Sabtu, Januari 07, 2017

Nama Group Shaklee Saya Yang Awesome

Nama group shaklee saya ialah Dare to Dream atau D2D. Group ni adalah team saya atau family saya yang bekerja bersama-sama untuk menggapai impian kami. Kenapa dare to dream? Supaya semua orang berani untuk bermimpi dan memiliki cita-cita hebat.

Keluarga saya belum terlalu besar lagi, lebih kurang 20 - 30 orang anak cucu. Namun hari ni saya nak bercerita tentang anak sulong dan anak kedua saya dalam bisnes ini.


Kisah 2 Orang Downline Saya Yang Hebat
==================================

Hari ni terasa nak cerita tentang 2 org downline atau biz partner sy dalam shaklee yang saya kagumi - iaitu nana Radin Mas Nyawa dan juwin Juhaina Mohamad.

Banyak persamaan diorang berdua ni. Persamaan yang pasti mereka berdua adalah rakan rapat saya dan rakan sekerja saya. 😍😍

Apa yang  buat saya kagum tentang mereka berdua adalah semangat kuat mereka dalam biz ini walaupun masing2 sangat sibuk dengan kerjaya dan menguruskan keluarga apatahlagi kedua2 mereka masih mempunyai anak kecil.

Namun apa yang saya nampak mereka berdua sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk berjaya dalam bisnes ini - bukan untuk mereka, tetapi UNTUK SUAMI DAN ANAK2 MEREKA.

Walaupun banyak kekangan masa sebagai isteri dan ibu yang berkerjaya, tapi demi untuk menyediakan masa depan yang baik untuk anak2 dan keluarga mereka, mereka sanggup meluangkan masa untuk pergi ke kelas bagi meningkatkan ilmu masing2.

Mereka berdua sangat konsisten dalam bisnes ini dan tak pernah mengeluh walaupun bisnes shaklee ini bukan lah sebuah bisnes yang menjanjikan pulangan yang cepat. Namun ia adalah sebuah legasi dan perigi yang perlu digali hari demi hari. Apabila tiba masa perigi mula mengeluarkan air, insyaAllah sedikit2 kejayaan akan mula menonjolkan diri.

Apa pun saya yakin bahawa segala usaha dan penat lelah mereka selama ini tak akan sia-sia dan mendapat pandangan daripadaNya. Suatu hari nanti saya percaya mereka berdua akan jadi leader hebat saya. Doa saya sentiasa bersama mereka.

Moga ukhuwah kami akan kekal selama2nya...amin...

#mydownline #mybizpartner #nanajuwin #tsunamishaklee #teamrock

3 ulasan: