Selasa, Ogos 16, 2016

Tips Mudah Penjagaan Kulit Buat Para Wanita

Kalau wanita bab jaga kulit ni memang no.1. So saya nak share sikit tips mudah penjagaan kulit dengan korang semua. ☺

Klik di sini untuk dapatkan teknik facial di rumah yang betul!

25 Petua Penjagaan Muka Secara Tradisional
Source Gambar : http://www.notainfo.com/2015/04/25-petua-penjagaan-muka-secara-tradisional/


1) Menggunakan Make Up remover - sebelum mencuci muka, biasakan diri guna make up remover. Even tak heavy bersolek, tapi tepek2 bedak pun kena juga pakai make up remover ni, apatahlagi yang heavy make up. Kenapa penting make up remover ni? Untuk bersihkan segala kotoran pada wajah peringkat pertama. At least bila dah masuk fasa membersih (cleansing), cuciannya akan jadi lebih dalam. Normally make up remover ni kita tak pakai air, just letakkan make up remover dekat kapas dan bersihkan muka.
2) Mencuci Muka - lepas menggunakan make up remover kita kena cuci muka dengan cleanser. Cuci muka ni adalah part paling WAJIB sekali. Kalau benda lain tak mampu buat, please lah spend time untuk cuci muka. Mencuci muka kita ni penting untuk memastikan segala kotoran di muka kita keluar. Kalau tak keluar lama kelamaan kotoran ni akan tersumbat di liang roma muka hingga mewujudkan jerawat.

3) UV Protection - Gunakanlah krim pelindung uv bagi mengelakkan pendedahan secara terus kepada cahaya matahari. Pendedahan terlalu lama kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kewujudan jeragat pada kulit terutama mereka yang berkulit cerah. Tapi awas jangan menggunakan UV protection terlalu tinggi kerana bahan kimianya turut tinggi.

4) Krim Malam - Sama seperti organ badan yang lain, kulit juga perlukan rehat di waktu malam. So ketika ini gunakanlah krim malam untuk membaiki kulit yang seharian terdedah kepada uv dan radikal bebas yang lain.

Selain tips di atas, BANYAKKAN JUGA MINUM AIR KOSONG bagi melembapkan kulit. Pemakanan yang seimbang, pengambilan vitamin C dan vitamin E juga mampu mengekalkan kecantikan dan kelembapan kulit.

Cuma pesan saya, sekiranya ingin mendapatkan skincare, carilah yang berasaskan bahan-bahan semulajadi. Elakkan lah mahu cantik cepat dengan menggadaikan kesihatan kita. ☺☺

#tsunamishaklee #teamrock

2 ulasan:

  1. minum air kosong tu penting.. nanti kulit kering.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Exactly nik...tapi tu la paling susah nak konsisten...kena buat jadual minum air...

      Padam