Selasa, Ogos 02, 2016

11 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Shaklee Headquarters Di Pleasanton California

Shaklee bukan sahaja menghasil dan memasarkan produk yang selamat, berkesan dan semulajadi, malah shaklee begitu komited sekali dalam menjaga alam sekitar. Ini dibuktikan sendiri dengan rekaan dan binaan Shaklee Headquarters di Pleasanton California.

Shaklee Headquarters Pleasanton, California


11 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG BANGUNAN HQ SHAKLEE DI PLEASANTON, CALIFORNIA


1) Bangunan hq shaklee telah direka oleh arkitek terkenal dunia iaitu Gensler dalam keadaan mesra-manusia dan mesra-alam yang menunjukkan komitmen shaklee untuk menjaga alam sekitar.

2) Tidak kira di mana sahaja anda berada di dalam bangunan (shaklee), anda akan dapat melihat langit, pokok, bukit dan padang. Rekabentuk arkitek yang maju telah berjaya membawa keindahan dunia luar ke dalam bangunan dengan pencahayaan semulajadi, bahan semulajadi dan warna semulajadi.

3) Bahan bangunan yang lestari seperti panel kayu dan pintu yang dituai dari hutan mapan yang disahkan.

4) Hamparan permaidani yang diperbuat daripada bahan kitar semula

5) Kerusi-kerusi yang diperbuat daripada bahan kitar semula.

6) Lanskap tanah yang terdiri daripada himpunan tumbuhan-tumbuhan herba yang dijaga dengan teliti melambangkan bahan-bahan botani yang digunakan di dalam produk kami.

7) Pengesan gerakan yang akan menghidupkan dan mematikan peralatan serta cahaya secara automatik digunakan untuk menjimatkan penggunaan tenaga.

8) Tetingkap dikawal oleh sensor elektronik yang membenarkan 80% cahaya yang masuk ke dalam bangunan dan dalam masa yang sama melindungi ruang dalaman bangunan daripada kepanasan.

9) Kaca jenis rendah-E digunakan di dalam bangunan untuk menggalakkan kecekapan tenaga yang maksimum

10) Pengudaraan bawah lantai digunakan untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan meningkatkan kualiti dalaman bangunan.

11) Orientasi tapak yang bijak dan berdekatan dengan pengangkutan awam





0 comments:

Catat Ulasan