Ahad, April 17, 2016

Kenapa Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016 WOW?

"Wow", itulah satu perkataan jika SH diminta untuk menggambarkan tentang penganjuran program oleh Denaihati Network di bawah pimpinan Tuan Amir Denaihati iaitu program Sepetang Bersama Blogger 2016 atau lebih dikenal dengan SBB2016 yang telah berlansung semalam, 16 April 2016. Apa yang wow tentang program SBB2016 ni? Kalau nak tau, jom teruskan membaca ok ;-)

Bersama sebahagian blogger wanita BBN bergambar di kotak lensa.


BBN Bersama Founder Denaihati, Tuan Amir

Actually Sbb2016 ini bukanlah kali pertama diadakan, malahan sudah pun masuk tahun yang kelima penganjuran. Tapi SH baru jer tau tentang sbb2016 ni pada tahun ini. Itupun melalui group whatsapp rakan blogger BBN. Lagipun SH pun baru sahaja terlibat dalam dunia blogging pada tahun 2014 iaitu semasa mula-mula menyertai Shaklee sehinggalah hari ni. Terima kasih Shaklee. :-)


Bersama otai blogger, tuan Hasrul Hassan dan ahli BBN yang lain

Highlights SBB2016


Ok berbalik kepada cerita tentang Sbb2016 tadi, korang mesti tazabbar nak tau kenapa SH kata program ni WOW kan? So, SH highlight kan beberapa perkara menarik tentang SBB2016.

Pengacara Majlis yang happening


Pengacara majlis sbb2016 ni sangat happening dan pandai mengawal majlis. Mana tidaknya, dalam keadaan bising-bising dan pelbagai karenah para crowd, ternyata beliau mampu mengawal keadaan dan juga dapat melibatkan penyertaan seluruh dewan apabila beliau sendiri bergerak dan tidak statik di bahagian depan sahaja.

Tempat yang selesa


Kalau korang nak tau, penganjuran sbb2016 pada kali ini bertempat di Dewan Campbell, Kuala Lumpur. Dewan nya cantik, selesa, besar dan mudah nak cari iaitu bersebelahan dengan Balai Polis Dang Wangi. Bagi orang luar KL macam SH ni, boleh jer datang berpandukan google maps. Parking ada di Level 4, iaitu di aras dewan itu sendiri. Tempat solat pun dekat, toilet pun dekat. So tiada masalah daripada segi tempat. Awesome.


Panel yang terkenal dan terkemuka


Antara acara yang SH tunggu-tungu adalah talk daripada penceramah jemputan. Antara penceramah yang hadir ialah Pakar Copywriting Tuan Aqif Azizan, Pakar Hartanah Abang Ensem, Sifu Blogger Tuan Hasrul Hassan, The real millionaire Tuan Ismail Ani dan ramai lagi nama-nama besar.

Selain itu, para penaja juga turut memberikan ucapan antaranya wakil daripada MDEC, Richworks, Zeeta dan beberapa penaja yang lain.

Yang paling ditunggu-tunggu ialah kemunculan artis-artis tanah air iaitu Norman Hakim bersama isteri Memey Suhaiza dan juga Hero Malaya Adi Putra.

Sempat lagi SH bergambar dengan Norman dan Memey yang tak sombong dan sopan


Hadiah yang lumayan


Satu la yang SH terkejut sangat ialah apabila mendengar hadiah-hadiah yang diumumkan semasa upacara cabutan bertuah. Memang sangat-sangat bertuah la sesiapa yang dapat tu kan.

Antara hadiah utama cabutan bertuah ialah smart phone lenovo, TV LCD dan juga pakej umrah. Hebat kan? Pakej umrah telah dimenangi oleh rakan blogger bicara makan yang juga blogger BBN iaitu saudara Mahamahu, manakala TV LCD turut dimenangi oleh blogger BBN iaitu saudara Zakwan. Tahniah SH ucapkan.

meja 11 banyak dapat hadiah tau
 
Selain hadiah cabutan bertuah, banyak lagi hadiah-hadiah sampingan yang diberi oleh pihak penaja yang baik hati sepanjang program diadakan. Antaranya ialah Amna Home, Yeos, Las Copaque, Mdec, Zeeta dan ramai lagi.

Cuma takde rezeki SH la kan, nak dapat hadiah cabutan bertuah. Tapi SH still tak pulang dengan tangan kosong tau sebab dalam goodies bag yang diberi kepada peserta memang dah cukup banyak hadiah dan macam-macam adaaa...

SH juga dapat hadiah dari rakan blogger BBN yang jelita iaitu Dhia Vivadea yang menghadiahkan SH dan beberapa blogger wanita BBN yang lain dengan inner yang sangat cantik, stylo dan comfy. Nnt SH buat review tentang inner neck tu di entri yang lain ya.


Inner Pemberian Dhia - boleh pergi ke FB Dhia Vivadea beliau untuk pembelian

Crowd yang happening

Walaupun SH rasa baru dan tak berapa nak famous macam blogger2 yang lain, tapi SH tak terasa terasing berada di dalam majlis itu dek kerana kemeriahan majlis tersebut.

