Khamis, April 13, 2017

Gema Gegar Vaganza Episod 1 Mengimbau Kenangan Terindah

Baru berpeluang menonton gema gegar vaganza...Tetiber rasa excited and adrenalin mengalir laju bila sesi introduce peserta...Ternyata benar Gema Gegar Vaganza Episod 1 Mengimbau Kenangan Terindah...

My All Time Nasyid's Favourite Group Hijjaz


Kumpulan Unic, Mirwana, Saujana, Hijjaz memang antara kumpulan yang digemari masa zaman belajar dulu. Boleh kata laptop/pc memang penuh dengan lagu diorang jer. Tapi awat inteam tak join ek? Lagu inteam pun sedap2 jugak.

Part yang menyentuh hati ialah masa last tu bila pengacara announce Azmi Caliph Buskers punya lagu, then Hafiz Hamidun pimpin dia, Allah tetiber air mata mengalir...tak tau kenapa...mungkin sebab tengok semangat dan kekuatan dia walaupun dia istimewa..

Then satu lagi part yang touching bila dengar lagu sumayyah, by my fav group Hijjaz...memang sangat legend lagu ni...tengok pulak Oki nangis, ha lagi laaaa den sodih...sob sob...teringat kat arwah abah sebab lagu ni antara lagu nasyid yang arwah memang minat...

Thumbs up jugak pada pengacara yang happening...tak tahan perut tengok achey, walaupun kadang over...yang penting ada nana...hehe...

Apa pun, looking forward nak tengok live ggv sabtu ni...

#kenanganpalingindah #gemagegarvaganza #ggv #teamhijjaz

1 ulasan:

  1. Macam ni baru best kan, asyik menyanyi je. sesekali buat lah yang berunsur agama juga

    BalasPadam