Khamis, April 28, 2016

[Hotel Review]Avillion Admiral Cove Indah Khabar Dari Rupa?

Sempena dengan cuti sekolah pada Mei nanti, tentu ramai tengah pening kepala nak cari hotel-hotel untuk bawa anak-anak dan family bercuti kan. So SH nak ambil kesempatan ni untuk tolong korang review sebuah hotel yang SH duduk semasa berkursus baru-baru ni.  Kalau sebelum ni SH ada review tentang Carlton Hotel di Shah Alam, kali ni SH nak review tentang sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan iaitu Avillion Admiral Cove. So, kalau korang nak tau samada hotel ni perlu korang shortlisted atau tidak kalau nak bercuti di PD, jom baca entri SH ni sampai habis okeh.

Mula-mula dengar nama hotel ni, wah macam gah jer. Bila dah sampai, sekali lagi wahhh memang gah pun. Memang indah khabar sama macam rupa, cuma bab makan ada kureng sikit. Tapi korang baca dulu la review SH ni yer, lepas tu nilai sendiri k.


Lokasi


Dari segi lokasi, Avillion Admiral Cove ni boleh dikatakan senang juga dicari. Berdekatan dengan Teluk Kemang, Port Dickson. Korang boleh juga google maps dan search "Avillion Admiral Cove"

Bilik


Ok, bilik ni yang SH nak cerita sangat ni. Bilik dia memang cun sangat lah dan SH suka sangat. Kalau untuk family ok sebab biliknya luas. 



View / Pemandangan


Ok, 2nd thing yang best tentang Avillion Admiral Cove ni adalah pemandangannya yang sangat cantik. Ini memandangkan kedudukannya yang berdekatan dengan pantai dan bersebelahan Marina Bay. Kalau korang nak naik boat kat situ pun boleh, tapi kena bayar RM250-300. Siapa yang suka mandi manda tu boleh jalan kaki jer ke pantai.

Selain pantai, korang juga boleh bawa anak mandi manda di kolam renang yang terdapat di hotel. Cantik sangat.








Makan


Bab makan ni subjektif kan? Ada orang rasa sedap, tapi ada orang rasa tak sedap. Anyway bagi SH makanan dia adalah so-so sahaja. So, kalau korang jenis cerewet makan, SH tak rasa korang akan puas hati dengan makanan dia, especially the seafood. Tapi sorry sebab SH tak dapat ambil banyak gambar makanan di sini.


Parking


Daripada segi parking, takde masalah. Ada di level bawah dan level lobby. Tapi parking di level lobby tu biasa la agak limited sebab dekat dengan pintu hotel. Tapi dont worry boleh panggil pekerja hotel untuk bantu korang angkat barang korang yang banyak tu. hehehe.


Harga


Daripada segi harga, SH tak dapat nak bagitau sebab SH pergi by pakej dan dibayar oleh pihak penganjur. Tapi korang boleh tengok pakej nya di sini


Kesimpulan


Kesimpulannya, hotel ni boleh korang shortlistkan untuk dijadikan salah satu tempat percutian masa cuti sekolah nanti. Kalau bab makan tu. SH rasa takdela teruk sangat makanan dia, cuma mungkin untuk sesetengah orang tak up to the expectation la, anyway once again bab makan adalah subjektif.

Nak rate berapa yer??? Hurmmm 3.8 star out of 5 kot ;)


Gambar 


Jom kita layan gambar-gambar pemandangan di Avillion Admiral Cove yang indah tu. Cewwahh. 








   





  






2 ulasan:

  1. Dah pernah gi hotel ni masa kursus anjuran office tahun lepas, bilik dia okey, besar..saya & husben dpt bilik yang aircond problem..pihak hotel tukarkan bilik lain..dari segi makanan, untuk saya okey je..sedap..saya tak cerewet..janji tekak boleh masuk..hehe..tapi yang best hotel ni, view dia kot..dekat dengan tempat kapal2 layar parking..cantik sangat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah kan...cantik sangat...memang tenang la :-)

      Padam