Khamis, September 15, 2016

Landmark Study Omongan Kosong Pengedar Shaklee Nak Lakukan Produk?

Landmark Study omongan kosong pengedar shaklee nak lakukan produk? Kalau anda adalah salah seorang yang berfikiran begitu, mungkin penulisan saya ini dapat memberikan fakta untuk membantu anda membuat sedikit analisis berkaitan landmark study shaklee ini.



Apa Sebenarnya Landmark Study?


Landmark study shaklee ini ialah kajian nutrisi yang pertama sekali direka untuk menilai kebaikan dan juga risiko penggunaan beberapa jenis suplemen dalam satu masa untuk jangkamasa yang panjang.

Yelah, orang selalu sebut makan vitamin banyak-banyak tak elok, boleh rosakkan buah pinggang dan sebagainya. Tapi vitamin macam mana yang di makan tu? Bagaimana dengan gaya hidup mereka pula?

Kenapa Landmark Study ni Penting Sangat?




Kebanyakan kajian yang pernah dijalankan sebelum ini adalah untuk jangkamasa pendek sedangkan penyakit memerlukan 10-30 tahun untuk terbentuk.

Namun di dalam landmark study ini, kajian telah pun dibuat untuk menguji kebaikan penggunaan suplemen melebihi 20 tahun.

Kajian ini merupakan kajian pertama yang melihat sejauh mana selamatnya mengambil  beberapa jenis suplemen dalam masa yang panjang.


Siapa yang menjalankan landmark study ini?


Ia dijalankan oleh Dr. Gladys Block bersama dengan kumpulan pengkajinya daripada University California di Berkeley. Dr Block merupakan salah seorang saintis yang terkenal di dunia di dalam bidang penilaian nutrisi.

Beliau yang merupakan seorang epidimiologist terkenal di U.S.A telah menerbitkan beratus-ratus penerbitan. Boleh google tentang Dr Gladys Block ni kalau korang nak tau betapa kompetennya beliau untuk melaksanakan landmark study ini.

Bagaimana landmark study ini dijalankan?




Landmark study ini dijalankan sepenuhnya oleh Dr Block yang merupakan seorang yang tidak mempunyai kepentingan di shaklee. Kajian yang dijalankan tetap akan dipublish walaupun keputusan kajian tidak memihak kepada shaklee!

Sah ke Kajian Ni? Kat Mana Ia Diterbitkan?


Semua kajian yang dilakukan akan disemak apabila diterbitkan. Malahan kajian yang dijalankan di universiti Berkeley akan disemak dan disahkan oleh saintis-saintis lain. 

Kenapa Shaklee buat Landmark Study ni sedangkan ianya berisiko untuk produk shaklee jika hasil kajian tidak memihak kepada shaklee?

Kalau korang nak tau, syarikat shaklee ni telah dipilih dan dijemput untuk melaksanakan kajian ni.

Yang paling best Dr Block ni sendiri yang pilih Shaklee untuk dia buat landmark study tentang samada pengamalan supplement secara holistik dalam jangkamasa panjang berkesan dan selamat.

Dr Block memilih Shaklee kerana 2 sebab :

1) reputasi Shaklee dari segi kualiti dan integriti sebagai sebuah syarikat vitamin

2) shaklee mempunyai kumpulan populasi manusia yang mengambil suplemen ini untuk jangkamasa lama - jangkamasa yang cukup diperlukan untuk kajian ini dijalankan.

Kalau Roger Barnett as a CEO Shaklee tak percaya dengan kualiti produk beliau, korang rasa dia akan terima ke tawaran Dr Block? Sebab hasil daripada landmark study ini tetap akan diterbitkan tak kira keputusannya  berpihak pada Shaklee atau tidak.

Roger Barnett yang merupakan ceo shaklee ambil risiko ini kerana beliau sendiri mahukan DATA SAINTIFIK, yang membuktikan bahawa supplement shaklee adalah berkesan dan lebih bagus berbanding jenama lain.

Apakah Metodologi / Bentuk Kajian?


Landmark study shaklee telah dijalankan untuk tiga kumpulan manusia iaitu :

1) pengguna vitamin shaklee yang telah menggunakan shaklee selama lebih 20 tahun

2) pengguna vitamin lain

3) tidak mengambil vitamin lansung

Setiap kumpulan terdiri daripada 1000 responden

Bagaimana Keputusan Landmark Study Shaklee?





Yang berwarna biru adalah mereka yang tidak ambil apa-apa supplement, yang berwarna merah menunjukkan mereka yang mengambil multivitamin selain shaklee, manakala graf warna hijau menunjukkan pengguna vitamin shaklee.

Daripada graf kita boleh nampak pengguna vitamin shaklee paling rendah mengidap diabetes, menghadapi serangan jantung, berisiko kegagalan jantung, risiko strok dan lain2.

Cuma pengguna vitamin shaklee mempunyai HDL yang tinggi berbanding yang lain. Untuk pengetahuan HDL adalah kolesterol baik.

Fuhhh macam viva master lak present graf bagai...bukti shaklee bukan vitamin picisan atau cikai tau☺

Kesimpulan


Tak semua company sanggup buat landmark study ni kerana ia sangat komprehensif dan serius. But shaklee go for it, of course sebab shaklee yakin dengan kualiti produknya dan ini terbukti dengan kajian yang dijalankan oleh Dr Block ini.

So lepas ni harap tak timbul lagi soal tak boleh makan vitamin sebab takut side effect. Vitamin lain tak tau lah, but for vitamin shaklee, landmark study ini membuktikan pengambilan vitamin shaklee more than 20 years telah berjaya meningkatkan kesihatan pengguna.

Sebagai pengedar Shaklee, kami hanya berkongsi landmark study ini kepada masyarakat untuk sama-sama membuka minda masyarakat agar memilih supplemen yang betul-betul memberi impak dan tidak mendatangkan kesan buruk pada masa akan datang.

Manakala keberkesanan suplemen itu sendiri tidak bergantung sepenuhnya hanya kepada suplemen itu, tapi gaya hidup sihat dan corak pemakanan yang sederhana juga perlu untuk menjamin kesihatan berpanjangan.

Syireen Halim
Id : 988088
Sms/wa : 0127247497

#tsunamishaklee #landmarkstudy #teamrock


0 comments:

Catat Ulasan