Khamis, Mei 04, 2017

Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia 2017 ~ the story of unsung heroes

Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia 2017 - Bomba Tonggak Penyelamat Negara


Saya tulis entri ni sambil menyanyi sorang2...

"Kami anggota bomba di seluruh negara,
Bersiap dan sedia di setiap masa,
Mengawal kebakaran di kota atau di desa,
Menyelamatkan nyawa dan juga harta benda."



Berbapa dan beradik iparkan anggota bomba make me know this job pretty well. Saya tau sukarnya mereka menjalankan tugas.

Masa kecil dulu, kami tinggal di kuarters bomba, bila loceng atau siren (different sound bring different signs of accident/disaster), semua ahli bomba akan bergegas bersiap menjalankan tugas.

Perkara biasa la if abah tengah makan loceng/siren bunyi dia akan stop, dan kami bersedia memberi laluan.

Then kami adik beradik ramai2 akan pergi ke tingkap dan tengok wira2 hati kami berlari naik tangga bagi segera memberi bantuan kepada orang awam.

Latihan fizikal arwah abah bersama rakan bomba Mersing yang lain


Pernah satu ketika tu kebakaran besar2an di Pasar Mersing pada bulan puasa. Memang orang bomba termasuk abah pergi padam api masa tu dari malam sampai ke subuh.

Belum cerita lagi mereka menyelamatkan orang kemalangan, yang pelbagai keadaannya, berkhidmat untuk musibah banjir, ular malahan hingga ke tahap bakar tebuan pun.

The best part is bila abah balik daripada sebarang tugas, pasti dia akan bercerita dengan penuh semangat kepada kami tentang kejadian yang berlaku. Sampai ternganga lah kami mendengarnya.

Ada orang kata kerja bomba senang. Pernah juga dengar orang kata bomba lembap. Pedih telinga weh orang kutuk pekerjaan bapak kita. Apa pun itu normal lah, kutukan dan kejian manusia takkan hilang walau apa sekalipun kerja kita. Aku pensyarah pun kena kutuk wehhhh, pedehallll....

Anyway, why i wrote this? Because today is #harianggotabombasedunia

But wait, i didnt noticed this until one friend of mine post her status. (takde promosi besar2an kah utk wira2 negara kita ni?)

Well, I hope this entry will help to promote our "unsung heroes"....Ahli Bomba...Ok lah taknak cerita banyak2 kang sedih pulak...

Apapun, Selamat Menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia 2017 buat hero2 saya arwah abah, abg man Azman Yahya, pakcik2 dan abg2 bomba Mersing, Johor serta seluruh warga bomba Malaysia...

Terima kasih atas khidmat dan bakti kalian kepada rakyat Malaysia...

Alfatihah buat arwah abah Abdul Halim bin Ahmad...


Syireen Halim
Pengedar Shaklee Melaka
0127247497

#selamatharibombasedunia2017 #theunsungheroes #ciksyireentokeyshaklee

1 ulasan:

  1. Bomba antara kerjaya yang saya respect habis, gaji tak sebesar pengorbanan dan kesusahan kerja mereka. Bukan menghina, tapi pada saya antara kerjaya yang tak dibayar setimpal dengan pengorbanan mereka, masa, tenaga, nyawa mereka sendiri terancam walaupun dilengkapi peralatan keselamatan.
    Bab orang kutuk kata malas la ape la... bapak saya askar, abg ipar askar, kawan baik pon askar, dapat bapak angkat masa zaman belajar pon bekas askar. Antara kerjaya yang org kata zaman ni diorang duduk je melanguk, hakikatnya mereka lbh kurang macam bomba juga, tidur bukan pilihan, cuti macam tak ada, anak bini kena tinggal tu benda biasa. Orang tak akan faham selagi mereka tak merasa.
    Apa pun, selamat hari bomba.

    BalasPadam