Jadi kepada blogger-blogger baru yang yang ada rasa segan-segan nak pergi macam SH hari tu, buang lah perasaan tu, pergi dulu dan rasai sendiri kehebatan dan kehangatan program sbb sendiri. Cewwah, tahun depan mungkin?


Bersama group BBN yang supportive dan Uncle Gedek


Networking yang mahal


Salah satu sebab kenapa kita patut ke sbb ni adalah networking yang wujud di antara blogger, usahawan dan juga selebriti yang wujud di dalam majlis tersebut.

Pada SH program ini bukan sengaja dibuat, namun ia nya bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara blogger dan usahawan serta menambahkan jaringan persahabatan di kalangan blogger itu sendiri.

Kerana untuk berjaya, networking adalah sesuatu yang sangat penting.


Adi Putra dengan blogger

Ilmu yang bermanfaat


Pada SH, sbb juga adalah majlis ilmu. Ini adalah kerana semua jemputan yang hadir memberikan tips bagaimana blogger boleh menjana pendapatan melalui blog mereka.

Banyak tips yang diberikan kepada blogger yang diberikan secara santai tapi sangat berharga jika dilaksanakan. Bagi SH sendiri yang merupakan pengedar Shaklee di Malaysia, blog merupakan medium terbaik untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Ilmu yang diberikan semasa program sangatlah membantu SH sebagai seorang usahawan network marketing.

Gambar beramai-ramai sebelum bersurai

Kesimpulan


Secara peribadi program SBB2016 ini telah banyak membuka mata SH tentang ruang dan peluang untuk menjana pendapatan sebagai seorang blogger dan usahawan.

Program ini juga dapat membuka mata masyarakat tentang peri penting kehadiran blogger di kalangan masyarakat.

Program ini sangat penting bagi mengukuhkan jaringan kerjasama sesama blogger, blogger dengan usahawan, serta blogger dengan selebriti.

Kepada yang tak berkesempatan untuk ke sbb2016, insyaAllah boleh plan ke sbb2017 pula, insyaAllah.

SH juga nak mengucapkan terima kasih kepada team blogger BBN yang happening dan sangat friendly. Moga ukhuwah ini terus mendapat rahmat daripada nya.


Gambar-gambar Sepanjang Program


Jom SH belanja sedikit gambar sepanjang program ok :-)

tumpang gambo dengan adi putra..hihi
 


 

 

Bersama dengan Mia dan Abg Kamil

Bersama Kak Diana, Kak Yana Halim dan Aien

Bersama Seri Nian - Rakan blogger dan rakan sekerja



Gambar solo la pulak

Bersama Aien dan Tuan Kamil

28 ulasan:

  1. Sangat best. Alhamdulillah dapat join taun ni. Salam kenal

    BalasPadam
  2. bestnya dapat join.. saya belum ada peluang nak join event DH

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah ada peluang lain Nik :-)

      Padam
  3. Wheee! Muka uncle ada kat sini…! Yeay!

    BalasPadam
  4. Macehh kak syireen..buat review inner kita..hihihi..Nak buat post pasal sbb tak smpt2 lagi nih..heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. ame2 dhia yg comel..hihi..brg baik kena share la kan :-) buat cepat, nnt nak terjahhh..

      Padam
  5. Wah, banyaknya gambar. Lagi best, dalam banyak banyak tu ada juga sekeping gambar Mek ila haha. Salam perkenalan.

    BalasPadam
  6. Dalam kenalan daripada rakan yang hadir sama di SBB 2016... salam kenalan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenalan madi, walaupun dah satu grup wasap dalam bbn..hehe

      Padam
  7. Event macam ni memang tak boleh nak join la hari tu sebab takda sapa nak tolong jagakan anak2 kecik ni

    BalasPadam
  8. SBB tak pernah tak best setiap tahun! Terbaik sentiasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahun depan nak join lg, insyaAllah :-)

      Padam
  9. hehehehe.. jangan malu tau.. sebab ni adalah masa yang sangat terbaik untuk luaskan network.. hehe

    BalasPadam
  10. best best .... awatnya muka saya cam tu ye kihkihkihkih sabar je lahhh
    apa pun mmg sangat best dapat jumpa ramai org

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah kan...mesra je semua wpun x kenal

      Padam
  11. Untunglah dpt bergambo dgn retis...huhuhu.

    Thn dpan ada lagi jgn lupa dtg tau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi...retis tu untung bergambo dengan saya..hihi...insyaAllah ada rezeki nak gi lagi tahun depan...kali ni semeja dengan HH pulak.hehe

      Padam
  12. uncle zuan hanya jadi cameo je untuk hari tu hehe

    BalasPadam
  13. Tahniah SH dah tahu suasana di SBb2016 ni. Teruja dapat berkenalan dengan SH. orangnya cool dan peramah.

    Moga ada rezeki bolehlah dapat lucky draw nanti.

    Moga kita berjumpa lagi di lain event terutama untuk Geng BBN yang sentuiasa memberi support kepada ahlinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mekasih tuan kamil sebab selalu support nubies mcm sy..:-)

      Padam