhan tulang, dan meningkatkan sistem imun. Banyakkan mengambil vitamin C untuk menyembuhkan penyakit sejuk dan lain-lain. Ia mengandungi Antioksidan ini melindungi sel daripada rosak.

Semasa mengandung anda perlu mengambil bekalan vitamin C setiap hari kerana ia adalah vitamin larut air, jadi badan anda tidak boleh menyimpannya dan mendapat mengalir keluar semasa anda membuang air kecil. Vitamin C Shaklee mempunyai teknologi sustained release di mana vitamin C akan dilepaskan secara berperingkat di dalam badan. Ini adalah mengelakkan vitamin C terbuang begitu sahaja melalui urin.

6- Zinc – Amat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan. Keperluan zink harian utk ibu hamil adalah 11 mg (1 biji zink).



7- ESP – ESP adalah Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Untuk ibu mengandung protein yang sihat dan tulen adalah amat perlu untuk memastikan ibu sentiasa bertenaga dan sihat.

Sekiranya anda semua nak dapatkan semua supplemen untuk wanita hamil seperti di atas, boleh la hubungi saya ye.
Syireen Halim,
Pengedar Shaklee Melaka.
0127247497

1 ulasan:

  1. Bina saya akan bakal lahir pada bulan Awal Mac nanti. Memang beliau selalu makan makanan yang berkhasiat, bervitamin, berprotien dan tidak memakan makanan yang tidak memberikan kebaikan kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

    BalasPadam