Jumaat, Mac 11, 2016

Untungla Aku Ada Kolesterol. Ko hado?

Fuhhhh...untungla aku ada kolesterol. Aik sejak bila pulak kolesterol jadi bagus ni?? konfius-konfius. Yelah, bila sebut kolesterol ni, semua orang pun takut kan? Mana la tidaknya sebab kita semua tau yang kolesterol ni sangatlah berkait rapat dengan penyakit-penyakit kardiovaskular (sakit jantung), stroke dan sebagainya. Tetiba kata untung pulak ada kolesterol kan? Ha baca sampai habis dulu, jangan baca tajuk jer...huhu...



Kolesterol Penting Untuk Tubuh


Tidak dinafikan sememangnya kolesterol sangat berbahaya untuk tubuh. Namun dalam masa yang sama, kolesterol juga sebenarnya penting untuk tubuh badan kita tau.

Antara sebab mengapa kita perlukan kolesterol adalah kerana kolesterol diperlukan oleh badan kita untuk :

  • Pembinaan membran sel
Membran sel ni kerjanya melindungi sel kita & mengawal aktivti keluar-masuk macam2 benda ke dalam sel kita.
  • Untuk metabolisma vitamin-vitamin larut lemak iaitu vitamin A, vitamin D, vitamin E dan vitamin K
  • Untuk membantu penghasilan hormon
  • Untuk penghasilan jus hempedu.

Kuantiti Kolesterol Yang Diperlukan Oleh Tubuh


Owh habis tu yang kata kolesterol tak bagus tu macam mana pulak? Gini alkisahnya. Sebenarnya kolesterol terbahagi kepada dua jenis iaitu kolesterol baik (HDL) dan kolesterol jahat (LDL).

Justeru badan kita kena ada kolesterol, tapi kuantiti yang diperlukan sudah tentulah tak sama antara HDL dengan LDL kan. Kuantiti yang diperlukan adalah seperti di bawah:-


  • LDL (kolesterol jahat) ---> tidak melebihi 2.6 mg/dL
  • HDL (kolesterol baik) ----> mesti lebih dari 1 mg/dL
  • Jumlah total kolesterol ----> mesti kurang dari 5 mg/dL


Kalau orang yan biasa buat blood test & ada bahagian kolesterol tu, cuba perhatikan laporan tu dengan lebih terperinci ye. Pastikan yang LDL korang mesti tak lebih daripada kadar yang sepatutnya. Penyakit akan wujud disebabkan LDL yang tinggi.

Tahap LDL yang tinggi membawa kepada pembentukan kolesterol dalam arteri anda. (Arteri adalah saluran darah yang membawa darah dari jantung anda kepada badan anda.)

kolesterol HDL kadang-kadang dipanggil kolesterol "baik" kerana ia membawa kolesterol dari bahagian-bahagian lain badan anda kembali ke hati anda. Hati anda membuang kolesterol daripada badan.

Orang Gemuk Tinggi Kolesterol, Orang Kurus Rendah Kolesterol?


Untuk pengetahuan semua, kolesterol dalam badan tidak ditentukan oleh saiz badan ye. Badan besar ke badan kecik ke, boleh jadi kolesterol tinggi atau rendah. Ada orang yang kurus kering tapi kolesterol tinggi, ada pulak orang yang comel tembam tapi kolesterol rendah. So, apa yang menyumbang kepada kadar kolesterol ni?

Faktor-faktor yang menyumbang kepada tingginya  kolesterol seseorang :-


  1. Pemakanan. Ini adalah faktor yang paling dominan. Maklumlah negara kita ni memang makanan semua sedap-sedap kan. Roti canai, nasi lemak, ayam goreng (favourite saya ni). Semua ni membawa kepada meningkatnya kolesterol tidak baik. Jadi kurang-kuranglah ambil makanan bersantan dan bergoreng ni ya.
  2. Stress. Stress pun boleh membantu meningkatkan kolesterol jahat kita tau. So janganlah stress-stress. Amalkan gaya hidup sihat, bersenam, bersosial, beribadah, pergi bercuti dan sebagainya untuk menghilangkan stress.
  3. Merokok juga meningkatkan kolesterol di samping nikotin berbahaya. Apa lah kebaikan rokok ni kan sampai orang suka sangat..:p
  4. Hati yang tidak sihat. Ini melibatkan masalah kesihatan. Yang ni nak tau kena la pergi hospital atau klinik kan.
  5. Pengambilan alkohol & ubat-ubatan yang tidak dikawal - Alkohol tu satu hal la, memang dah tau tak elok. Ubat-ubat pun (kecuali yang diberi oleh doktor di hospital/klinik yang sah) tak boleh diambil secara membuta tuli, apatah lagi dalam jangkamasa yang panjang.

