Rabu, Januari 04, 2017

Pengaruh Pemakanan Terhadap Perkembangan Kanak-kanak Era Baru

Di zaman kini, kita tidak dapat lagi menafikan prngaruh pemakanan terhadap perkembangan kanak-kanak. Ini terbukti dengan salah satu penemuan penting daripada kumpulan Penyelidikan Nutrisi Asia Tenggara (Seanuts) yang menjalankan kajian kesihatan dan pemakanan kanak-kanak di Indonesia, Thailand, Vietnam dan Malaysia yang menunjukkan tahap kecerdasan IQ dan prestasi kognitif kanak-kanak dipengaruhi status pemakanan mereka.


Manakala di Malaysia sendiri, hasil kajian menunjukkan kanak-kanak yang tidak cukup nutrisi akan berhadapan dengan masalah kekurangan berat badan, tubuh kurus dan ketinggian terbantut. Bagi mereka yang berlebihan nutrisi pula akan ada masalah sebaliknya seperti obesiti dan mempunyai kebarangkalian lebih tinggi berada pada tahap IQ yang rendah.

Kajian ini telah dilakukan oleh Dr. Ng Lai Oon, Profesor Madya di Jabatan Psikologi Universiti Sunway yang juga Penyiasat Perkembangan Kognitif untuk kajian SEANUTS - Southeast Asian Nutrition Surveys - yang telah pun membuat kajian ke atas kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun di Indonesia, Thailand, Vietnam dan Malaysia mengenai hubungan antara status pemakanan dan prestasi kognitif mereka.

Bukan itu sahaja, hasil kajian pakar dalam bidang psikologi, pemakanan dan pediatrik mencetuskan kebimbangan mengenai tahap pengetahuan ibu bapa dalam menyediakan makanan berkhasiat untuk anak mereka. Ini menunjukkan kesedaran tentang makanan sihat masih lagi kurang memberansangkan di kalangan ibu bapa di Malaysia.

Peranan Ibu Bapa Dalam Menyediakan Makanan Yang Sihat Untuk Kanak-kanak

Ibu bapa seharusnya menyediakan pemakanan seimbang sesuai keperluan peringkat tumbesaran anak bukan saja untuk fizikal malah perkembangan mental yang sihat.

Pemakanan merupakan faktor penting yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan berterusan mengikut peringkat umur kanak-kanak.

Kekurangan makanan yang sihat boleh mengakibatkan pelbagai masalah kepada kanak-kanak antaranya pertumbuhan fizikal terbantut, perkembangan otak yang perlahan serta mengurangkan sistem imunisasi badan. Kajian menunjukkan pemakanan memberi kesan terhadap pembangunan mental dan kepintaran kanak-kanak.

Mengawasi Perkembangan Kanak-kanak

Menurut Dr. Ng, kanak-kanak belajar secara aktif dan pembangunan kognitif merujuk kepada bagaimana kanak-kanak mengumpul, mengasingkan dan memproses maklumat sekeliling mereka, dan menggunakan maklumat itu untuk melihat, memahami serta mempelajari tentang dunia mereka.

Dalam erti kata lain, kanak-kanak belajar dan memperoleh kepintaran dan kecerdikan semasa mental mereka sedang berkembang. 

Ada beberapa pencapaian penting yang ibu bapa harus perhatikan terhadap anak-anak mereka, termasuklah pencapaian mental, fizikal, emosi dan sosial. Ibu bapa perlu mengawasi perkembangan dan pencapaian anak mereka secara keseluruhan.

Khasiat Nutrisi Dalam Membantu Menyokong Perkembangan Kanak-kanak

Khasiat nutrisi boleh membantu menyokong perkembangan mental kanak-kanak. Khasiat yang betul membantu membina otak, rangsangan daripada ibu bapa dan penjaga membantu memperkembangkan sifat ingin tahu, mahu meneroka, kreativiti dan pembelajaran atau meningkatkan kebijaksanaan mereka.

Nutrisi yang berbeza diperlukan pada pelbagai peringkat perkembangan untuk otak yang sihat dan aktif. Menurut Dr Poh, “Penting bagi kanak-kanak membina otak dan sistem ototnya untuk membolehkan mereka berjalan dan bercakap. Terdapat pelbagai khasiat penting yang boleh menyokong perkembangan otak dan proses tumbesaran mereka seperti protein, asid amino, DHA, magnesium, vitamin B dan kalsium,” katanya.

Dr. Poh berkata, khasiat-khasiat ini memainkan peranan penting dalam menyokong proses perkembangan mental kerana ia juga berkait rapat dengan prestasi tingkah laku.

“Sebagai contohnya, magnesium memainkan peranan dalam proses pembelajaran dan daya ingatan serta penting untuk tenaga bagi otak: ini dapat membantu kanak-kanak berusia empat tahun ke atas yang belajar cara untuk mengadaptasikan apa yang dipelajari melalui proses kreatif. Selain membantu pertumbuhan tulang dan melancarkan fungsi otot, Vitamin D sebenarnya melindungi mata dan daya penglihatan kanak-kanak, iaitu alat penting untuk sifat ingin tahunya,”

Suplemen Terbaik Untuk Anak Anda

Daripada perbincangan di atas, kita tahu bahawa khasiat nutrisi sangat diperlukan oleh anak-anak kita.

Di samping makanan yang sihat, kita juga perlu memberikan suplemen yang bersesuaian bagi membantu anak kita membesar dengan lebih sihat dari segi mental dan fizikal.

Berikut adalah antara suplemen yang disarankan untuk kanak-kanak :


1) vitalea for children - membantu melengkapkan vitamin anak anda

Untuk Kanak-kanak 4 tahun ke atas 

Membekalkan 19 vitamin dan mineral perlu 

Sumber kalsium Pembina tulang 

Baik untuk kesihatan Bekalan harian untuk vitamin B

terdiri daripada 100% vitamin C,D,E dan 8 jenis vitamin B

200mg adalah Kalsium, Magnesium, Zink, Copper dan banyak lagi.

Perasa semulajadi xylitol yang tidak menyumbang kepada kerosakan gigi.

Tiada perasa tiruan, pemanis dan bahan pengawet

Gluten FREE - rasa semulajadi anggur

Menguatkan sistem imun 

Didatangkan dalam bentuk mudah kunyah (chewable)

2) mealshakes - mengatasi masalah sembelit dan kurang selera makan

Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan 

Kaya dengan sumber kalsium dan protein 

Amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat 

Pilihan protein soya terbaik kanak-kanak 

3) vitamin c chewable - baik untuk melindungi gusi dan meningkatkan imun badan

Meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber bukan daging 

Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta struktur am tubuh badan 

Sesuai untuk kanak-kanak atau dewasa yang sukar menelan tablet 

Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan 

Rasa sitrus yang hebat

4) omega guard - membantu meningkatkan kemampuan otak kanak-kanak melalui kandungan epa dan dha

Amat penting bagi perkembangan dan fungsi otak 

Meningkatkan sistem imunisasi 

Menapis segala virus dan bakteria daripada badan 

Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sejak kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.

Anda boleh dapatkan set vitamin kanak-kanak ini dengan menghubungi no di bawah :

Sms/whatsapp 0127247497


0 comments:

Catat Ulasan