Selasa, Mac 15, 2016

[Tips Kewangan] Simpanan Hari Sakit : Bersediakah Kita?

Selalu kita dengan simpanan hari tua kan? Tapi pernah tak kita dengar simpanan hari sakit? Jika simpanan hari tua dibuat untuk bekalan kita di masa tua, perkara yang sama juga untuk simpanan hari sakit. Kenapa perlu menyimpan untuk hari sakit? Jom tengok fakta yang menggerunkan ini.



Fakta Menakutkan Yang Perlu Kita Sedar


(1) Kos perubatan yang sangat mahal. Kos perubatan untuk penyakit kronik mencecah hingga ratusan ribu ringgit. Dengan kos peralatan, kos ubatan dan juga kos-kos lain yang berkaitan. Belum masuk kos berulang alik ke hospital dan sebagainya.

(2) Situasi majikan yang semakin lama semakin ingin mengurangkan medical benefit untuk pekerja. Ini mungkin disebabkan keadaan ekonomi yang agak kurang baik sekarang atau mungkin ada faktor-faktor lain.

(3) Mempunyai persepsi silap bahawa "kos perubatan/rawatan ni urusan org tua/sakit saja" sehingga kita rasa kita tak akan sakit dan tidak bersedia untuk itu.

(4) Hakikat zaman sekarang ramai yang diserang penyakit kronik pada usia muda hingga ada yang membawa kepada maut.

5 Tips Mudah Hadapi/Elak Masalah Hari Sakit


(1) Jaga Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat


Jagalah pemakanan dan gaya hidup korang. At least, jangan terlalu pasif. Amalkan gaya hidup aktif. Bersukan ni bukan sebab nak tegap, tapi supaya badan kita ni tahan lama, dan kurus bukan lah sebab nak butang seluar jeans lama-lama tu sangat atau nak cantik macam model. Tapi supaya risiko nak kena penyakit tu menjadi lebih rendah. Ini adalah kerana banyak sangat study mengatakan "gemuk/boroi menyumbang kepada risiko penyakit".

(2) Mengambil Supplemen Organik


Ambillah supplemen organik yang betul-betul organik. Jangan hanya claim mereka organik, tapi sebenarnya supplemen cap ayam. Buat sedikit research dah berapa lama vitamin tersebut dalam industri. Kalau dah 100 tahun di pasaran, masih digunakan confirmla supplemen tu dah well establish kan. Sebagai contoh supplemen shaklee. Jangan skip makan vitamin-vitamin Shaklee. Kalau boleh telan semua vitamin yg ada. Kalau tekak tak mampu nak telan banyak vitamin, telan lah Vivix tu.

Vivix tu boleh beri 1001 kebaikan pada badan. Sesuaila untuk mereka yang cari satu supplement untuk cover kesihatan dan kecantikan sekaligus. Salah satu adalah untuk anti aging. Nampak awet muda sentiasa, bukan setakat muka, badan pun sentiasa muda.




(3) Mengambil Medical Insuran


Ambil lah medical insurans yang dah berlambak-lambak di pasaran sekarang ni. Lagi bagus kalau boleh ambil yang paling premium. Tapi kalau tak mampu pun ambil yang paling minimum pun ok je dulu kemudian pelan-pelan upgrade (*rujuk T&C & ejen masing2 boleh upgrade ke tak). Lagi baik kalau boleh ambil lah medical insurans untuk seluruh keluarga (anak2 & pasangan), tapi kalau tak mampu lagi ambil lah untuk diri sendiri je dulu.

Kelebihan ambil medical insurans berbanding simpan duit bulan-bulan untuk hari kecemasan ni ialah, kita dah dapat coverage sampai RM50,000 seawal hari pertama kita sign agreement & bayar RM100 sebulan (*lain insuran, lain agreement & lain T&C). Jadi, kalau lepas setahun dua tiba-tiba kena penyakit (nauzubillah, tapi katakan je lah ye), kalau simpan bulan-bulan baru ada RM2,000, tapi kalau dah ada insuran, kita dah ada RM50,000 untuk bayar bil hospital. Bagi yang muslim, pastikan ambil insurans yg islamik.

(4) Membuat Kerja Sampingan 


Usahakan untuk buat tugas sampingan. Apa-apa sahaja ikut kemampuan kita. Kalau pandai buat nasi lemak, juallah nasi lemak. Pandai buat burger, juallah burger. Pandai affiliate, dropship, ebay je pun, buatlah. Tapi kalau korang takde idea sangat nak buat bisnes ape, meh contact SH. Kita buat Shaklee sama-sama. Tak susah pun, ada keinginan, ada kerajinanan, insyaAllah boleh berjaya. Tak perlu lah nak keluar modal beribu atau beratus. Cukup dengan modal permulaan yang sangat rendah. (Klik sini kalau nak tau kenapa SH join shaklee).

Kita sama-sama usahakan sehabis baik untuk dapatkan bonus bulanan Shaklee masing-masing. at least dgn bonus2 Shaklee tu kita boleh guna untuk:
- beli produk organik yg sihat tapi berganda mahalnya tu
- tambah stok vitamin Shaklee & tolong bayar Vivix setiap bulan
- pelan-pelan upgrade medical insurans dari semasa ke semasa

Mungkin korg rasa pelik "ape pasal la org dok makan McD lagi walaupun dah tau tak elok". Hakikatnya, diorang pun tau McD tu tak bagus. Tapi kadang-kadang diorang terpaksa makan sebab McD tu aje yg murah (murah relatif, terutamanya bagi yg duduk/kerja di Bandar). Fastfood kat luar negara memang org takde duit je makan.


(5) Memohon Kepada Yang Maha Esa


Doa lah banyak-banyak kat Allah/Tuhan supaya kita ni dicabut nyawa bila kita dah bersedia, bila kita dah selesaikan semua tanggungjawab & bila kita dah setelkan segala hutang piutang. Sesungguhnya perkara yang paling menghantui manusia rasional ialah bila tidur tak bangun-bangun. Jadi, selesaikan apa-apa yg kena buat tu seawal mungkin, buang sikap bertangguh.

Ok, cukuplah 5 tips tu dulu ya. Nanti SH sharekan tips yang lain pula.

Nak sembang dengan SH?


Boleh whatsapp/sms 0127247497 atau

Emel : hasyireenhalim@gmail.com 
Location: Malacca, Malacca, Malaysia

2 ulasan:

  1. phobia orang yang berumur seperti saya ialah tua dan tak nak tua serta tak sakit..sebab tu soal pomakanan amat diambil kira dengan cerewet

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu fobia yang positif tu mr hanafi, persoalannya mr hanafi ni muda lagi.hihi

      Padam