Apa itu Kolesterol Darah Tinggi?


Kolesterol darah tinggi adalah satu keadaan di mana anda mempunyai terlalu banyak kolesterol dalam darah anda. Keadaan ini biasanya tidak mempunyai tanda-tanda atau gejala. Oleh itu, ramai orang tidak tahu bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi.

Orang yang mempunyai kolesterol darah yang tinggi mempunyai peluang yang lebih besar untuk mendapat penyakit jantung koronari, juga dikenali sebagai penyakit arteri koronari. (Dalam artikel ini, "penyakit jantung" merujuk kepada penyakit jantung koronari.)

Semakin tinggi tahap kolesterol LDL dalam darah anda, lebih besar peluang anda mendapat penyakit jantung. Semakin tinggi tahap kolesterol HDL di dalam darah anda, lebih rendah peluang anda mendapat penyakit jantung.

Penyakit jantung koronari adalah suatu keadaan di mana plak terbina di dalam arteri (salur darah) koronari (jantung). Plak terdiri daripada kolesterol, lemak, kalsium, dan bahan-bahan lain yang terdapat di dalam darah. Apabila plak terbentuk dalam arteri, keadaan ini dipanggil aterosklerosis.

Bagaimana Mengawal Kolesterol?


Directly kita dapat kolesterol dari makanan kita, dan dari hati. Hati akan release kolesterol bila kita makan makanan yang mengandungi trans fat & lemak tepu. Apabila ada sel kita rosak, hati akan release kolesterol utk kerja-kerja penyembuhan. Apabila kita stress pun hati akan rembeskan kolesterol. Kalau kita tak kawal perkara-perkara tadi tu, hati kita terus supply kolesterol ke dalam blood stream (saluran darah). hmmm, masa tu walaupun jaga makan, kolesterol tinggi juga.

Badan kita ni perlukan penjagaan yg holistik atau keseluruhan. Kita tak boleh nak jaga satu part je, part lain kita biar. Semua sekali kena jaga.

Resveratrol Membantu Mengawal Kolesterol


Menurunkan kolesterol boleh membantu melambatkan, mengurangkan, atau bahkan menghentikan pembentukan plak dalam arteri anda. Ia juga boleh mengurangkan risiko plak pecah dan menyebabkan pembentukan darah beku yang berbahaya.

Selain mengurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak dan aktif bersenam, salah satu komponen yang boleh membantu anda menurunkan kolesterol adalah resveratrol. Resveratrol adalah bahan yang terdapat pada kulit anggur merah, yang boleh menghalang kerosakan pada saluran darah dengan mengurangkan risiko pembekuan darah dan menurunkan LDL. 



Antara yang boleh membekalkan resveratrol adalah wain merah. Selain tidak dibenarkan agama dan boleh menyebabkan pelbagai isu-isu kesihatan yang lain, alkohol bukanlah satu cadangan yang baik.

Namun, vivix boleh membantu memberikan anda resveratrol yang lebih tinggi daripada alkohol. 

Testimoni Vivix Bantu Kurangkan Kolesterol





Di mana Hendak Dapatkan Vivix?


Anda perlukan vivix, tapi tak tau nak cari kat mana? Dont worry, boleh dapat vivix daripada saya. Anda hanya perlu sms/whatsapp ke no 0127247497.


Kelebihan Beli Vivix Dengan Saya?


  • Anda akan menjadi ahli dengan percuma (twinpack offer)
  • Tiada caj post dikenakan
  • Mendapat cash RM 36 (jika anda mahu)
  • Mendapat khidmat konsultasi cara makan dan sebagainya
Yang penting, masalah anda setel, saya pun dah cukup gembira. Lekas contact saya guna no di bawah ye:


Syireen Halim
Pengedar Shaklee
0127247497.




2 ulasan:

  1. Untung tp kalau over tak elok la pulakk... Kin kat muka dah naik kolesterol yg putih2 tu... geram rasaaa. aihhh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kin..kalau over tak boleh...dah lama ke naik putih2 tu kin? InsyaAllah boleh rawat tu, ada kawan yang macam tu, now dah ok

      Padam