Sabtu, Ogos 13, 2016

Bina bisnes atau empayar?

Business is not just a selling and buying process...it is even more than that!

Bisnes adalah apabila kita mula memberi nilai. Memberi nilai yang baik kepada customer dan juga memberi nilai tambah kepada bisnes partner kita. Ini adalah salah satu proses mengembangkan empayar bisnes kita.



Sesiapa sahaja boleh membina bisnes tapi tidak semua mampu membina sebuah empayar. Bisnes boleh dibina di dalam satu hari, tetapi tidak empayar.

Membina empayar merupakan proses ulangan setiap hari tanpa kenal erti jemu kerana empayar bisnes tidak dapat dibina di dalam suatu hari.

Menambah bisnes partner, mendidik mereka, menanamkan sifat leadership kepada mereka adalah salah satu proses mengembangkan empayar. Istilahnya leader melahirkan leader. Jika anda hanya memikirkan kejayaan jangka pendek, membina bisnes sudah cukup buat anda. Tapi jika anda inginkan kejayaan jangka panjang yang boleh diwarisi kepada anak pinak anda, anda perlu membina empayar. Jangan malas jangan berhenti! Kerana empayar bisnes anda adalah legasi anda!

#dreambigteam #empayar #legasi


2 ulasan:

  1. setuju snagat..dan utk bina empayar diri kene kuat dan kental..belajar untuk move out from comfort zone

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu yana...cabaran utama untuk kita berjaya...step out from our comfort zone

      Padam