Khamis, Ogos 04, 2016

Kisah Cinta Tiga Segi Saya

Semua orang ada kisah cinta masing-masing, termasukla saya. Hari ni saya nak cerita kisah cinta tiga segi saya dengan Brian dan Becham...siapa mereka berdua ni???? Mereka berdua adalah anak kucing pertama belaan saya sendiri tau!

Brian dan becham di rumah baru





Sebelum ni saya tak pernah bela kucing di rumah sendiri tau walaupun kat rumah mak abah dulu sampai sekarang memang kucing tu wajib ada. Malahan adik beradik saya semua hantu kucing. Kadang-kadang sampai takleh beza mana orang mana kucing.

Saya pulak jenis suka main jer kucing tu, tapi malas nak uruskan makan minum dan basuh ehem-ehem mereka tu kan. Until one day Brian dan Becham dilahirkan di hadapan rumah saya, dan pintu hati saya terbuka luas untuk membela mereka.hihi...

Bermula la era saya membela kucing sendiri. So pergila saya ke pet shop mencari cage, tempat makan, tempat membuang, pasir dan carrier supaya senang saya bawa mereka balik kampung nanti. Even Ian dan Ecem (nama timangan bagi Brian dan Beckham) kedua-duanya jantan, tapi carrier diorang warna pink hokay (takde dalam gambar).

Orang yang meneman saya ke Pet Shop ialah Along. Siap bagi saya rm20 lagi buat tambah duit beli cage. Haha. 

So sekarang ni kalau balik rumah benda first yang akan saya buat ialah pergi ke cage Ian dan Ecem. Hehe. Hidup saya lebih bermakna sekarang. Haha.

Ok lah, nanti saya update lagi cerita tentang buah hati saya ni ye. :)


7 ulasan:

  1. Balasan
    1. Untunglah Ian & Ecam dapat syireen sbgi buah hati..Lepas nie konpem bertambah accessori diorangkan...

      Padam
    2. Ema tu la...hihi...seronok tgk diorg

      Padam
  2. Balasan
    1. Nik...haha...cepat jer bab2 cinta ni ea...hihi

      Padam
    2. Nik...haha...cepat jer bab2 cinta ni ea...hihi

      Padam