Selasa, Mac 08, 2016

Tema Hari Wanita Sedunia 2016 Mengundang Kontroversi?

Selamat hari wanita sedunia ! Actually sh tak alert pun hari ni ialah hari wanita. Dapat wish dari kawan-kawan, barulah tau Hari Wanita Sedunia jatuh pada 8 Mac setiap tahun. Tapi kan kalau korang nak tau ada satu lagi tarikh sambutan hari wanita, tapi di sambut di peringkat kebangsaan iaitu pada 25 Ogos. So untuk wanita di Malaysia, 2 kali la kita diraikan. Untung kan jadi wanita? Hehehe...


Tema Sambutan Hari Wanita Sedunia 2016


Korang tau tak tema Hari Wanita Sedunia pada tahun ni? Temanya ialah Pledge For Parity atau maksudnya lebih kurang Ikrar Untuk Kesamaan. Apa yang korang faham tentang tema ni?
Pada pandangan sh ini adalah isu untuk menuntut hak kesamaan antara lelaki dan wanita. Contohnya dalam bidang pekerjaan. Ada certain majikan yang tak mau ambil pekerja wanita atas reason wanita ni lemah, lembut dan tak boleh beri arahan atau buat keputusan.
Lebih malang lagi wanita selalu jadi mangsa buli di jalan raya. Contohnya apabila berlaku kemalangan antara lelaki dan wanita, selalu orang akan menuding jari pada wanita.


Wanita Dari Kaca Mata Islam


Pada sh ape pun kita balik pada agama kan. Islam dah letakkan tempat yang mulia pada wanita. Islam dah tentukan tempat duduk wanita pada tempatnya dengan penuh keadilan. Adil itu bukan sama secara mutlak, tapi adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Ape pun semua orang ada pandangan masing-masing tentang isu hak kesamaan antara wanita dan lelaki ini. Di barat isu eksploitasi wanita juga tinggi, mungkin itu salah satu alasan tema pledge for parity ini di pilih. Kalau untuk tujuan pembelaan nasib wanita, sh setuju. Tapi untuk samakan segala-galanya, tak boleh juga, nanti dah keliru pula mana wanita mana lelaki.

Tak perlu nak jadi macam lelaki, we are great in our own way. Lelaki hebat cara lelaki, perempuan juga hebat cara perempuan. Allah dah jadikan setiap kita ni ada kekuatan dan kelemahan masing-masing kan.

Signifikan Hari Wanita Kepada Sh


Bagi sh, wanita-wanita di sekeliling sh semuanya hebat. Terutamanya mak sh, nenek, adik beradik, rakan-rakan dan semua saudara mara sh yang wanita. Mereka semua hebat.

Mereka berkorban tenaga dan wang ringgit untuk untuk suami, anak-anak. Malahan mereka juga sanggup menahan perasan untuk ahli keluarga mereka. Walaupun senjata wanita hanya air mata, tapi merekalah yang bangun pukul 5 pagi untuk masak, mereka lah yang siapkan anak-anak, mereka juga yang bekerja, malahan di tempat kerja sh ramai wanita yang memegang jawatan tertinggi.

Pendek kata layaklah mereka digelar superwoman. Begitu juga dengan mereka yang duduk di rumah untuk menjaga anak2. Jadi maid di rumah sendiri, semuanya kerana rasa tanggungjawab dan nak yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Sebab itu lah di dalam Islam, darjat wanita cukup tinggi.

Anda Makhluk Terhebat


Kepada wanita di luar sana terutama mak, ahli keluarga dan rakan-rakan, sh sekali lagi nak ucapkan selamat hari wanita pada korang semua. Ucapan ini adalah sebagai tanda penghargaan sh pada korang yang dah jadi sangat-sangat terbaik untuk orang yang korang sayang. Keep up your good work gal...love u...

Syireen Halim
FB : syireen amerlim

12 ulasan:

  1. Wah ! Saya pun tak tahu harinih hari wanita sedunia XD Well, to be honest, saya sebagai wanita tak hebat mana pun. Apa-apa pun, selamat hari wanita ! ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Selamat Hari Wanita Amy Zana :)

      Padam
  2. ye boleh timbulkan kontroversi tu..ada agenda lain mungkin? apa pun blh berlaku

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Tak boleh ikut barat ni bulat2

      Padam
  3. Balasan
    1. Selamat hari wanita hafizah :)

      Padam
    2. Selamat hari wanita hafizah :)

      Padam
  4. hehehehee.. tak perlu sampai nak hak sama rata sebab sebagai wanita kita diciptakan sempurna dan istimewa.. jauh lebih tinggi martabatnya.. Alhamdulillah.. :)

    Selamat Hari Wanita Sedunia..!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju 200%....selamat hari wanita sedunia :-)

      Padam
    2. Setuju 200%....selamat hari wanita sedunia :-)

      Padam
  5. kupasan yang menarik dan sehingga hari ini saya antara orang yang menjadi pencinta wanita..emak,isteri dan dua anak perempuan termasuk best friend wanita

    BalasPadam